03/04/2021
MADU UNTUK MERAWAT PENYAKIT DINGIN SAHAJA?
Penyakit dingin tu apa ya?
1. Bila kita merujuk suatu kitab Tafsir, kita tidak boleh terperangkap dalam ruh di zaman tersebut.
2. Dalam ayat 68-69 Surah An-Nahl tidak pernah dinyatakan secara spesifik Madu khusus untuk penyakit dingin sahaja. Juga tidak dijelaskan panas atau dingin yang bagaimana?
3. Istilah penyakit dingin ini diambil dari ilmu perubatan Yunani yang berkembang luas pada zaman tafsir tersebut ditulis iaitu sekitar tahun 1301โ1373M iaitu 700 tahun setelah kewafatan Nabi Muhammad ๏ทบ.
4. Oleh itu, kita memahami bahawa ahli tafsir tersebut menulis dengan merujuk perkembangan ilmu perubatan yang berkembang di zaman itu.
5. Manakala ilmu perubatan moden abad ke-21 telah berkembang pesat dimana pakar perubatan tidak lagi menggunapakai teori penyakit berdasarkan empat unsur keseimbangan tersebut iaitu api (panas), air (dingin), tanah, dan angin kerana ia tidak boleh diukur atau bersifat kualitatif.
6. Ilmu perubatan moden yang dikembangkan oleh para ilmuan Islam bermula di abad pertengahan hingga ke tamadun Barat hari ini sudah sampai ke suatu tahap mengenalpasti punca penyakit dengan menggunakan alat diagnostik yang boleh diukur bacaannya dengan tepat (kuantitatif) seperti pemeriksaan tekanan darah tinggi, pemeriksaan darah, mikrobiologi, virologi, DNA, x-ray, CT Scan, dan lain-lain sekaligus menentukan rawatan, ubat, atau nutrisi apa yang sesuai untuk merawat penyakit tersebut.
7. Allah swt tidak menceritakan secara terperinci cara menggunakan Madu dalam Al-Quran kerana manusia mampu memikirkannya dengan akal yang dikurniakan Allah.
Dalam surah yang sama, Allah SWT berfirman,
"๐๐ฆ๐ณ๐ต๐ข๐ฏ๐บ๐ข๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฌ๐ฆ๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข ๐ฐ๐ณ๐ข๐ฏ๐จ ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ช๐ญ๐ช๐ฌ๐ช ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ฆ๐ต๐ข๐ฉ๐ถ๐ข๐ฏ ๐ฃ๐ช๐ญ๐ข ๐ฌ๐ข๐ญ๐ช๐ข๐ฏ ๐ต๐ช๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ฆ๐ต๐ข๐ฉ๐ถ๐ช,โ (Surat Al-Nahl ayat 43).
Namun manusia tidak mampu berfikir ubat apa yang mampu menjadi ุดูุงุก ูููุงุณ (penyembuh untuk manusia) tanpa sebarang kesan sampingan yang berat sepanjang sejarah ketamadunan manusia.
8. Pemahaman kami berdasarkan dalil umum dalam Al-Quran Hadith, pandangan ulama dahulu dan kontemporari serta dalil akal berdasarkan 12 000 jurnal perubatan antarabangsa PubMed yang mengkaji khasiat Madu bahawasanya "Madu dapat membantu dalam proses penyembuhan dan pencegahan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi oleh manusia. Tidak terhad kepada penyakit berunsurkan dingin sahaja." Wallahu'alam.
Kajian sains moden telah membuktikan,
๐ Madu Tualang dapat meningkatkan memori sel otak (Othman Z, 2015),
๐ Madu Tualang mempunyai manfaat antibiotik semulajadi (Hern Tze Tan, 2009)
๐ Madu Tualang dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh imun (Sarfraz Ahmed, 2017).
๐ Menurut kajian, madu Tualang mempunyai kesan antimikrob, anti-radang, anti-oksidan, anti-mutagenik, antitumor, dan anti-diabetis, sebagai tambahan penyembuhan luka. (Sarfarz Ahmed, 2013)
๐ Kajian ke atas lebah Tualang mendapati terdapat spesies bakteria baik (probiotik) lactobacilli yang sangat tinggi! Lactobacillus spp (64.15%), diikuti oleh Lactobacillus kunkeei (34.85%). (Aween MM et al. American Journal. 2012)
Dan banyak lagi penemuan baru yang tak dapat kami nukilkan satu per satu disini.
Sumber: Jabatan Penyelidikan Quadmeds