13/10/2018
[ Keselesaan Telah Menghambatku ]
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”
(QS al-Ahzab [33] : 21).
Suri teladan yang baik daripada baginda itu menyangkut segala segi kehidupan. Maka, tak ada sesuatu pun dari kehidupan beliau yang luput dari pantauan sahabat-sahabatnya. Mulai dari hal-hal kecil hingga hal-hal besar.
Boleh jadi, kesederhanaan beliau ditinjau dari segi pakaian, perabotan rumah tangga, dan lainnya lebih sederhana daripada sahabat-sahabatnya. Ambil contoh, menyangkut alas tidur yang biasa baginda gunakan sehari-hari.
Alas baginda beliau sangat sederhana. Alas tidur baginda berdasarkan catatan yang shahih terbuat darilada kulit yang diisi sabut. Berdasarkan catatan lainnya, Umar bin Khattab RA pernah masuk ke bilik peribadi Rasulullah SAW. Di sana, dia mendapati baginda sedang tidur di atas tikar terbuat daripada pelepah kurma. Sehingga, terlihat meninggalkan bekas di tubuhnya.
Pada waktu lain baginda tidur beralaskan alas kasar atau kulit. Ada juga keterangan bahawa baginda tidur di atas 'tilam' terbuat daripada rakitan pelepah kurma atau lainnya yang diikat dengan tali. Sehingga, terlihat meninggalkan bekas di tubuhnya.
Alas tidur baginda yang sangat sederhana itu tentu saja mengundang rasa takjub siapa pun yang melihatnya. Bahkan, Umar sampai menitiskan air matanya saat melihat bekas tikar di tubuh baginda. Lalu dia berkata, “Engkau adalah Rasulullah. Sedangkan kisra dan kaisar tidur di atas katil terbuat daripada emas.”
Ketika Adi bin Hatim datang ke Madinah sebagai seorang Muslim, Rasulullah SAW memintanya datang ke rumah beliau. Maka untuk menghormatinya, beliau memberikan bantal miliknya kepada Adi. Padahal, tidak ada lagi yang lain di rumah itu selain bantal tersebut.
Ketika seorang wanita Anshar (suatu ketika) masuk ke rumah Rasulullah untuk menemui Aisyah, dia pun geleng-geleng kepala saat mengetahui kondisi alas tidur baginda. Kerana itu, tanpa diminta dia mengirimkan selembar alas tidur terbuat daripada bulu kambing biri-biri. Begitu baginda melihatnya, Rasulullah SAW memerintahkan Aisyah untuk mengembalikannya kepada wanita itu.
Ketika Hafshah (salah seorang isteri Rasulullah SAW) ditanya tentang alas tidur Rasulullah, dia menjawab, “Kain bulu biri-biri kasar yang kami lipat dua. Suatu malam, terdetik di hatiku untuk melipatnya menjadi empat. Ternyata paginya baginda bertanya, ‘Apa yang kau jadikan alas tidurku tadi malam?’
Aku jawab, ‘Itu adalah alas tidurmu, hanya saja tadi malam aku lipat menjadi empat. Aku fikir itu akan lebih nyaman untukmu.’ Lalu baginda bersabda, ‘Kembalikan lagi ke keadaan semula (dilipat menjadi dua). Ketahuilah, keselesaanya telah menghambatku (mendirikan) solat tadi malam.” (HR Tirmidzi).
Kain kasar 4 lapis! Kita tilam dua jengkal!