Jabatan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Whitley

Jabatan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Whitley Guru-guru Bahasa Melayu:

Cikgu Sarina Bte Omar Bakri
Cikgu Hanim Shaik Noh
Cikgu Mohammad Shaiful

Dear parents, You will be proud of them!! πŸ˜€
24/11/2017

Dear parents,

You will be proud of them!! πŸ˜€

23/11/2017

Tarian tradisional Brunei....

22 Nov 2017Tarian Traditional Brunei ❀  Kumpulan 2 : Syakirah , Ramizan , Huda Hari ini Kami telah ke tempat yang bernam...
23/11/2017

22 Nov 2017
Tarian Traditional Brunei ❀

Kumpulan 2 : Syakirah , Ramizan , Huda

Hari ini Kami telah ke tempat yang bernama Institute for Business , Technology and Ethics ( IBTE ) . Kumpulan saya dapat peluang untuk menari Tarian Tradisional Brunei. Tarian itu diberikan judul Samalindang. Kami dapat berkongsi bersama rakan dan keluarga tentang tarian ini.

Samalindang mengisahkan tentang seorang gadis bernama Siti Samalindang yang dikatakan sangat rupawan dan bersopan santun serta mempunyai sifat -sifat yang terpuji . Tarian ini menggambarkan sifat -sifat Siti Samalindang yang terpuji itu.

Ramizan : Saya baru tahu saya boleh menari dan akan cuba mengaplikasikan kebolehan saya ini di sekolah.

Syakirah : walaupon CCA saya di sekolah ialah Tarian Melayu dan saya tahu menari , hari ini lebih unik sekali sebab samalindang merupakan tarian asli dan rentaknya lebih santai. Saya gembira dapat menambah nilai teknik menari Yang Saya ada.

Huda : saya belajar yang saya boleh menari tarian joget tapi saya hayunan tangan saya kurang lembut. Saya rasa gembira kerana dapat menari joget melayu.

22/11/2017

22 Nov 2017
Kumpulan : Haziq, Suhailah, Ayu

Salah satu aktiviti yang telah kami lakukan di Brunei adalah untuk mempelajari cara permainan tradisional πŸ‡§πŸ‡³ dimainkan. Permainan tradisional yang dikongsi ialah congkak dan batu serembat. Permainan ini memerlukan papan Congkak Yang mempunyai 14 lobang dan 2 rumah. 1 satu lobang mengandungi 7 guli.

Objektif permainan congkak adalah untuk mengumpulkan Guli seberapa banyak sebelum dibaham oleh pihak lawan.

Kemudian,bagi permainan batu Seremban, kami diberikan 5 batu bukan Yang seperti di Singapura. Permainan ini mempunyai banyak peringkat tetapi kami hanya sempat bermain di peringkat satu sehingga lima sahaja.

Cara bermain permainan ini memang sama seperti di Singapura tetapi rakyat Brunei menggunakan batu bukan fabrik.

Hari ini, dalam sejarah .....Saya mempelajari bahawa saya mepunyai bakat untuk menari dan mungkin akan gilap bakat saya dengan menyertai Malay Performing Arts Kita...

Apa Yang Saya harap dapat diapplikasikan bila pulang kelak agar diadakan sekolah berasrama (boarding school) supaya murid seperti kami dapat menmandiri dan menjadi lebih bertanggungjawab tanpa ibu,bapa.

22 Nov 2017Kami Amat beruntung Hari ini sebab kami telah diberikan peluang berkunjung ke sebuah sekolah antarabangsa di ...
22/11/2017

22 Nov 2017

Kami Amat beruntung Hari ini sebab kami telah diberikan peluang berkunjung ke sebuah sekolah antarabangsa di πŸ‡§πŸ‡³.

International School Brunei (ISB) mempunyai pebagai kemudahan Yang memuaskan. Sistem pelajaran di Brunei agak berbeza dengan Singapura. Pelajar-pelajar sekolah menengah di sini dipanggil β€˜ 7 to 11 Graders’.

Persekitaran di ISB amat terbuka dan guru-gurunya Amat peramah dan telah menerangkan tentang sistem sekolah di ISB dengan lebih mendalam. Guru-guru dan murid-murid di ISB telah berkongsi pengalaman mereka dengan penuh kesungguhan. ISB juga ada boarding school dan pelajarnya Amat berdikari .

