Ahli An Naubah

Ahli An Naubah Membekalkan bawang putih hitam (Black Garlic) yang ternyata berkhasiat dan lazat untuk dimakan seisi keluarga. RASAILAH KENIKMATAN BLACK GARLIC KAMI..!

Tahukah Anda?————————Antioksidan berupaya melawan radikal bebas berbahaya di dalam badan. Satu kajian telah menunjukkan ...
15/10/2019

Tahukah Anda?
————————
Antioksidan berupaya melawan radikal bebas berbahaya di dalam badan. Satu kajian telah menunjukkan bahawa bawang putih hitam mempunyai jumlah antioksidan yang lebih tinggi daripada bawang putih biasa.

Antioksidan ini boleh membantu mengurangkan keradangan dan mencegah perkembangan kanser dan diabetes, antara masalah kesihatan lain.
*

Kenali Ayam Sebelum Membeli
31/03/2019

Kenali Ayam Sebelum Membeli

MENJADIKAN PELAJAR SEBAGAI TARGET PEMASARAN MAKANAN SEGERA———————————————Membinasakan atau menyihatkan?
21/03/2019

MENJADIKAN PELAJAR SEBAGAI TARGET PEMASARAN MAKANAN SEGERA
———————————————
Membinasakan atau menyihatkan?

VITAMIN? PERLU ATAU TIDAK?——————————————Kita biasanya boleh mendapatkan semua keperluan vitamin daripada makanan yang ki...
09/03/2019

VITAMIN? PERLU ATAU TIDAK?
——————————————
Kita biasanya boleh mendapatkan semua keperluan vitamin daripada makanan yang kita makan. Selain itu, tubuh kita juga boleh menghasilkan vitamin seperti vitamin D dan K.

Sangat menarik kan..?

Namun, bagi sesetengah vegetarian, mereka mungkin perlu mengambil suplemen vitamin B12. Kenapa?

Haa..InsyaAllah kita akan bincangkan di episod yang akan datang..hmmm..

Okay! Setiap vitamin mempunyai pekerjaan tertentu. Jika anda mempunyai tahap vitamin (tertentu) yang rendah, anda mungkin mempunyai masalah kesihatan. Sebagai contoh, jika anda tidak mendapat cukup vitamin C, sistem ketahanan tubuh anda boleh menjadi lemah. Kurang Vitamin B12, boleh melumpuhkan otot dan urat saraf. Dan begitulah bagi yang lain. Masing2 ada kepentingannya.

Dan, sesetengah vitamin juga berfungsi membantu mencegah masalah2 lain. Umpamanya, Vitamin A menghalang kebutaan malam. Manakal, Vitamin C memiliki banyak kesan antioksida, dengan membantu badan mengeluarkan kumuhan karcinogenik hasil dari proses metabolisma yang digelar sebagai radikal bebas. Wahh..hebat!

Jadi, cara terbaik untuk mendapatkan vitamin yang cukup adalah dengan memakan makanan yang seimbang supaya tubuh anda sentiasa sihat dan kuat!

Adapun, dalam sesetengah kes, anda mungkin perlu mengambil suplemen vitamin.

Tapi...Sebaiknya mintalah pendapat daripada doktor2 atau yang bertugas menyelia kesihatan anda terlebih dahulu. Kerana, terlebih dos vitamin juga boleh menyebabkan pelbagai masalah.

InsyaAllah..dalam minggu ini saya cuba berkongsi sebanyak yang boleh tentang apa tu Vitamin..

stay tune..



BUAH-BUAHAN TERBAIK UNTUK PENGIDAP DIABETES?———————————————Diabetes atau lebih sering dikenali sebagai penyakit kencing ...
08/03/2019

BUAH-BUAHAN TERBAIK UNTUK PENGIDAP DIABETES?
———————————————

Diabetes atau lebih sering dikenali sebagai penyakit kencing manis dalam kalangan warga emas merupakan antara “pembunuh senyap” paling aktif menyerang rakyat Malaysia pada masa kini.

Pengambilan kadar gula (glukosa) yang tinggi dalam diet seharian serta amalan gaya hidup yang tidak sihat sebahagian besar rakyat Malaysia menjadi penyumbang kepada peningkatan statistik pesakit diabetes di negara ini, sekaligus menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai kadar penghidap Diabetes tertinggi di Asia dan antara yang tertinggi di seluruh negara.

