15/02/2021
https://www.youtube.com/watch?v=2gRdESogYNA
TRANSKRIP
Laporan Khas AWANI Jahil atau Kesesatan Terpilih?
27,696 views
•Premiered Feb 10, 2021
870 like 31 dislike
Astro AWANI
1.15M subscribers
Nama Ibu Yati kembali hangat viral di media sosial sejak penghujung Januari lalu apabila memuat naik kenyataan menggusarkan yang terkait dengan pertikaian agama.
Lebih memburukkan kenyataannya menunjukkan bahawa sama ada sisi asas atau usul agama yang longgar atau kemungkinan berlakunya pengaruh fikrah atau doktrin dalam pemikirannya.
Pengacara: Pengenalan
[Minit 0:00- 5:13/43:04]
Pengacara:
Harus berpegang kepad ajaran al-Quran dan as-sunnah.
Dakwah Islam menyeru kepada kepercayaan ketuhanan yang tunggal.
Yang kudratnya terhukum pada hikmatnya.
Yang iradatnya berjalan selaras dengan akal.
Dalam dunia hari ini wujud mungkin kepercayaan atau pun tindakan yang tidak berpaksikan kepada sumber ilmu yang jelas malah ia dilihat sebagai keputusan akal yang bebas daripada individu atau kump**an tertentu sahaja.
Apa makna sesat dalam agama atau jahil dalam dengan ilmu dan kepercayaan mahupun tergugat akidah akidah dengan kepincangan pemahanan.
Assalamualaikum saya EHSAN YAHAYA
Ini laporan khas JAHIL ATAU KESESATAN TERPILIH?
Awani:
Wan Noor Hayati Wan Alias, adalah sebuah nama yang tidak asing dalam dunia kewartawanan di negara ini.
Malah individu itu antara yang diiktiraf bakal dan jasanya.
Dia juga antara wartawan yang paling banyak menerima pengiktirafan dari pelbagai pihak malah sehingga ke istana.
Jika dikaitkan dengan ajaran sesat, individu ini adalah antara wartawan yang pernah membongkar beberapa kump**an ajaran sesat dinegara ini.
Tentu sukar kita bayangkan.
Kenapa dia p**a yang terkait dengan ajaran sesat.
Ini adalah antara beberapa visual yang pernah dimuatnaik ke facebook miliknya.
Dia bagaimana pun menafikan semua yang pernah disiarkan dan ditulis di facebooknya. Berkait dengan aktivi yang melanggar akidah Islam.
Malah pihak yang mendakwa dia mewujudkan agama Melayu baru.
Dikatakan individu yang pernah berdendam kerana pendedahannya tentang aktiviti Jemaah Islamiah satu ketika dahulu.
Ibuyati:
Jadi ketika itu memang ada senarai watch list senarai Jemaah Islamiah yang membabitkan beribu pelajar pensyarah dankakitangan di UTM tu.
Kerana ketika itu memang pada masa tu universiti tu dijadikan sebagai pusat, dijadikan ye? oleh pihak ni sebagai pusat melahir merekrut ahli2 Jemaah Islamiah yang baru.
Daripada student kakitangan dan pensyarah.
Jadi bila dia sebut yang dia kenal saya dan ada dalam satu portal di Perak Today bahawa dia menyebut saya ada pelajar di universiti itu memang sahlah aa dialah orangnya yang dimasukkan dalam watch list
Awani:
Jelasnya segala aktiviti mereka hanya menunjukkan adat istiadat Melayu lama dan tiada kaitan dengan ajaran sesat.
Penafsiran terhadap Islam juga katanya perlu dibezakan antara Islam Quran dan Islam Arab.
Ibuyati:
Saya kata titik mula saya jumpa Islam Arab ni adalah dalam kump**an militan, Jemaah Islamiah.
Itulah titik mula saya jumpa Islam Arab.
Sebab dalam kump**an militan Jemaah Islamiah ni, dia, dia,haar, benda yang ..., faham tak dia lain.
Contoh wanita lelaki sentuh haram. Itu Islam Arab bagi JI lah.
aa Tapi sentuh wanita lelaki ikut Quran batal air sembahyang.
Nampak? dua benda berbeza.
Awani:
Kunjungan kami ke kediaman Wan Noorhayati turut menemukan Abdul Hamid Yeop Zainuddin, jadi sumber rujukannya.
Hamid:
aa aku kata solat aku... aaa allahuakbar allahuakbar ha dah. (????) jadi macamana ko kata salah?
Ko ajar lah aku macamana cara solat.
Awani:
Abdul Hamid mendakwa dia dipecat sebagai pensyarah daripada sebuah universiti awam setelah mendedahkan aktiviti Jemaah Islamiah.
Itu sisipan kronologi awal.
Namun klip2 video dakwaannya sebentar nanti pastinya sukar dipercayai dan dipercayai dan mengejutkan.
Melayu lebih awal dari nabi Adam.
Salah satu dakwaan yang sukar dicari dalilnya.
Pengacara:
[Minit 5:14 - 7:35 /43:04]
Bersama saya ketika ini ahli Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan yang juga M***i Perlis Profesor Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin .
Assalamualaikum Datuk.
Dr Asri:
Walaikumsalam warahmatullah.
Pengacara:
Datuk, pertama sekali kita nak melihat kepada justifikasi yang membolehkan sesuatu ajaran atau pun seseorang iu dikategorikan sebagai sesat.
Dr Asri:
aa terima kasih.