Pada pendapat saya aktiviti yang penting ialah aktiviti di Wasan Padi. Kami dapat belajar tentang cara untuk menanam padi khususnya padi Laila. Saya pun belajar tentang cara-cara menangkap ikan secara traditional. Saya boleh menambahkan kreativiti saya tentang agri-teknologi. Saya pun belajar bahawa saya boleh menjadi seorang yang lebih berdikari. ~Shalini

Saya belajar bahawa tarian tradisional Brunei itu menarik dan mudah. Tarian itu harus dibuat dengan gerakan lemah lembut. Saya dapati saya BOLEH belajar menari dengan lemah lembut. ~Huda

Saya tidak berputus asa dengan cepat. Cara dapati cara bermain permainan carom di Brunei lain dengan Singapura, saya tidak berputus asa dan belajar cara Mereka bermain carom. ~Rasyid

Kami sekumpulan ke jabatan Fisheries Studies di IBTE Agro Tech yang berdekatan dengan Wasan Padi. Kami belajar menggunak...
22/11/2017

Kami sekumpulan ke jabatan Fisheries Studies di IBTE Agro Tech yang berdekatan dengan Wasan Padi. Kami belajar menggunakan jala, perangkap udang galah, Bubu dan banyak lagi. Para pelajar yang menuntut kampus IBTE ini telah menunjukkan kepada kami cara-cara menebar jala dan menerangkan fungsi-fungsi perangkap-perangkap yang ada. Kami diberikan umpan yang berbentuk udang sebagai tanda mata.

Kami dapati apa Yang dikongsi dan nilai-nilai yang dipelajari dapat digunakan dalam kehidupan seharian di Singapura apabila kami keluar memancing. Nilai-nilai seperti kesabaran, ketabahan dan sikap tidak berputus asa dapat diterapkan dalam kehidupan seharian kami di singapura terutama sekali sebagai seorang pelajar.

Ariqah- Saya gembira dapat mempelajari bagaimana udang galah Atau ikan dapat diperangkap selain memancing.

Shakira- Saye pelajari cara cara untuk memerangkap ikan untuk dijadikan barang jualan atau pon untuk dimakan. Mudah jika kita ada kemahiran Yang dapat memberi manfaat kepada kehidupan kita...

Shafiq- Saya pelajari nilai nilai yang dapat digunakan dalam hidup seperti ketabahan dan sikap tidak berputus asa..

22/11/2017

Nikmatilah video klip kami...
Aqil, Tisha, warda

21 Nov 2017Destinasi Kami Yang pertama ialah Kampong Ayer, Untuk ke Kampong Ayer,kami harus menaiki perahu tambang. Harg...
22/11/2017

21 Nov 2017

Destinasi Kami Yang pertama ialah Kampong Ayer, Untuk ke Kampong Ayer,kami harus menaiki perahu tambang. Harga tambang menaiki perahu itu bergantung kepada berapa jauh destinasi yang akan dituju. Harganya anggaran 50 sen- $2. Perahu tambang ini merupakan pengangkutan awam Yang Utama di Kampong Ayer. Amat berbeza dengan Singapura ya!!! Pengalaman kami di Kampong Ayer pada hari pertama di sini Amat menyeronokkan.

Kami bayangkan bagaimana agaknya jika kami tinggal di sini... Pasti seronok!!

-Aqil, Tisha, Warda

21- Nov-2017Hari ini merupakan hari yang amat menyeronokkan bagi kami kerana , kami dapat melihat rumah-rumah di Kampong...
22/11/2017

21- Nov-2017

Hari ini merupakan hari yang amat menyeronokkan bagi kami kerana , kami dapat melihat rumah-rumah di Kampong Ayer.Rumah- rumah di sana unik dan istimewa. Rumah-rumah ini dibina di atas air. Walaupun berada di atas air,ia masih ada bekalan elektrik dan Wifi. Rumah-rumah di Kampong Ayer kebanyakannya dibuat daripada simen, kayu bakau dan kayu jati. Kami berasa bertuah kerana telah menjadi tetamu Kampong Ayer.

Kami beruntung dapat Melawat sebuah rumah Yang dipenuhi dengan artifak berkaitan budaya orang-orang Brunei.

Terimakasih Tuan Haji Ahmad Bin Haji Bukan, Ketua Kampong Rumah Moden , Kampong Ayer.

Ikhlas daripada kami,
Shakirah, Nurul Huda, Ramizan

WSS Kembara Borneo ke Brunei Darussalam - 21-25 November 2017.
21/11/2017

WSS Kembara Borneo ke Brunei Darussalam - 21-25 November 2017.

Pelajaran Di luar Bilik Darjah.. Aktiviti 5 Deria: Karangan DeskriptifPelajar berpeluang mengunjungi stesen-stesen yang ...
12/04/2016

Pelajaran Di luar Bilik Darjah..

Aktiviti 5 Deria: Karangan Deskriptif

Pelajar berpeluang mengunjungi stesen-stesen yang telah disediakan guru bagi memberi mereka ruang menggunakan deria dalam penulisan.

Address

30 Bishan Street 24 Singapura
Singapura
579747

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Whitley posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share