30/09/2025
🌸 Cerita dari tetamu Homestay38 Batu Pahat 🌸
Kadang-kadang perkara kecil boleh buat hati jadi besar.
Kelmarin kami terima mesej daripada tetamu yang checkout – walaupun rushing urusan daftar anak buah di UTHM, tetap sempat ucap terima kasih kerana homestay lengkap & selesa, siap kata nak repeat lagi. 💖✨
Hari ini, tetamu tu dengan penuh jujur maklumkan yang 1 sudu homestay terbawa balik dalam beg bekal. 1 sudu sahaja tau. Terus minta maaf berkali-kali & siap nak bayar balik. 🥹🙏
Bagi kami, ini lebih daripada sekadar sewaan homestay.
➡️ Ini tentang kejujuran, amanah & penghargaan.
➡️ Tentang tetamu yang bukan saja bermalam, tapi juga tinggalkan nilai murni.
Terima kasih semua kerana memilih Homestay kami. Doakan kami terus dapat beri layanan terbaik🌹