Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sheikh Ahmad Arau Perlis

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sheikh Ahmad Arau Perlis SMKDSA ARAU PERLIS Sebelumnya ditumpangkan di Sekolah Inggeris Derma, Kangar mulai Mei 1958. Jumlah guru tetap seramai 77 orang .

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad diasaskan pada 1 Januari 1964 sebagai Sekolah Menengah Aliran Kebangsaan yang pertama di Perlis. Dirasmikan pada 12 Jun 1964 oleh Y.T.M Tengku Suleiman Ibni Almarhum Tengku Bendahara Abu Bakar, sebagai Sekolah Menengah Melayu Arau. Pada 3 November 1966 diberi nama baru Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad dengan menerima han

ya pelajar Tingkatan 4 dan 5 sahaja, manakala Tingkatan 1, 2, dan 3 belajar di Sekolah Melayu Arau. Mulai 1968 menjadi pusat aliran sains bagi pelajar Tingkatan 4 seluruh negeri Perlis dan berakhir pada 1977. Pada 1 Julai 1970 Sekolah Menengah Dato’ Sheikh Ahmad dicantumkan dengan Sekolah Melayu Arau. Pada 1972 Sekolah Menengah Dato’ Sheikh Ahmad memasuki era baru apabila Tingkatan 6 Rendah Sastera dimulakan dan setahun kemudian Tingkatan 6 Rendah Sains. Pada tahun 1994 Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad dijadikan sebagai salah sebuah sekolah kawalan di Perlis, maka hanya pelajar-pelajar berkelayakan mínimum 3A1B ditempatkan di sekolah ini. Pada tahun 1997, sekolah ini dijadikan sekolah perintis Kementerian Pendidikan bagi mata pelajaran Perkomputeran peringkat STPM dan seterusnya pada tahun 1999, sekolah ini sekali lagi dipilih sebagai sekolah perintis Kementerian Pendidikan bagi mata pelajaran Teknologi Maklumat peringkat SPM. Pada hari ini SMK Dato’ Sheikh Ahmad merupakan sebuah sekolah yang sudah jauh berubah dari segi kemudahan prasarana, suasana P&P yang lebih kondusif dan menepati keperluan pelajar yang dahagakan ilmu. SMK Dato’ Sheikh Ahmad hari ini menampung seramai 806 pelajar iaitu 323 pelajar lelaki dan 483 pelajar perempuan. Jumlah Kakitangan sokongan pula ialah seramai 20 orang. Dan selebihnya Kakitangan Swasta yang ditugaskan menjaga kebersihan.

[PENCAPAIAN]Umair Kholid murid SMK Dato’ Sheikh Ahmad.👏👏👏👏Majlis Sekolah Sukan (MSS) Perlis menerusi gandingan Nur Qaire...
10/06/2026

[PENCAPAIAN]

Umair Kholid murid SMK Dato’ Sheikh Ahmad.👏👏👏👏

Majlis Sekolah Sukan (MSS) Perlis menerusi gandingan Nur Qaireen Umairah Norazlizal dan Umair Kholid muncul juara final memanah berpasukan campuran B-18 selepas mengatasi cabaran duo MSS Johor, Nur Ayra Mahirah Rosihan serta Muhammad Taufiq As-Syifa' 20-16.

Kemenangan Perlis itu nyata memberikan senyuman paling bermakna buat pemanah lelakinya, Umair, yang memecah kebuntuan memungut pingat peribadi pertama selepas tiga kali percubaan di pentas MSSM.

Berita penuh kejayaan di ruangan komen.

Tahniah diucapkan!

[PENCAPAIAN]Kejohanan Memanah MSSPsMuhammad Awwal b Mohamed RoshimiNaib Johan keseluruhan U15 LelakiPungutan Pingat60m -...
16/05/2026

[PENCAPAIAN]

Kejohanan Memanah MSSPs

Muhammad Awwal b Mohamed Roshimi
Naib Johan keseluruhan U15 Lelaki

Pungutan Pingat

60m - 🥉
50m - 🥇
40m - 🥈
30m - 🥇
1 bronze medal utk Elemination round
Total
2 🥇 1 🥈 1 🥉

Tahniah diucapkan!

[PENCAPAIAN]Kejohanan Memanah MSSPs‘Umair Kholid bin Muhamad KhalisJohan U18 Lelaki70m - 🥇60m - 🥇50m - 🥇30m - 🥈Jumlah P...
16/05/2026

[PENCAPAIAN]

Kejohanan Memanah MSSPs
‘Umair Kholid bin Muhamad Khalis
Johan U18 Lelaki

70m - 🥇
60m - 🥇
50m - 🥇
30m - 🥈

Jumlah Pingat
3 🥇 1 🥈

Tahniah diucapkan!