Perkataan sesat ialah perkataan yang selalu kita sebut kita berlindung daripada Nya.
Sebab itu didalam surah al-Fatihah kita menyebut kita minta waladdholiin supaya kita tidak termasuk dikalangan orang2 yang sesat.
Sesat maksudnya menyeleweng daripada jalan yang benar.
Khususnya fokusnya didalam perkara akidah yakni kepercayaan yang salah.
Kepercayaan yang salah itu mungkin daripada kepercayaan salah itu meelahir melahirkan tindakan atau pun amalan yang salah.
Tapi asasnya kepercayaan yang salah.
Kepercayaan yang salah itu ada beberapa tahap.
Ada tahap tertentu kepercayaan yang salah itu dia menjadi sesat yakni salah dalam kepercayaan bercanggah dengan kepercayaan al_Quran dan sunnah.
Tapi ada tahap percanggahan itu sehingga mengeluarkan seseorang itu bukan sahaja daripada daerah sesat biasa tetapi ia sesat lagi kkufur.
Sebeb itu ada orang yang apabila dia sesat tetapi belum kufur.
Ada orang yang sesat sehingga menjadi kufur.
Umpamanya kesesatan dalam sejarah ialah kepercayaan2 yang salah (gagap) daripada aliran2 aaa muktazilah umpamanya dan juga syiah mereka sebahagiannya mereka ini kepercayaan mereka tidak kufur tetapi tersalah kepercayaan.
Mempercayai Ali lebih daripada aa yang tahap yang sepatutnya sesat tetapi belum kufur.
Tetapi apabila mengangkat kepada tahap ketuhanan umpamanya seperti mempertikaikan kudrat tuhan menafikan kenabian nabi Muhammad aa ini sesat lagi kufur.
Dan inilah tahap yang paling bahaya didalam kesesatan iaitu sesat lagi kufur.
Pengacara:
Datuk selepas ini ada beberapa klip aa video yang kita akan minta Datuk menjawab segala persoalan dan juga dakwaan daripada seorang pensyarah dan juga yang rapat dengan Ibuyati perkara yang kita bincangkan malam ini.
Ini persoalan pertama berkaitan syahadah.
Hamid: Soalan-1
[Minit 7:35 - 10:54/43:04]
Pernah mengucapkan?
ASH HADU AL LAILA HAILALLAH
WA ASH HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH
Dua kalimah syahadah. Itu yang dikata kita tanya.
So kamu menucap berapa syahadah? 2 syahadah? Kenapa kamu 2? tak 3? tak 4? tak 5? Habis Isa bukan rasul? Musa bukan rasul? Daud bukan rasul? Ibrahim bukan rasul? Kenapa kamu tak
ASH HADU AL LAILA HAILALLAH
WA ASH HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH
WA ASH HADU ANNA MUSA RASULULLAH
WA ASH HADU ANNA ISA RASULULLAH
WA ASH HADU ANNA IBRAHIM RASULULLAH?
Kenapa kamu tak sebut? Kita tanya? Kita tanya? Dia tak jawab? Dia kata kita sesat.
Pengacara:
Datuk, ini berkaitan dengan persoalan mengenai kenapa 2 kalimah syahadah. Sedangkan 25 rasul yang ada tetapi Muhammad yang disebut. Silakan Datuk.
Dr. Asri:
Terima kasih aaa. Ini sebenarnya aaa saya kita hairan bagaimana satu orang yang membesar didalam Islam dia terlepas untuk memahami perkara yang paling basic. Kenapa kita menyebut Muhammad rasulullah kerana Muhammad nabi Muhammad saw itu merupakan rasul yang diutuskan kepada kita melalui nabi ini yang menjadi wakil Allah swt membolehkan kita mengetahui semua hal yang lain termasuk nabi-nabi yang lain. Maka nabi ini adalah kuncinya. Jadi kita nak mengetahui tentang Musa melalui siapa? Melalui nabi Muhammad saw. Tentang Isa melalui nabi Muhammad saw. Dengan itu kuncinya ialah dengan mengakui Muhammad rasulullah. Muhammad itu rasulullah dengan masuk kepada Muhammad itu rasulullah maka segala yang dibawa oleh Muhammad iaitulah al-quran dan segala2 sunnah sunnah baginda yang mengkhabarkan berita2 yang lain termasuklah para nabi lain bererti kita mempercayainya kerana kita mempercayai Muhammad itu rasulullah. Maka sebab itu asas yang pertama kena mempercayai Muhammad itu rasulullah. Iaitu nabi mita Muhammad saw. Sebab itu kalau kita kata Isa rasulullah ia benar tetapi bagaimana untuk kita mengetahui Isa mesti melalui jalan al-quran. Bagaimana kita mengakui al-quran mesti mengakui kerasulan nabi Muhammad. Dan dia adalah rasul wakil Allah yang dihantar kepada kita. Sebab itu maka kita menyebut ashhaduallailahailallah waashhauannamuhammadar rasulullah dengan mengakui Muhammad sebagai rasulullah dia menjadi pintu untuk kita mengakui semua khabar yang dibawa oleh nabi Muhammad tentang rasul2 yang lain.
Ini perkara basic untuk kita paham. Ertinya kalau sekiranya dia mengakui mengakui Musa sebagai rasulullah ya benar memang Musa rasulullah tapi Taurat tak memberitahu tenang Isa. Taurat tidak memberitahu tentang nabi Muhammad secara (?? ?? ??) ajarannya. Dengan itu maka dengan mengakui Muhammad bererti termasuk didalamnya semua para nabi yang lain.
