29/05/2022
HASIL IBU SAYA TOLAK RM10 DARI GAJI MASUK ASB DIDIK ANAK SETIAP BULAN SEJAK LAHIR.
Ini adalah cerita benar dari ibu saya.
Amaran, panjang ceritanya.
Ibu saya kata memang dari kecil lagi semua anak-anak dia dah buatkan simpanan, iaitu ASB Didik dan juga Tabung Haji.
Ibu kata lagi, gaji ibu sikit tapi susah macam mana pun, ibu tetap akan tolak RM10 dari gaji ibu untuk anak-anak. Sampailah sekarang masih tolak RM10 walaupun gaji ibu dah naik sikit. TH p**a tempat ibu masukkan duit raya anak-anak.
Jadi saya pun buat kira-kira dan anggaran. Saya lahir pada tahun 1997, mungkin ibu saya dah daftar untuk saya pada tahun itu juga.
Pada tahun 2015, umur saya dah 18 tahun.
Jadi, jika selama 18 tahun ibu saya tolak RM10 dari gajinya, hasilnya ialah
18 tahun x 12 bulan x RM10 = RM2,160
Bila dah umur 18 tahun, tahun depannya ibu saya suruh buat akaun ASB, saya mula masuk RM250.
Lepastu ibu kata masukkan duit dalam ASB Didik ke ASB untuk dewasa tu lah. Ikut je sebab tak faham apa benda ASB ni.
Saya check ada RM2,593.
Mungkin lebihan tu hasil dividen kot? 🤔
Saya tanya lagi, kenapa ada simpan duit banyak ni?
Dulu rasa macam RM2K tu dah banyak, padahal sikit. 😅
Ibu kata duit untuk saya sambung ijazah sarjana muda. Tapi bila saya sambung ijazah sarjana muda, kos dia hampir RM24,000 untuk 3 tahun.
Terkejut mak ai, yelah tadi ingat RM2,000 tu dah banyak. Budak baru nak up, tak tahu apa pun pasal duit.
Korang rasa cukup ke simpanan RM2,593 tu? Tak cukupss!
Tapi alhamdulillah, Allah kurniakan rezeki berkat doa ibu saya, dapatlah biasiswa yang tanggung RM24,000 tadi tu.
Nak dijadikan cerita, tahun 2020 saya mula kenal emas. Bila diselidiki, diteliti, rupanya harga emas masa saya lahir tu anggaran sekitar RM30/gram je.
Hari ni? Mak aiiii!
Nak cecah RM300/gram dah.
Masa tu terus saya check balik buku ASB dan tanya balik ibu saya, betul ke dulu dia simpan RM10 setiap bulan untuk saya?
Korang tengok lah! 😭
Tengok rate harga Kijang Emas dari BNM sendiri.
Masa tu saya terfikir, agaknya berapa lah simpanan yang saya dah ada KALAU ibu saya simpan RM10 tu dalam bentuk emas dari saya kecil lagi.
Nak buat kira-kira tak?
Saya anggarkan tahun 1997, harga emas RM30/gram. Zaman ni nilai RM30 tu besar dan mahal tau. (Data ni saya rujuk website BNM harga Kijang Emas)
Jadi kalau RM10 yang mak saya simpan tu ditukar kepada bentuk emas, mungkin akan dapat dalam 0.3333 gram pada waktu itu.
Cuba kira untuk sepanjang tahun pertama 1997 tu, boleh simpan berapa gram emas?
Bayangkan jelah ya yang ibu saya simpan emas waktu tu. 😅
RM10 x 12 bulan = RM120
⬇️
0.3333 gram x 12 bulan = 4 gram (bundarkan terus la)
Jika emas tu disimpan sampai saya umur 18 tahun, harga emas tahun 2015 sekitar RM150/gram.
4 gram x RM150 = RM600
Itu baru nilai emas JIKA di simpan pada tahun pertama sejak saya lahir gais! 🥺
Ada baki lagi 17 tahun kita belum kira tu!
Terus saya bagitahu ibu, KALAU ibu beli emas dulu kan, mesti dah boleh cover duit belajar. Huhu.
Tapi nak buat macam mana kan? Zaman dulu takda platform beli sikit-sikit macam sekarang.
Rakyat Malaysia pun masih belum aware lagi tentang simpanan emas ni sebenarnya mengekalkan nilai.
Tahun 1997, RM10 ni nilainya besar.
Tahun 2022, RM100 pun dah rasa kurang cukup.
Tahun 2030? Fikir-fikirkan lah ya.
Jadi saya harap ibu bapa muda sekarang, dapat ambil iktibar dari kisah saya dan ibu saya ni.
Sekarang dah ada banyak platform untuk simpan emas secara sikit, gunakan peluang yang ada untuk simpan duit anak dalam bentuk emas.
Biar kita tak usik langsung sampai diorang umur 18 tahun, hasilnya akan ada.
Jangan jadi macam cerita saya, simpan duit kertas sikit-sikit tapi makin lama makin sikit dan miskin.
Bukan nilai wang kertas saja yang makin turun, tapi dividen pun makin turun saban tahun.
Simpan duit di ASB tiada masalah, jadi masalah bila simpan terlalu banyak duit dalam tempoh jangka masa yang panjang.
Pelbagaikan pelaburan dan tempat simpanan anda.
✌🏼
Credit to: Adawiyah Abdullah
Dealer Aktif Public Gold