18/05/2020
Projek Kerepek RM5 untuk masyarakat terpinggir dan terbiar
Alhamdulillah. Sebanyak 480 pek kerepek pelbagai jenis di agihkan kepada kumpulan sasar hasil sumbangan sahabat-sahabat semua.
Budi dan jasa anda semua hanya Tuhan sajalah hang dapat membalasnya. Doa saya agar para penyumbang diberkati hidupnya sekeluarga dan dipermudahkan segala urusan sepanjang hayat.
Terima kasih juga kepada Khairul Anuar Abdullah aka Runner Puchong Terbilang dan Kak Nor Akmar Qaseh aka Taiko Besar Lorong Haji Taib di atas kerjasama hebat ini. Tidak lupa kepada Abangku Sayang Haji Syed Azmi di atas inspirasi yang tidak terhingga.