Sebab itu maka kemudian Taurat itu sendiri tidak ada yang originalnya disisi kita. Yang ada ialah quran yang original. Sebab itu kita mengakui Muhammad adalah merupakan rasulullah. Ini adalah basic untuk kita paham dan ia telah salah faham dalam konsep ini seolah2 bila sebut Muhammad rasulullah nabi lain kita tak akui. Itu adalah kunci kita kepada kepada kesemua para nabi yang lain.
Hamid: Soalan-2
[Minit 10:54 - 13:42/43:04]
Soalan Hamid:
Jadi AL-LAH itu nama patung berhala yang mana besar dalam zaman tu. So bila dia pecah tu batu tu dia orang ambil bawa ke Mekkah tu. Itu yang letak kat Kaabah tu kata batu syurga. Sekarang apa bukti itu batu syurga? Itu batu pada patung tu patung bulan.
Sebab tu batu bulan.
Pengacara:
Datuk aaa dakwaan dan juga pemahaman yang kedua ini merujuk kepada AL-LAH yang kita sembah itu adalah bukan tuhan tetapi patung berhala terbesar dizaman nabi Ibrahim. Komen Datuk.
Jawapan Dr Asri:
Saya telah sebut pada mukadimah tadi, ada kesesatan yang boleh menyebabkan seseorang itu sesat, berdosa, menyeleweng tapi mungkin belum sampai ke tahap kekufuran atau keluar daripada daerah iman dan Islam.
Tetapi menafikan tuhan atau pun mengatakan bahawa AL-LAH adalah berhala ini adalah satu dakwaan yang serius bukan sesat kesesatan biasa (nawakil) iman yang membatalkan iman kerana Allah swt adalah zat tuhan yang sebenar dan tidak ada orang Islam percaya tentang mana berhad... Islam adalah agama anti berhala.
Tidak pernah ada dalam pikiran orang Islam tentang keberhalaan hingga disandarkan AL-LAH itu kepada berhala.
Dan ini satu masalah bagaimana beliau nak menyandarkan hal bahawa AL-LAH itu adalah nama berhala berdasarkan fakta sejarah apa.
Dan kalau dia kata ada buku yang menulis, buku itu berdasarkan kepada fakta apa.
Kerana hal yang berlaku pada sekian lama zaman nabi Ibrahim pun con kononnya bagaimana nak dibuktikan bahawa nama berhala itu ialah AL-LAH sedangkan al-quran mengkhabarkan hal yang berbeza daripada hal ini.
Dan ini juga saya ragu-ragu tentang dakwaan kononnya beliau mempunyai asas dalam pengajian dalam sejarah kerana sejarah itu mempunyai methodnya dan disiplinnya bagaimana untuk (mengiktikad) kepada maklumat maklumat yang lepas.
Dan ini bagaimana (tak jelas) kalau dia dah (??) difatwa berdebat dakwah (??) AL-LAH dan rasul sekali tetapi atas dasar apa hal itu dibina dalam sejarah.
Orang Islam sebab itu kita sebab Muhammad rasulullah tadi rujukan mereka ialah nabi Muhammad saw dan melalui nabi Muhammad kita mempelajari al-quran daripada semua teks al-quran dan teks sunnah nabi saw kita mengetahui orang Islam ialah anti syirik orang Islam tidak pernah menghayalkan berhala orang Islam sentiasa mengatakan AL-LAH itu (bahasa arab) tuhan itu tidak ada apa pun yang menyamainya.
Hamid: Soalan-3
[Minit 13:43 - 15:54/43:04]
Ya Datuk kita lihat p**a kes berikutnya berkaitan dengan poligami.
Hamid:
Quran kata tak boleh poligami. Macamana kita ada undang2 poligami. Itu saya tanya. Semua tak jawab. Last2 pergi mahkamah, mahkamah jatuh hukum ok bagi awak cerai. Itu baru poligami yang ini aku nak tanya memang tak akan jawabnya bang. Sape2 yang paham sila bagitau.
Pengacara:
Datuk ini melihat kepada yang mana dinyatakan bahawa tak ada dalam al-quran yang membolehkan poligami itu berlaku. Silakan Datuk.
Dr Asri:
aa Pertama aaaa... saya tak tau .. saya rasa mungkin aaaa mereka ni banyak sebut tentang quran ni mereka andai mereka tak baca quran itu dalam quran ada (bahasa arab) kamu kahwinilah apa yang baik untuk kamu daripada wanita 2 3 dan 4 (bahasa Arab) jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil maka satu. Maka hal itu disebut dengan jelas didalam Quran dan kemudian Allah menyatakan (bahasa Arab) taat kepada Allah dan taat kepada rasul (bahasa Arab) pada diri bagi kamu kata rasulullah itu contoh yang baik maka nabi menterjemahkannya dan para sahabat dan memberitahu tentang poligami dan baginda rasulullah saw telah melaksanakannya walaupun ada (bhasa arab) keistimewaan nabi itu dengan di beberapa kelebihan dan para sahabat pada zaman telah melaksanakannya. (bahasa Arab) tuan punya quran. Masalah mereka ini ialah mereka memisahkan quran daripada nabi muhammad. Seolah2nya quran itu datang asing nabi Muhammad itu datangnya asing. Daripada mereka mendapat quran jika bukan dari nabi Muhammad saw. Jika mereka menafikan nabi Muhammad maka bagaimana untuk mereka meletakkan bahawa al-quran quran yang kemudian (gagap) dalam masa yang sama mereka nak menerima p**ak kononnya quran ada itu dan ini untuk dijadikan asas didalam penghujahan. Ini satu keadaan yang mengelirukan.
