23/01/2020
BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA
PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT TERMISKIN (PPRT) 2020
Melalui Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR), penyediaan bantuan kewangan dan pengurusan untuk pemohon memiliki sebuah rumah kediaman yang selesa dan selamat yang tidak mempunyai rumah sendiri tetapi mempunyai tanah.
Pemohon menumpang tanah milik orang lain juga boleh mendapat manfaat dengan mendapat kebenaran dari tuan tanah iaitu, tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah kerajaan atau tanah wakaf.
SYARAT BANTUAN
> Kawasan luar bandar
> Bina baharu : Kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu usang, tidak selamat didiami dan kos terlalu tinggi untuk dibaiki.
> Baik Pulih : Penyelenggaraan & penambahbaikan. Hanya melibatkan komponen-komponen asas sesebuah rumah.
KUMPULAN SASAR
> Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
> Disahkan sebagai miskin tegar atau yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih)
> Disahkan layak oleh Mesyuarat Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri
> Disahkan oleh Agensi Kerajaan berkaitan
> Disahkan oleh jawatankuasa peringkat Kementerian
KEUTAMAAN PERMOHONAN
> Warga emas
> Orang kelainan upaya (OKU)
> Ibu/bapa tunggal, mempunyai tanggungan ramai
> Mangsa bencana berskala kecil.
> Keluarga dibawah garis kemiskinan luar bandar
▶️ MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN PPRT
Klik :http://www.rurallink.gov.my/wp-content/uploads/2017/09/borang-pprt-2019.pdf
▶️ MUAT TURUN BORANG KEBENARAN GUNA TANAH
Klik :http://www.rurallink.gov.my/wp-content/uploads/2015/05/borang-kebenaran-menggunakan-tanah.pdf
INFO LANJUT :
(SEMENANJUNG)
Kementerian Pembangunan Luar Bandar
No 47, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62100 Putrajaya, Malaysia
Telefon : 03-8000 8000
Emel : [email protected]
(SABAH)
Pengarah, Pejabat KPLB Negeri Sabah
Kementerian Pembangunan Luar Bandar,
Tingkat 2, Blok C, Bangunan KWSP,
Jalan Karamunsing, 88100 Kota Kinabalu, SABAH
Tel : 088- 254 316 / 317, Faks : 088- 254 349
(SARAWAK)
Pengarah, Pejabat KPLB Negeri Sarawak, Tingkat 2 Blok Pentadbiran, Kampus Infra Cawangan Sarawak, Lot 8185, Blok 26, Muara Tuang Land District, 94300 Kota Samarahan, SARAWAK. Tel : 082 258 813 , Faks : 082 253 811
Semoga Berjaya Seterusnya...
Skuad
22/01/20
Pics Courtesy Of : Khabarkinabalu
Sumber Asal