18/04/2026
Jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat Tabika KEMAS RPA 2 Air Kuning telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh kemeriahan dan keharmonian.
Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran YB Dr. Ustaz Yusri Bakir, yang turut diiringi oleh Zam Atak Pengerusi JPKK Kg Baru (M) Air Kuning serta Pn. Zahratanur binti Dol Rahman Ketua Wanita UMNO RPA 2 Air Kuning.
Penganjuran majlis ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti setempat, malah mencerminkan semangat perpaduan dan kebersamaan yang terus dipupuk.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Azlina binti Suran atas jemputan yang telah diberikan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.