15/02/2023
• Nak tahu cara penjagaan jam tangan yang betul?
Cara penjagaan jam tangan Casio G-Shock mempunyai kaedah yang sedikit berbeza daripada jenama jam tangan yang lain. Ini disebabkan setiap jam tangan keluaran Casio G-Shock diperlengkapkan dengan kelengkapan kalis air (water resistance) yang meningkatkan sistem perlindungan jam tangan tersebut daripada ditembusi air. Jom amalkan langkah-langkah pembersihan jam tangan jenama G-Shock berikut.
1. Basahkan bahagian luaran jam tangan dengan air. Sama ada sembur, bilas @ rendamkan dalam air selama seminit. Bagi gred yang lebih rendah (gred A & AA), digalakkan hanya membersihkan jam tangan dengan cara menyembur & membilas air sahaja kerana daya tahan air (water resistance) jam tangan gred tersebut adalah lebih rendah berbanding gred yang lebih tinggi.
Tips : Pastikan air tidak terlalu sejuk atau terlalu panas. Elakkan menyembur air terlalu kuat pada sekeliling celahan bahagian cermin jam tangan kerana bahagian tersebut merupakan bahagian yang paling mudah dimasuki air. Jangan membuka kompenan dalaman jam tangan semasa membersihkan jam tangan tersebut.
2. Sapu sekeliling jam tangan tersebut menggunakan tuala kasar @ kain mikrofiber sehingga kering. Berhati-hati semasa mengeringkan bahagian cermin jam tangan untuk mengelakkan kesan calar. Jangan menggunakan kain yang berbulu.
3. Gunakan putik kapas untuk membersihkan bahagian yang lebih kecil pada jam tangan seperti lubang kecil pada bahagian gelang jam tangan, celahan cermin jam tangan dan bahagian dalam free loop @ cincin jam tangan.
Tips : Jangan mengeringkan jam tangan di bawah sinaran matahari.
• Ayuh booking slot untuk mendapatkan servis mencuci jam tangan dari kami
whatsapp segera di 0176672767 (Haiqal)