Hamid: Soalan-4
[Minit 15:54 - 20:00/43:04]
Pengacara:
Dan juga Datuk seterusnya berkaitan dengan Melayu. Kita saksikan klip video ini.
Hamid:
So Melayu bukan bangsa. Melayu itu maknanya itu tadi maknanya menyembah tuhan yang satu. Sebelum bumi ini dijadi lagi kan mahkluk dah ada. Melayu tu nyembah tuhan yang satu. Bumi ni baru le bang. Adam baru 6070 tahun. Perak man 1.2 juta tahun. Sape dulu Perak dulu ke Adam dulu? Sejarah bang. Sains. Ulamak ni (.......) ooo Adam dah berjuta2 tahun (.....) ko tunjuk aku bukti? Perak man pun 1.2 juta tahun. Tu orang negeri sembilan carbon dating tengkorak dia 30,000 tahun. Adam baru 6070 tahun. Aku ada semua data tu. Itu sains. Carbon dating 99% tepat. Tak ada yang lebih tepat daripada carbon dating nya.
Pengacara:
Dan dinyatakan Datuk Melayu itu bukan bangsa dan Melayu itu lebih awal daripada nabi Adam. Apa yang Datuk boleh katakan.
Dr Asri:
Ertinya kalau begitu dakwaan mereka Melayu bukan bangsa jadi Melayu itu apa? Adakah Melayu itu merujuk kepada agama?
Jadi kalau Melayu itu merujuk kepada agama maksudnya ini juga nak kena lihat kepada apa nama siapakah yang menyatakan agama yang tuhan hantar ini agama ini namanya Melayu.
Ertinya kita semua ini tak ada bangsa la. Saya dan mungkin aaa apa nama ramai orang penonton ni yang berbangsa Melayu mereka bukan berbangsa Melayu tapi beragama Melayu.
Jadi siapa yang mengatakan tuhan telah mengutuskan agama Melayu. ?? Kita tak boleh berdialog dengan tuhan.
Kita tak boleh mendengar apa yang tuhan kata. Kalau semua orang mendakwa dia boleh berdialog dengan tuhan semua orang boleh buat agama melainkan ada rasul yang datang mengatakan agama yang tuhan hantar namanya Melayu.
Kalau itu yang mereka dakwa mereka cuba menjadikan seolah2 bangsa ini seperti mana dengan orang Yahudi.
Bahawanya tidak akan masuk syurga melainkan Yahudi. Jadi Yahudi itu telah mengambil tempat agama.
Ini adalah pemikiran aaa aaa (gagap) mengangkat kaum menjadi agama dan akhirnya kaum itu akan (gagap) mendominasi segala2nya.
Tuhan telah menciptakan manusia dengan kalaulah aa (gagap) dengan berbagai bangsa dan puak. Dan berbagai bangsa dan puak yang diciptakan oleh Allah swt itu ialah semuanya merupakan mahkluk tuhan. Manusia ciptaan tuhan. Tuhan adil pada semua aaa mahkluknya. Tak mungkin dia dahulukan Melayu melebihi Arab atau pun Arab melebihi Melayu.
Jika agama yang dihantar oleh tuhan itu namanya agama Melayu ertinya perkataan aaa apa nama aaa menyembah tuhan yang satu maksudnya Melayu sepertimana yang diandaikan siapakah yang memberitahu bahawa itulah agama Melayu agama tuhan namanya Melayu dan apakah ajaran agama tuhannya Melayu itu.
Mesti kena ada rasul yang menyatakan aku diutuskan untuk membawa agama yang bernama Melayu. Jika tidak dia mendakwa dirinya sebagai rasullah dialah memberitahu kita agama ni Melayu.
Dia (gagap) ini adalah satu cara psaikologi yang hebat mereka ini cuba mengambil kedudukan rasul dengan seolah2 membuat satu dakwaan diri mereka itulah yang menentukan agama.
Siapa bagitau agama ni (gagap) Melayu adalah agama. Kita mau tanya dia sape yang bagitau Melayu tu agama. uu Agama tuhan.
Mesti tuhan yang memberitahu siapakah wakil tuhan yang telah menyampaikan kepada kita agama namanya Melayu. Dia kena buktikan tapi disisi orang Islam kita wakil kita nabi Muhammad asasnya dan quran yang dibawa nabi memberitahu (bahasa arab) agama disisi Allah ialah Islam.
Hamid: Soalan-5
[Minit 20:13-24:43/43:04]
Pengacara:
Ini laporan khas Jahil atau pun kesesatan terpilih? Bersama2 Profesor Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan kita membawa kepada persoalan2 ini temubual wartawan Raja Hisyam Raja Zaid bersama2 dengan seorang bekas pensyarah yang menjadi rujukan Ibuyati.
Ini p**a dakwaan dan pemahaman berkaitan dengan hajarulaswad.