Malangnya, walaupun Diabetes dikategorikan sebagai penyakit “membunuh‟ (merbahaya) tertinggi di Negara ini, hampir separuh daripada penghidapnya tidak menyedari2 akan kewujudan awal penyakit tersebut sehinggalah berlakunya serangan jantung, strok, kegagalan buah pinggang, buta secara tiba-tiba atau amputasi (pemotongan salah satu anggota badan). Bahaya kan?

Dannn walaubagaimanapun, keadaan ini dapat dielakkan sekiranya kesedaran awal dalam kalangan rakyat Malaysia tentang Diabetes dapat diwujudkan sama ada melalui pembacaan dan kempen- kempen di media sosial.

(Ingat! Jangan sudah terhantuk baru nak tergadah)

Nah! Disini, beberapa buah-buahan yang baik untuk anda yang menghidap penyakit diabetes;

Buah beri - Hampir semua buah beri menunjukkan skor yang rendah pada skala indeks glisemik (1), bermakna mereka mempunyai kesan yang lebih rendah terhadap gula darah daripada pilihan buah lain. Selain itu, Beri juga dikatakan kaya dengan vitamin dan antioksidan.

Buah limau - Buah-buahan seperti limau gedang dan oren mengandungi serat (fiber) yang tinggi, yang membantu menstabilkan tahap gula darah. Tambahan, ia juga kaya dengan vitamin C, yang membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh anda.

Pear - Satu buah pear bersaiz sederhana mengandungi 6 gram serat - kira-kira 24% daripada jumlah yang disyorkan (harian) untuk wanita di bawah umur 50 tahun. Wahh!!

Epal - Diantara satu lagi pilihan makanan yang mengandungi serat yang tinggi. Ia juga dapat digandingkan dengan makanan protein tinggi lain seperti kacang, kacang mentega dan keju. Selain itu, Epal juga dikatakan mampu menggalakkan pertumbuhan bakteria baik di dalam perut (usus).

Anggur - Ramai orang menganggap mereka perlu menghindari anggur karena ia tersangatlah manis. Namun, tahukah anda? Anggur juga merupakan sumber serat dan vitamin B-6 yang baik, di mana ia membantu menambah baik fungsi otak. Satu porsi (hidangan) sekitar 15 anggur adalah yang anda perlukan sebenarnya untuk mendapatkan manfaat kesehatan ini tanpa perlu banyak mengonsumsi karbohidrat yang lain. Wow..!

Menarik kan..? Banyak kita membaca, banyak lagi kita tak tahu rupanya..
————————————

*(1) skala indeks glisemik

Kadar karbohidrat yang terdapat dalam makanan mengikut bagaimana ia dapat mempengaruhi tahap glukosa darah. Semakin rendah nilai GI (55 atau kurang) semakin perlahan untuk mencerna, diserap dan dimetabolisme (keadaan memabakar kalori untuk menghasilkan tenaga). Ini menyebabkan pengeluaran insulin yang lebih rendah dan perlahan terhadap glukosa darah.

Untuk info yang lebih lanjut ⬇️

https://blogs.webmd.com/diabetes/20190215/the-best-fruits-when-you-have-diabetes?ecd=soc_fb_190307_cons_blog_bestfruits&linkId=100000005313494
——————-
Rujukan lain:
——————-
https://nutritionreview.org/2015/04/granny-smith-apples-promote-healthy-gut-bacteria-to-aid-weight-control/

https://www.gisymbol.com/about-glycemic-index/

PENYEBAB HATI MENJADI GELAP DAN TERANGTasawuf Underground‎اَرْبَعَةٌ مِنْ ظُلْمَةِ الْقَلْبِ : بَطْنٌ شَبْعَانُ مِنْ غَي...
07/03/2019

PENYEBAB HATI MENJADI GELAP DAN TERANG
Tasawuf Underground

‎اَرْبَعَةٌ مِنْ ظُلْمَةِ الْقَلْبِ : بَطْنٌ شَبْعَانُ مِنْ غَيْرِ مُبَالَا ةٍ وَصُحْبَهُ الظَّا لِمِيْنَ وَنِسْيَانُ الذُّ نُوْبِ الْمَا ضِيَةِ وَطُوْلُ الْاَ مَلِ وَاَرْبَعَةٌ مِنْ نُوْرِ الْقَلْبِ : بَطْنٌ جَا ئِعٌ مِنْ حَذَرٍ وَصُحْبَةُ الصَّا لِحِيْنَ وَحِفْظُ الذُّ نُوْبِ وَقَصْرُ الْاَمَلِ .

