07/06/2022
PUBLIC GOLD PATUH SYARIAH KE?
Betul ke patuh syariah?
Benar, sebelum menyimpan di mana-mana platform kita perlu memastikan transaksi adalah disahkan patuh syariah oleh mana-mana syarikat syariah yang telah diiktiraf. Sebagai umat Islam kepatuhan Syariah sangat penting dalam kehidupan. Islam sangat menitikberatkan kepatuhan Syariah dalam apa-apa pelaburan yang ingin diceburi. Kita tak mahu harta yang dimiliki menjadi benteng untuk kita ke syurga kelak. Andai anda sentiasa mengambil tahu sesuatu urus niaga atau pelaburan yang akan anda lakukan itu patuh syariah atau tidak, TE sokong 100%.. Sememangnya u are in good track.. Hopefully the track will lead us to jannah..
π
Syarikat Public Gold telah sekian lama menerima pemberian sijil patuh syariah ini oleh Amanie Advisors Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar iaitu Pengerusi Majlis Pengawasan Syariah Bank Negara Malaysia.
Berikut adalah perjalanan dan perjuangan Public Gold (PG) dalam usaha memastikan transaksi adalah disahkan patuh Syariah.
1. 16 Januari 2017 : PG mendapat sijil patuh syariah (fasa 1). Pengesahan ini adalah untuk pembelian kaedah Outright Purchase, Easy Payment Purchase (EPP) dan buy back (jualan balik).
2. 8 Februari 2017 : PG mendapat sijil patuh syariah semasa Shariah Certification Press Conference diadakan di HQ PG yang terletak di Bayan Lepas, Penang.
3. 11 November 2017 : PG mendapat pengesahan patuh shariah untuk Akaun Emas GAP dan Akaun Silver SAP dalam Seminar Emas dan Shariah anjuran Public Gold.