16/04/2016
Jishin des!
Jam dalam 1.45pagi Jepun (12.45malam Malaysia). Baru je nak letak kepala atas bantal, tetibe terdengar suara perempuan Jepun melolong, memekik;
Jishin des! Jishin des Jishin des!
Jeritan beserta dengan bunyi alarm bingit punya. Check2, rupanya daripada handphone wife abam. Apa lagi kelam kabut masing-masing. Menunggu ia datang.
5 saat kemudian, dia datang. Si Jishin! Mak aih, bergoyang rumah kali ni, lagi padu sikit dan lama sikit dari semalam. Kecut perut juga abam di buatnya. Ayat Kursi siap khatam berapa kali.
Hilang sebentar Si Jishin. Selang 10-15 minit lagi, dia mai sekali dua, mai melawat. Hmm bergegar tingkap ruang tamu. Pastu dah tade la kot. Bergegas ke depan TV tengok life update, walaupon tak faham apa yang diorang sembang, tapi tengok juga. Amaran tsunami di Kumamoto di keluarkan, tapi kemudiannya di tarik balik, selepas keadaan kembali reda.
Jam 3 pagi decide untuk tidor semula. Tido dalam keadaan yang sangat "tenang". Tidor peluk torch light...hmmmmm. Dalam fikiran, "jangan mai dah takpa kot"
Itulah pengalaman Abam yang pertama seumur hidup berjumpa dengan Jishin. Si Gempa Bumi. Memang seriously fikir mati je time tu. Walaupun dalam lingkungan 4 skla ritcher dia punya kuat, compare dekat Kumamoto-shi, 7.3, tapi abam tak kuattt...walaupon wife abam steady je..
Yang menariknya, mana-mana handphone Jepun berdaftar dengan sistem data polis (kalau tak silap), akan terima Emergency Alert untuk bencana yang berlaku, terutamanya Jishin. Agak bagus sistem ni, sebab at least dalam masa 5 saat tu maybe we can make a crucial decision to save our life. Contoh, maybe berlindung ke bawah meja ke apa or mengucap?
Apa apa pun, ini semua kuasa Allah, dia yang penentu segalanya. Buat masa ni, mampu berdoa moga semua selamat sahaja, terutamanya anak anak Malaysia di Bumi Nihon ni.