Hamid:
Batu hitam. Batu hitam tu dah ada sebelum Muhammad lahir lagi. Orang Arab semua (dipotong..) Kaabah ada 20 lebih kaabah. Itu satu je yang orang tau. (???? dicepatkan) Engkau yang tak tau. Aku kaji sejarah aku tau. Pas tu ok kenapa batu hitam tu sebelum Muhammad lahir lagi orang Arab semua dah cium batu hitam tu. Sembah batu hitam tu. Tapi bila turun Islam, kenapa Muhammad masih buat lagi? Sampai nabi mati pun sampai sekarang pun orang cium batu hitam tu. (...) Itu bukan ajaran Islam. (Ibuyati: Tak syirik?) So kenapa ko buat ni? Ini kita tanya. Tabung haji dah ajar dah tiap pergi Mekah cium cium cium. Jadi alasannya hadis kata ko cium itu, ko sapu tangan je semua dosa2 ko diampunkan.
Sape ajar tu? Quran tak kata. Ampun dosa camana? Ada dosa? Ada Quran sebut ko sapu tangan kat batu hitam tu? Tak.
Batu hitam tu lah AL-LAH.
Pengacara:
Datuk, apa yang dinyatakan nabi Muhammad dan kita ini dikatakan menyembah hajarul aswad yang dilakukan jahiliah dahulu dan hajarul aswad dikatakan bukan dari syurga tapi dari berhala yang dikatakan AL-LAH. Datuk?
Dr Asri:
OK hatta orang2 jahiliah dahulu mereka tak sembah hajarul aswad itu. Mereka ada berhala2 yang lain tapi mereka mencium membesarkannya, tapi mereka tak kata hajarul aswad adalah salah satu dari tuhan yang terbesar mereka. Jika mereka, mereka ada HUBAL ada MANAT mereka ada apa... jadi sebab tu itu satu dakwaan je lah. Walaupun ada riwayat2 yang begitu yang macam2 begitu tapi ternyata dalam teks2 sejarah menunjukkan mereka mengangkat berhala2 yang besar, HUBAL, MANAT aaaa apa LAT aaa UZA ini semua berhala mereka. Mereka tak angkat hajarul aswad tu sebagai berhala utama mereka. Kalau logiknya itulah berhala utama mereka.
Dan Kemudian ini salah faham dia.
Orang Islam apabila mereka pergi mencium hajarul aswad mereka tidak mengatakan itu tuhan. Mereka menciumnya.
Kita mencium isteri kita, mencium suami kita, kita mencium anak kita bukan bererti kita menyembahnya.
Sebab itu saidina Omar ibni Khatab dia merupakan khalifah yang kedua paling jelas riwayat yang disebut (gagap) Bukhari dan selainnya sebagaimana dia menyebut (bahasa arab) aa aa sesungguhnya engkau tidak memberi menafaat dan mudarat.
Dia kata pada hajarul aswad.
Jika tidak aku melihat rasulullah saw mencium mu niscaya aku tidak menciummu.
Dengan.. sebab itu maka orang Islam mereka tak ada orang Islam.. pernah dalam sejarah orang Islam (bahasa arab) yang mencuri hajarul aswad balik ke negeri mereka hajar.
Sehingga dalam kitab2 lama disebut aa aa dicium hajarul aswad jika ia ada.
Jika ada kitab2 yang tulis begitu menunjukkan kitab itu ditulis pada zaman hajarul aswad hajarul aswad dicuri.
Pun beitu orang Islam tak pergi ke negeri hajarul aswad dicuri itu untuk menyembah atau mencium hajarul aswad.
Mereka tetap tawaf di kaabah dan mereka tidak hanya tidak mencium hajarul aswad.
Dan mereka tak pergi kaum yang mencuri hajarul aswad itu buat binaan dinegeri mereka. Mereka pergi. Mereka tak.. (???) kalau orang Islam mereka tak sembah hajarul aswad.
Ini hanya kerana mereka ritual ibadah dimana mereka mencium sebagai tanda kasih mereka kepada pemberian tuhan. Itu sahaja.
Dan ini berbeda tak pernah orang Islam kata wahai hajarul aswad sembuhkan penyakit aku.
Wahai hajarul aswad berikan kepada ku kekayaan.
Wahai hajarul aswad aa maaf ampunkanlah dosa ku.
Orang Islam tak lakukan.
Dakwaannya itu tanda kejahilan yang dalam hal2 asas ini.
Hamid: Soalan-6
[Minit 24:44-27:55/43:04]
Pengacara:
Baik Datuk seterusnya kita nak melihat kepada ini dakwaan berkaitan cara sembah tuhan.
(Awani: So macam you all kira percaya ada cara lain yang sepatutnya jadi cara sembah tuhan tu).
Memang ada. Melayu memang nyembah tuhan lama dah. Maka Melayu tu apa. Makna Melayu tu menyembah tuhan yang satu.
(Awani: So macamana cara Melayu tu sebenarnya cara sembah tuhan)
Kena jadilah Melayu
(Awani: Yang difahami setakat nilah)
Ya, jadilah Melayu.
Pengacara:
Datuk, dakwaan ini memberi gambaran bahawa cara solat kita bukan cara solat sebenarnya.
Dan Melayu sebenarnya ada cara sembah tuhannya mengikut ajaran yang didakwa ajaran sebenar. Silakan Datuk.
Dr Asri:
Ya persoalan yang pertama, kita mesti tanya dia siapa yang ajar cara "ibadat Melayu" (kuot and kuot) yang dia katakan itu.
Siapa yang ajar kifiat atau pun cara ritual ibadat. Dia sendiri tak menunjukkan dia kata buatlah kajian.
Dia bagitau kita bagaimana cara dia.
Kalau dekat kata... pukol gendang dan seumpamanya saya tak taulah apa yang mereka buat tu adakah termasuk daripadanya.
