06/05/2026
π¦ππππ¨π π ππ‘π πͺππππ ππ’πππ π ππ‘ππ¨πππ π ππ¦π πππ£ππ‘ πππ’π‘π’π π π¨π π ππ?
Bengkel Wakaf dan Ekonomi Kitaran membuka ruang perbincangan yang lebih mendalam tentang peranan wakaf dalam landskap ekonomi semasa. Program yang diadakan pada 6 Mei 2026 ini turut mengetengahkan bagaimana wakaf mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi yang lebih mampan dan berimpak jangka panjang.
Bengkel ini dilaksanakan di peringkat Wilayah Utara, melibatkan Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) serta para penyelidik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar dan Universiti Utara Malaysia (UUM).
Turut hadir menyampaikan ucapan dan perkongsian, Datoβ Syeikh Zakaria Bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, yang menekankan kepentingan memperkasa peranan institusi Islam dalam mendepani cabaran pembangunan mampan masa kini.
Perkongsian ilmu disampaikan oleh Dr. Ishkandar Baharin, Pengamal Ekonomi Kitaran, serta Profesor Dr. Amir Shaharuddin, Pengarah Pusat Kecemerlangan Kewangan Sosial Islam, ISRA Institute, INCEIF University. Kupasan yang dibawakan bukan sahaja membuka perspektif baharu, malah memberi gambaran jelas tentang potensi sebenar wakaf dalam menyokong ekosistem ekonomi masa hadapan.
Bengkel ini bukan sekadar sesi perkongsian, tetapi satu langkah ke hadapan dalam memperluas pemahaman bahawa wakaf mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi yang lebih mampan dan memberi impak jangka panjang kepada masyarakat.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.