04/06/2026
Tunggu punya tunggu punya tunggu itulah strategi paling ampuh dalam pelaburan. Bukan tunggu saja la tapi dah membeli aset emas ini. Tiada siapa boleh ramal paling murah, paling bawah di mana. Kuncinya konsisten melabur dah tunggu hasilnya.🏆
“The big money is not in the buying and the selling but in the waiting.”
Mendiang Charlie Munger (partner Warren Buffet)
1. Ada pelabur yang mendapat kick daripada proses membeli dan menjual sesuatu pelaburan. Ini terutamanya jika mereka dapat membeli pada harga yang murah dan kemudian jual pada harga yang tinggi.
2. The problem dengan strategi di atas ialah ianya good in theory sahaja! Dalam realiti sebenar, ianya adalah teramat susah untuk membeli pada harga yang murah dan kemudian jual pada harga yang tinggi secara konsisten. Walaupun kita mungkin dapat jual pada harga yang tinggi, tidak ada gerenti yang kita akan dapat membeli balik pada harga yang rendah.
3. Jadi sebenarnya, strategi pelaburan yang paling menguntungkan ialah dengan membuat pelaburan tersebut dan kemudian tunggu. Betul - beli dan tunggu. Dan lebih lama tempoh menunggu, lebih tinggilah keuntungannya.
4. Dan sebagai bonus, strategi beli dan tunggu ini bukan sahaja menguntungkan tetapi jauh lebih mudah serta memberikan ketenangan jiwa.
5. Bukankah ini apa yang kita semua mahukan daripada pelaburan kita?