Kalau itu begitu bersifat perkauman atau pun bersifat satu bangsa. Sedangkan tuhan bukan pencipta satu bangsa.
Agama yang tuhan hantar mesti bersifat universal.
Agama itu mesti bersifat semua manusia boleh menyembah tuhan yang sama.
Kalau satu agama dibuat untuk orang Melayu saja bagaimana dengan umat kaum2 yang lain.
Kalaulah aa ritual2 yang ditunjukkan itu bersifat Melayu, cara kerisnya umpamanya, bagaimana dengan kaum yang ada pedang?
Bagaimana kaum yang ada tombak?
Sebab itu agama tidak mungkin bersifat demikian.
Adapun orang Islam cara ibadatnya cara ibadatnya atas tadi yang di nafikan iaitu Muhammad rasulullah (bahasa arab) kamu solatlah sepertimana kamu lihat aku bersolat.
Kata nabi (bahasa arab) ambil daripada ku cara ibadah kamu.
Jadi itu cara bagaimana nabi saw Allah hantar example kepada kita.
Contoh kalau tuhan itu tidak menjelma dihadapan manusia.
Dia menghantar rasulNya, messenger (gagap) sebagai rasul.
Rasul telah buat apa yang Allah suruh yang kita follow rasul kan (bahasa arab) (gagap) sesungguhnya bagi kamu pada diri rasul (???) itu contoh tauladan yang baik.
So dengan itu maka kita follow guide atau pun (??) contoh yang dipraktis oleh rasul.
Sekarang ni ritual yang dia katakan tu sape dia yang praktis yang untuk kita kata ooo dia kata si A rasul A praktis atau pun dia sendiri yang praktis.
Kalau dia praktis siapa dia yang menjadi wakil rasul, wakil tuhan yang mana dia boleh dakwa ooo inilah yang tuhan ajar kat saya (gagap) kamu semua kena ikut saya aa ini cara yang tuhan mau, kerana itu cara ibadat.
Tuhan mesti hantar wakil.
Sape wakil dia.
Dan bagaimana cara dia. Dia kena tunjuk kita nak tau.
Hamid: Soalan-7
[Minit 27:56-31:31/43:04]
Hamid:
Quran tu adalah firman tuhan.
Yang bukan firman tuhan dia tak jadi ayat Quran kan?.
Ko tulis masuk tu dah bukan quran.
Ko buat kitab
Dalam quran kita ada tak bismillah? ada.
So quran tu bukan quran dah dah diubah.
Bismillah tu tak ada nape ko bubuh bismillah.
Apa makna bismillah?
Makna ingat, makna bismillah tu tuhan yang bercakap kan?
Makna tuhan cakap apa?
Dengan nama tuhan yang pemurah.
Jadi ko kata tuhan ada tuhan kat atas dia?
Itu apa?
Alhamdulillahhirabbil'alamiin
Kalau kita tak apa kan?
Syukur kepada tuhan tapi Alhamdulillah tu tuhan yang bercakap.
Makna tuhan kata apa?
Alhamdulillahhirabbil'alamiin
Tuhan tu bersyukur kepada tuhan dia.
Jadi nampak?
Yang ko sembah kata ALLAH tu dia ada tuhan lagi atas dia.
Dia cakap Alhamdulillahhirabbil'alamiin
Baik ko sembah (tunjuk atas)
Tunjukkan aku jalan yang lurus.
Eh tuhan ko tak tau ke jalan yang lurus?
Pengacara:
Datuk, dalam dakwaan ini menyatakan bahawa al-quran yang diturunkan kepada nabi Muhammad saw adalah yang bukan asli dan bukan firman daripada Allah swt,. Contoh dalam surah al-Fatihah. Silakan Datuk.
Dr. Asri:
Ya dia dakwaan ni saya rasa dukacita kalau dia seorang pensyarah universiti. Pensyarah universiti ni biasanya dia terdedah kepada penulisan dan kepada macam2 dia ada sedikit pemikiranlah patutnya dia lebih luas dia tau teknik menulis teknik berbahasa.
Didalam kita berbahasa kadang2 kita untuk menyampaikan sesuatu maklumat kita kadang2 bukan mesti saya kata, kadang2 kita mengajar untuk orang berkata.
Macam kita ajar cakap cakap kita tapi kita beri paa anak kita supaya anak kita boleh ikut kita.
Dalam quran ada doa.
Dalam quran ajaran Allah untuk manusia.
Quran tu bukan untuk Allah. Quran tu untuk manusia.
Quran tu ada (bahasa arab) dia adalah petunjuk bagi orang yang bertaqwa.
Maka Allah ajar bagaimana kita anak berdoa. Baaimana kita nak memujiNya. Sebab itu namanya ajaran.
Ajaran.
Didalam ajaran itu tuhan ajar bagaimana nak puji dia, alhamdulillah. Cara Dia puji.
Kadang2 datang p**ak ayat yang menceritakan syurga dan neraka.
Kadang2 amaran Dia.
Kadang2 doa.
Bukan tuhan doa pada diri tuhan.
Tuhan ajar kita.
Ini teknik penulisan bas...knowledge dan teknik penulisan.
Kalau seorang pensyarah begitu gagal untuk memahaminya saya bimbang kita mempunyai krisis yang teruk didalam kualiti ilmu2 pensyarah universiti kita kalau begitu basicnya dia pun gagal untuk fahami.
Sebab itu aa quran ini dia datang berinteraksi dengan manusia.
