29/11/2025
Emas Kelantan pernah hilang dari radar?
1. Mungkin ini adalah antara sebab isu emas kelantan menjadi perbualan hangat muktahir ini.
2. Kelantan mempunyai banyak lokasi emas yang belum diterokai.
3. Setakat ini cuma 20 syarikat yang diberi lesen lombong di Kelantan. Cuma 4 syarikat sahaja yang aktif.
4. Dari 4 syarikat yang aktif ini cuma 1 syarikat sahaja yang berskala besar iaitu syarikat CNMC Goldmine.
5. Mula melombong sejak 2010. Bermakna pelombongan emas secara komersial di Kelantan masih baru.
6. Apabila British campur tangan di Tanah Melayu. Pada abad 19 ke 20 Bristish telah membuka perlombongan emas secara komersial di Kelantan.
7. British menggunakan teknik melombong hard rock (batuan emas) dan dredging besar untuk lombong aluvial.
8. Dengan membawa masuk buruh dari Cina untuk pengorekan dan operasi lombong. Manakala buruh dari India untuk kendali jentera dan teknikal.
9. Kesan dari aktiviti perlombongan British ini banyak kampung dan bandar kecil muncul antaranya Lompat, Kalai, Pulai, dan Galas.
10. Selepas Malaysia merdeka sekitar 1960-1980 berlaku penutupan lombong-lombong lama. Emas Kelantan mula hilang dari radar.
11. Antara faktor penutupan lombong-lombong lama adalah kos operasi yang tinggi, deposit mudah habis, peraturan baru kerajaan serta kerajaan mula fokus kepada sektor pembangunan lain.
12. Namun begitu aktiviti mendulang secara kecil-kecilan kekal hingga ke hari ini.
13. Pada hari ini dengan adanya dengan teknologi moden seperti geophysical survey, magnetic mapping, danresistivity imaging.
15. para penyelidik mendapati jalur emas Kelantan masih aktif secara geologi, mengandungi deposit emas aluvial dan lode.
16. Menujukkan Emas Kelantan berpotensi untuk dikomersialkan semula.
17. Setelah hampir 2 abad Emas Kelantan dimanfaatkan oleh penjajah British. Tiba masanya sumber kekayaan ini dirasai oleh semua rakyat Kelantan.
18. Apa yang menjadikan emas Kelantan unik bukanlah kuantiti emasnya, tetapi kisah emas itu sendiri. Dari Penjajahan, dan tangan manusia yang terus mencari rezeki dari perut bumi.
Follow Amazing Kelantan