"Empat perkara yang dapat menyebabkan hati menjadi gelap, yaitu : perut yang terlalu kenyang, berteman dengan orang yang dzhalim, melupakan dosa dosa yang telah berlalu dan lamunan ngelantur (berandai-andai).

Dan, empat perkara yang dapat menyebabkan hati menjadi bercahaya yaitu, perut yang lapar (rajin puasa & berhati hati dari yg syubhat dan haram), berteman dengan orang yang shaleh, mengingat dan menyesali dosa dosa yang telah berlalu dan tidak terlalu banyak berandai-andai."

---Imam Nawawi Al-Bantani dalam kitab Nashaihul Ibad

Tasawuf Underground


APAKAH RADIKAL BEBAS?—————————————Radikal bebas adalah bahan buangan yang dihasilkan oleh sel setelah tubuh memproses ma...
06/03/2019

APAKAH RADIKAL BEBAS?
—————————————
Radikal bebas adalah bahan buangan yang dihasilkan oleh sel setelah tubuh memproses makanan dan ia dapat bertindak balas kepada alam sekitar. Sekiranya tubuh tidak dapat memproses dan mengeluarkan radikal bebas dengan cekap dan berkesan, tekanan oksidatif boleh berlaku. Dikhuatiri ini boleh membahayakan sel dan fungsi badan.

Ohhh..

Faktor-faktor yang menambah atau meningkatkan lagi pengeluaran radikal bebas di dalam tubuh adalah seperti keradangan manakala faktor luaran seperti; pencemaran, pendedahan UV, dan juga asap rokok.

Tekanan oksidatif dikaitkan dengan penyakit jantung, kanser, arthritis, stroke, penyakit pernafasan, kekurangan imun, penyakit Parkinson, iskemia dan sebagainya.
———————————————
https://www.medicalnewstoday.com/articles/301506.php
———————————————

Wahh..Menarik kan..?

Jadi, makanlah Black Garlic jika anda merasa tertekan, letih dan tidak bermaya, sesak nafas dan angin kerana Black Garlic dikatakan kaya dengan anti oksida.





ANTI OKSIDA———————Antioksidan adalah bahan yang dapat mencegah atau memperlambat kerusakan sel-sel yang disebabkan oleh ...
05/03/2019

ANTI OKSIDA
———————
Antioksidan adalah bahan yang dapat mencegah atau memperlambat kerusakan sel-sel yang disebabkan oleh radikal bebas, suatu molekul yang tidak stabil yang dihasilkan oleh tubuh sebagai reaksi terhadap tekanan alam sekitar dan tekanan-tekanan yang lain.

Oooo....

Antioksidan ditemui dalam makanan tertentu dan membantu tubuh menghalang kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dengan meneutralkannya. Ini termasuklah antioksidan dalam bentuk nutrien, seperti vitamin A, C dan E, serta mineral, zink dan selenium.

Wahh..

Sebatian makanan pemakanan lain, seperti fitokimia dalam tumbuh-tumbuhan, dipercayai mempunyai kesan antioksida yang lebih besar daripada vitamin atau mineral. Ini dipanggil antioksidan bukan nutrien dan termasuk phytochemicals, seperti lycopenes dalam tomato dan anthocyanin yang terdapat dalam cranberry.

Makanan yang berasaskan tumbuhan tertentu juga dikatakan kaya dengan antioksidan. Contohnya; bawang putih, bawang merah, anggur, beri, carrot, brokoli dan sebagainya.

Tahukah anda? Tubuh juga menghasilkan beberapa antioksidan, yang dikenali sebagai antioksidan endogen. Manakala, antioksidan yang datang dari luar badan dipanggil eksogen.

———————
Tahukah anda?
———————
Kandungan anti oksida yang terdapat pada Black Garlic ternyata lebih banyak daripada bawang putih biasa.

Menarik kan?