Kadang2 dia bawa kita kelangit, kebawah, kedunia, kadang2 dia jelma dalam doa, kadang2 dia jelma dalam cerita, kadang2 da jelma dalam firman tuhan dan titahnya.
Ini adalah pendekatan sebab tu orang Arab Quraish yang menentang Quran habis2an they got no complain.
Mereka tidak pernah ada komplen, tentang uslub ni bahkan uslub dan pendekatan bahasa al-quran ini telah mengkagumkan mereka sehingga mereka menganggap bagaikan sihir kerana tersihir terpukau pemikiran mereka dan bahasa yang digunakan oleh al-quran.
Ini satu orang yang dijalanan tiba2 memperkatakan tentang soal teknik berbahasa dan sastera.
Amat mendukacitakan.
Hamid: Soalan-8
[Minit 31:32-35:17/43:04]
Pengacara:
Baik Datuk, selepas ini kita nak tengok p**a berkaitan dengan sejarah ini perjalanan sejarah nabi Sulaiman. Kita saksikan vt ini.
Hamid:
So mana kata Sulaiman di Arab?
Awani: So Sulaiman bukan Arab sini la kan?
Hamid: Dia sini.
Awani: Nabi Sulaiman tu?
Hamid: Ha nabi Sulaiman. Dia pergi kesana.
Macam Ibrahim. Orang sana panggil dia apa? IBRAHIM.
Sebelum Arab orang panggil dia apa? Abraham.
Ebraham ABRAHAM. aa
So dari sini dia pergi kemana?
Sampai India orang panggil dia RAJA VIKRAMA.
So dulu dalam Kaabah ada gantung talam2 emas.
Sekarang mana pergi?
Tak ada. Kosong je batu dah buat mar-mar.
So apa yang gantung tu?
30 tahun dulu aku dedahkan.
Pengacara:
Dakwaannya Datuk, nabi Sulaiman dan nabi Ibrahim adalah berasal daripada Melayu dan daripada sini. Apa boleh Datuk katakan dan apa komen Datuk.
Dr Asri:
Ha Ha Ha Ini saya kata kita ada krisis dalam akademik. Benda2 sejarah saya tak lihat, aa aa saudara pun tak lihat dan kita pun tak lihat pada zaman ini.
Bagaimana kita nak membuktikan.
Pembuktian sejarah terutama apabila aa bukan saja membabitkan kesan peninggalan batu bata atau pun bahan peninggalan tapi apabila membabitkan soal teks soal ucapan konten ajaran itu hanya melalui satu perkara saja.
Iaitu dinamakan dengan riwayat. Atau narration.
Kita mesti ada riwayat. Siapakah yang membuat riwayat daripada zaman ini ke zaman rawi sebelumnya rawi sebelumnya seperti Quran.
Quran dianggap Quran kita dapat buktikan dia (bahasa Arab) dipanggil. Dia telah dibawa kepada kita secara mutawatir.
Maksudnya absolute dia adalah tidak ada pertikaian tentang konten dia bahawasanya seperti pada zaman dahulu demikian pada zaman kita.
Bagaimana dia nak tau bahawasa nabi Sulaiman berada disini Melayu. Apa bahan dia nak buktikan. Apa dia ajaran Sulaiman yang boleh dibuktikan daripada satu kepada satu.
Kalau dia kata ada satu orang penulis yang menulis, penulis itu ambil daripada mana. Apa bahan dia.
Dia ada benda bertulis written document (??) yang mana written document itu tak boleh dinafikan melalui sistem periwayatan aa yang di percayai narrated by generation by generation yang mana tak boleh dipertikaikan.
Ini semua adalah satu hayalan. Pergi ke Palestine orang Israel akan kata bahawasanya nabi Sulaiman disana. Kan? aa Orang Yahudi buat dakwaan mereka tentang ajaran nabi Musa.
Semua benda kita nak proof tentang ajaran terdahulu mesti datangkan bukti. Written document bukan orang sekarang tulis.
Dokumen dulu yang datang kepada kita melalui riwayat yang dipercayai.
Kalau setakat you jumpa satu tulisan sekeping yang kita tak tahu siapa penulisnya, authenticity keasllian penulisnya itu bagaimana sejauh mana kita boleh reliable atau pun boleh dipercayai atau pun tak penulis tu ini semua ada disiplin didalam ilmu.
Metodologi ilmu.
Ini ini mendukacitakan kalau macam tu saya pun boleh dakwa juga esok kita pun boleh la dakwa juga nabi Yusuf rupanya orang Perlis umpamanya.
haaa Kalau semua orang boleh buat begitu maka tak ada dunia ilmu, kita hidup dalam dunia hayal.
Hamid: Soalan-9
[Minit 35:18 - 37:39/43:04]
Pengacara:
Baik Datuk,, ini berkaitan dengan nombor ekor atau pun pertaruhan.
Hamid:..Ko blast cerita nombor satu dunia. Sebab apa? Satu dunia sedang study cari macamana ko nak predict nombor ekor.
Tak ada orang buat PhD tak dapat. Aku tak ada PhD pun dah dapat dah.
Awani: Ada kena ke (???) betul ke?
Iuyati: Dia oang kena lah.
Hamid: Hari2 kena (????)
Ibuyati: Dia orang kena laa
Hamid: (???) Dia orang beli tu yang kat Johor kat Melaka kat Kedah, beli kena.
Aku bagi contoh tu apa. Kalau ko beli 10 nombor kan. Ko beli. Kadang 20 naik.