SELAMAT HARI GURU Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Mewakili barisan Pentadbir SMK DSA, kami ingin mengucapkan Selamat...
15/05/2026

SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Mewakili barisan Pentadbir SMK DSA, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua rakan pendidik yang hebat.
Terima kasih atas segala pengorbanan, kesabaran, dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi dalam membentuk masa depan anak bangsa di sekolah kita tercinta.

Moga setiap jasa guru-guru SMK DSA diberkati dan menjadi inspirasi yang berterusan.

Teruskan perjuangan murni ini!

"GURU BITARA, NADI NEGARA"

Ikhlas daripada,
Barisan Pentadbir SMK Dato’ Sheikh Ahmad.

[PROGRAM]Program 5 Minit Kesedaran Keselamatan Sekolah Perhimpunan rasmi SMK Dato’ Sheikh Ahmad diserikan lagi dengan ke...
11/05/2026

[PROGRAM]

Program 5 Minit Kesedaran Keselamatan Sekolah

Perhimpunan rasmi SMK Dato’ Sheikh Ahmad diserikan lagi dengan kehadiran Encik Hamidi bin Md Saad, Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pengurusan Sekolah) JPN Perlis.

Moga input yang diberikan memberi manfaat besar buat seluruh warga sekolah dalam membudayakan aspek keselamatan. Terima kasih Tuan!

[PENCAPAIAN]Tahniah diucapkan kepada Fatihah Intisar Binti Nor Zaiazmin 3 Al-Kindi (Peserta Terbaik Perempuan Sekolah Me...
10/05/2026

[PENCAPAIAN]

Tahniah diucapkan kepada
Fatihah Intisar Binti Nor Zaiazmin
3 Al-Kindi

(Peserta Terbaik Perempuan Sekolah Menengah) untuk Camping Pengakap D'Chuping Peringkat Negeri Perlis 2026.

[PENCAPAIAN]KEJOHANAN AKUATIK MSSPs 20269 Mei 2026Kolam Renang Kompleks Sukan Negeri PerlisPenyertaan : 6 orang pelajar1...
09/05/2026

[PENCAPAIAN]

KEJOHANAN AKUATIK MSSPs 2026
9 Mei 2026
Kolam Renang Kompleks Sukan Negeri Perlis

Penyertaan : 6 orang pelajar

1. Lim Zi Yi (1 Al Farabi)
2. Afiq Ikram bin Asril Hairizal (3 Al Fateh)
3. Muhammad Aliyan Amsyar bin Azhar (2 Hamka)
4. Afiq Nasrullah bin Ayub (2 Ibnu Khaldun)
5. Nur Faqihah Qalesya binti Mohd Futaihi (1 Al Kindi)
6. Raihanna Roslan binti Abdul Rafi (3 Al Farabi)

Pencapaian:

Nur Faqihah Qalesya binti Mohd Futaihi
1. Pingat Emas 50m Gaya Dada P18
2. Pingat Emas 50m Gaya Lentang P18
3. Pingat Emas 100m Gaya Dada P18
4. Pingat Emas 50m Gaya Kupu Kupu P18
5. Pingat Perak 100m Gaya Bebas P18
6. Pingat Perak 50m Gaya Bebas P18

Afiq Nasrullah bin Ayub
1. Pingat Perak 50m Gaya Dada L18
2. Pingat Gangsa 100m Gaya Bebas L18

Tahniah diucapkan!

[PENCAPAIAN]Pasukan Softbol SMK DSA yang telah merangkul kejuaraan di Kejohanan Softbol MSSPs 2026.Tahniah diucapkan!
07/05/2026

[PENCAPAIAN]

Pasukan Softbol SMK DSA yang telah merangkul kejuaraan di Kejohanan Softbol MSSPs 2026.

Tahniah diucapkan!

[PENCAPAIAN]Rayyan Addin peserta tennis telah mendapat tempat ketiga MSSPs dan akan ke MSSM di Johor Jun nanti .Tahniah ...
07/05/2026

[PENCAPAIAN]

Rayyan Addin peserta tennis telah mendapat tempat ketiga MSSPs dan akan ke MSSM di Johor Jun nanti .

Tahniah diucapkan!

BRONZE AWARD UNTUK SMK DATO’ SHEIKH AHMAD! Aplikasi e-BilikKhas DSA berjaya membawa p**ang Pingat Gangsa di Internationa...
06/05/2026

BRONZE AWARD UNTUK SMK DATO’ SHEIKH AHMAD!

Aplikasi e-BilikKhas DSA berjaya membawa p**ang Pingat Gangsa di International Education Research & Innovation Carnival 2026 (InEric).
Projek ini merupakan hasil kerjasama antara SMK DSA dan Kolej Komuniti Arau.

Aplikasi web ini bersifat Open Source, telah/sedia dikongsikan secara percuma untuk kegunaan organisasi lain yang memerlukan.

Terima kasih atas sokongan semua!

Address

Arau
02600

Telephone

+6049861239

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sheikh Ahmad Arau Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share