11/08/2024
Nak buat apa sekalipun, biarlah dengan ilmu walaupun sekadar tahu asas saja. Sekurangnya menulis @ berkata-kata berlandaskan dengan sedikit fakta.
Berlaku macam ni kan ke......
1. Seorang pembaca telah menghantar grafik berikut kepada saya.
2. Saya terpaksa menahan ketawa membaca komen hamba Allah di dalam grafik ini (saya tidak mengenali siapa penulis kerana identiti beliau disembunyikan). Beliau membuat 2 komen, dan kedua-duanya silap! Worse, dia mentertawakan orang walhal dia sendiri yang silap!
3. Jadi pada pandangan penulis, sesiapa yang membeli emas sekarang silap besar kerana harga emas jatuh. Ini adalah pelik kerana harga emas – seperti harga kebanyakan saham, unit amanah dan crypto – naik turun setiap minit! Takkanlah kerana harga emas jatuh $1, $10 atau $100, pelaburnya silap?
Next, kita melabur bukan bergantung kepada prestasi harga seminit, sehari atau sebulan. Kita melabur bergantung kepada prestasi harga long term (2 tahun atau lebih) dan lebih utamanya, prospek pelaburan tersebut di masa hadapan. Dan mengikut sejarah, emas telah memberikan pulangan 10% setahun dalam masa 20 tahun kebelakangan. Walaupun tidak ada gerenti yang emas akan memberikan prestasi yang sama di masa depan, peluang untuk harga emas meningkat lagi dihari-hari akan datang adalah tinggi.
Jadi langkah untuk melabur dalam emas hari ini adalah langkah yang baik dan bijak.
4. Apa yang lebih lawaknya, penulis menyatakan yang USD disandarkan dengan emas! Sebenarnya, hubungan USD dan emas telah diputuskan oleh Presiden Richard Nixon pada tahun 1971 – 53 tahun yang lalu! Jika fakta ini pun penulis tidak tahu, besar kemungkinan banyak lagi maklumat yang beliau kongsikan di medsos juga silap.
5. Jadi saya rasa sipenulis perlu menambahkan ilmu tentang wang, ekonomi, financial planning dan sejarah sebelum beliau meneruskan syarahan beliau tentang subjek ini.
6. Apa pendapat anda?