Pemuda Pas Abadi

Pemuda Pas Abadi 'ISLAM ITU TINGGI DAN MENINGGIKAN' .

Kalau kita meletakkan islam diempat yang sepatunya sudah tentu kite sudah berada tinggi bersama islam seperti yang telah dilakukan dizaman khalifah islam dulu.rindukan hatimu untuk kearah itu,kuatkan jiwa dan ragamu untuk perjuangkan islam supaya ia terletak pada tempat yang sebenarnya.

13/03/2025

BANGI, 11 RAMADAN — Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan Jabatan Peguam Negara (AGC) masih mengkaji sama ada untuk mendakwa pendakwah bebas Zamri Vinoth. 

13/03/2025

BANGI, 11 RAMADAN — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini mendedahkan punca pelawak Harith Iskander dan Cecelia Yap dikompaun RM10,000.

28/09/2023

[ UCAPAN | SALAM MAULIDUR RASUL 2023/ 1445 H ]

۞ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

12 Rabiulawal adalah tarikh yang bermakna buat umat Islam sempena kelahiran Nabi Muhammad SAW.

“Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku di hari kiamat nanti adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku”

Hidupkan dalam keluarga kita selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.


10/08/2023
08/08/2023
08/08/2023

Alhamdulillah.

Hari ini masuk hari ke 10, jentera pilihanraya PAS telah turun memasang banner, memacak bendera, mengedar risalah, bertemu pengundi menyampaikan mesej PAS kepada masyarakat. Inisiatif yang berjaya dilaksanakan kerajaan negeri, projek² terbengkalai yang diusahakan semula, menyantuni pelbagai segmen masyarakat - orang muda, mahasiswa, warga emas, perlu dikhabarkan kepada semua.

Justeru tugas meyakinkan pengundi untuk memilih PAS adalah tugas yang banyak & berat dan tentu sekali memerlukan dokongan semua penggerak.

Dalam satu kuliah yang disampaikan sendiri oleh TG Presiden PAS, beliau meningatkan kita supaya jangan sesekali meninggalkan gerak kerja amal Islami kepada sebilangan individu tertentu semata-mata, manakala kita sekadar berpeluk tubuh sekadar menyaksikan di sisi. Padahal perumpamaan antara seorang muslim dengan muslim yang ialah ibarat sebuah bangunan, bata-bata yang membangunkan binaan itulah kita yang menguatkan antara satu sama lain.

Ada kelemahan sama-sama diperbaiki, ada kekurangan sama-sama diatasi, kesilapan ditegur, kesalahan diperbetulkan. Inilah prinsip persahabatan berasaskan iman & taqwa sebagaimana yang digagaskan baginda Nabi saw.

Kalau kita bersahabat kerana kepentingan dunia semata-mata, maka jadilah kita orang yang rugi.

Allah SWT dalam firman-Nya bermaksud: "Pada hari itu sahabat-sahabat karib, sesetengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh)." (Surah al-Zukruf, ayat 67)

Jadi dalam sela masa yang berbaki, saya menyeru semua pendokong PAS, ayuh turun ke markas² kita, bantu gerak kerja, alert dengan pemberitahuan di group² whatsapp cawangan/UDM untuk aktiviti turun kempen bertemu pengundi dan sebagainya. Kita ambil kesempatan & peluang ini hari ini, sesegera mungkin. Imam Hassan al-Banna, tanggungjawab yang tersedia jauh lebih banyak daripada masa yang ada.

Semoga ukhwah kita di dunia ini berkekalan sampai syurga. Amat malang sekiranya kita yang sudah berada amal jamaie tidak turut sama mengangkat ukhwah Islami dalam tindakan kita. Sama-sama kita saling jaga-menjaga, hingga termasuk bersama mereka yang disebut Nabi salah satu golongan yang mendapat naungan di hari akhirat kelak - sahabat yang berkasih sayang hanya kerana Allah - insyaAllah.

Maafkan saya, doakan saya.

Salam hormat,

HAJI GHAZALI BIN SULAIMAN
Calon No 1
N25 Bukit Besi
PRN15 Terengganu

07/08/2023

𝗣𝗲𝘀𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗭𝗮𝗹𝗶

" Nikmat yang banyak boleh jadi satu ujian untuk kita, sejauhmana kita guna untuk tolong orang, sedekah & infaq. Lagi banyak Allah bagi, lagi banyak kita sumbang."



Address

Dungun
23400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda Pas Abadi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pemuda Pas Abadi:

Share