Rujukan:

https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/antioxidants

https://www.medicalnewstoday.com/articles/301506.php

SENAMAN YANG TERATUR————————————Senaman merupakan hal yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan. Dengan senaman pelbagai ...
05/03/2019

SENAMAN YANG TERATUR
————————————
Senaman merupakan hal yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan. Dengan senaman pelbagai kebaikan yang boleh anda perolehi seperti; menguatkan imunisasi tubuh, melancarkan peredaran darah, membakar lemak visceral, menambah kualiti tidur dan sebagainya. Meskipun sulit untuk menemukan waktu, penting bagi kita untuk menyesuaikan diri setidaknya 30 menit aktiviti setiap hari. Lebih banyak bahkan lebih baik.

Petua
———
1. Pilih aktiviti yang anda paling sukai. Banyak perkara yang boleh dikira sebagai latihan, termasuk berjalan, berkebun dan menari.

2. Buat senaman dengan mengasingkan masa yang sama untuk setiap hari. Cuba pergi ke gim atau kerap berjalan kaki selama 30 minit selepas menikmati makanan.

3. Kekalkan motivasi untuk bersenam dengan teman anda.

Untuk ibu bapa dan warga emas
—————————————
1. Sentiasalah aktif dan meluangkan masa dengan bermain bersama anak-anak anda secara berkala dan luangkan masa berjalan-jalan bersama keluarga ataupun dengan berbasikal.

2. Galakkan anak-anak anda bermain di luar (jika anda pasti semuanya selamat) dan turut mengambil bahagian dalam aktiviti yang teratur, termasuk bola sepak, gimnastik dan tarian.

3. Berjalan bersama anak-anak anda dengan menghantarnya ke sekolah pada waktu pagi juga merupakan perkara yang sangat baik di samping boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan.

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/fitness/in-depth/exercise/art-20048389
(Benefits of exercise regularly)

https://www.google.com.my/amp/s/food.ndtv.com/health/how-30-minutes-of-walking-after-meals-can-help-you-stay-fit-1662358%3famp=1&akamai-rum=off
(walk after meal)



CARA2 MENGEKALKAN BERAT BADAN YANG SIHAT———————————Mengekalkan berat badan anda dalam pemeriksaan sememangnya lebih muda...
04/03/2019

CARA2 MENGEKALKAN BERAT BADAN YANG SIHAT
———————————

Mengekalkan berat badan anda dalam pemeriksaan sememangnya lebih mudah diperkatakan berbanding dilakukan. Tapi, dengan mengikuti beberapa tip ini, InsyaAllah ia mungkin boleh membantu anda.

Mula-mula sekali, jika anda mendapati berat badan anda melebihi yang sepatutnya, fokus pada tidak menambah lebih banyak berat lagi. Saya ulangi! Jangan tambah lagi berat tu. Hah! Dengan ini, secara tidak lansung ia boleh meningkatkan lagi kesihatan anda. Serius ni!

Kemudian, apabila anda sudah bersedia, kurangkanlah lebihan berat ‘tak guna’ tu agar anda dapat meningkatkan lagi rangsangan kesihatan yang lebih besar.

Diantara petua yang boleh dikongsikan bersama:

1. Mengintegrasikan (menggabungkan) aktiviti fizikal dan pergerakan ke dalam hidup anda.

2. Makanlah makanan yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran dan biji-bijian.

3. Pilih bahagian yang lebih kecil dan makan dengan lebih perlahan (ikut sunnah dengan kunyah banyak kali)
Untuk ibu bapa dan warga emas

1. Hadkan TV dan masa komputer untuk anak-anak.
2. Banyakkan snek yang sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
3. Menggalakkan aktiviti luar di waktu lapang.

BONUS
————
Tahukah anda?

Dalam kajian haiwan yang diterbitkan dalam journal of Medicinal Plants Research, para pengkaji mendapati tikus yang diberi estrak Black Garlic terbukti berkesan dalam mengurangkan berat badan dan tisu adiposa putih (WAT) berbanding tikus yang diberi dose Simvastatin (sejenis ubat yang digunakan untuk membantu menurunkan kolesterol dan lemak ‘buruk’ (seperti LDL, trigliserida) dan meningkatkan kolesterol ‘baik’ (HDL) dalam darah)

Hebatkan..?

Rujukan:

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5979444/ (kesan Black Garlic terhadap kolesterol)

Address

No. 560 Jalan Pantai, Kampung Sura Hujung
Dungun
23000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60166553005

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ahli An Naubah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ahli An Naubah:

Share