Nanti aku tunjuk.
Ini matematik bang. Bukan pakai jin.
Ini magnum, yang kedua ni toto, yang ni sweep.
Nampak? Ini naik 2nd price, naik...
Pengacara:
Datuk, nombor ekor dikatakan tidak salah dan ia berkaitan dengan matematik. Adakah ia termasuk dalam bab telah menghalalkan yang haram secara jelas Datuk.
Dr Asri:
Tapi sepanjang daripada apa yang kita tengok dia bukan menghalalkan yang haram dia telah pergi ke daerah2 kesesatan yang kekufuran yang paling dahsyat.
Cuma ini benda yang paling ringanlah dikalangan dahsyat2ya itu.
Kerana ekor ini termasuk didalam nasib yang mana dia termasuk dalam himar didalam perjudian. aaa
Kita tengok kesan berapa ramai orang yang tau yang menghabiskan duit dia kerana tikam nombor ekor.
Dan kalau tikam nombor ekor ...
Mungkin ada satu dua orang yang dengan beberapa calculation yang dia kira kononnya dia kena
dan syarikat ekor pun tak sebodoh itu nak bagi orang kena.
Dan dia ini semua adalah bagi disisi agama disisi Islam ialah perjudian.
Perjudian yang telah mengorbankan banyak manusia kita tau orang2 awam (???) Mesir terkorban dengan nombor ekor ni kerana pergi tikam benda yang akhirnya benda yang dia tak dapat apa.
Dia dalam perjudian simple je.
KALAU SAYA UNTUNG, AWAK AKAN RUGI.
KALAU AWAK UNTUNG, SAYA AKAN RUGI.
Nombor ekor dia macam tu lah kan.
Kalau satu dua orang kena dia pi berjampi ke atau dia buat matematik konon dia dapat kali itu ke dia tidak boleh menghalalkan satu sistem perjudian yang telah merugikan manusia ini.
Dan agama konsisten benda2 yang seperti ini yang MEMPERJUDIKAN NASIB MANUSIA DIANGGAP SEBAGAI JUDI DAN IA ADALAH HARAM.
Hamid: Soalan-10
[Minit 37:40 - 41:38/43:04]
Pengacara:
Saya nak tanyakan Datuk berkaitan dengan dakwaan ada dua Islam berkaitan dengan ISlam Arab dan juga Islam Quran. Mungkin ada penjelasan daripada Datuk.
Dr Asri:
Ini ada satu masalah yang serius tentang cara dia berfikiran itu.
Dia cuba seolah2 nak pisahkan quran daripada daripada Islam yang kita tau kerana pertama tidak ada Islam Arab.
Nabi terang2 aa al-Quran menyebut (bahasa Arab) semulia2 kamu disisi Allah yang paling bertaqwa.
Ini setelah Allah bercakap tentang penciptaan manusia yang terdiri dari lelaki dan perempuan dan berbagai kaum dan puak.
Nabi menyebut (bahasa Arab) tidak ada kelebihan orang Arab diatas orang Ajam bukan Arab.
(bahasa Arab) tidak ada kelebihan orang Arab diatas orang orang Ajam seorang orang Arab melainkan (bahasa Arab) dengan melainkan dengan ketaqwaan. Dalam riwayat Ahmad.
Dengan itu maka kita tahu bahawasanya Islam dia tidak pernah menyatakan Arab itu mendapat keistimewaaan syurga disisi Allah dibandingkan kaum lain.
Manusia mendapat kemuliaan disisi Allah berdasarkan kepada ketaqwaan.
Dalam sejarah Islam ulama2 besar didalam hadis al-Bukhari, Muslim, apa ni Tarmizi, aa apa nama Abu Daud, an-Nasai, ibnu Majjah.
Mereka semua bukan Arab. Hanya imam Muslim ada di dibincangkan sikit tentang dia.
Hatta dalam dalam dalam bahasa Arab Abu Ali al-Farisi, (???) Bawai, mereka juga bukan arab. Abu Hanifah mereka juga bukan arab.
Agama ini bukan milik orang arab. Tidak pernah siapa menyatakan dalam Islam, Arab adalah penentu masuk syurga.
Hatta keluarga nabi tidak menjadi penentu masuk syuga jika dia tidak beramal dengan amalan yang saleh.
Sebab itu tidak ada versi Arab atau pun versi Quran Arab Quran aa Quran Islam Arab dan Islam Quran.
Hatta Quran itu pun memang la.
Quran dalam bahasa Arab.
Kalau dia nak betul2 nafikan buanglah Quran kena ada dalam bahasa Melayu.
Tapi Quran dalam bahasa Arab kerana keindahan bahasanya kekuatan bahasanya tidaklah p**ak tuhan mensyaratkan nak masuk syurga kena orang Arab.
Tengok ulama2 hadis menyatakan mana2 saja hadis yang bersifat perkauman masuk mengangkat Arab adalah hadis yang tidak sahih.
Kita dapat tau dah dia hadis yang tidak sahih kerana itu. Maka orang Islam tidak pernah menyatakan Islam versi Arab.
Mungkin ada orang minat pakai pakaian Arab tapi itu tidak menunjukkan Islam versi Arab.
Dan kalau itu pun ada orang nak kaitkan Islam versi Arab mereka salah.
Ada orang Arab yang Kristian.
Ada orang Arab yang (gagap) agama yang berbagai2.
Sebab itu maka aa ini yang peliknya dia nak nafikan tentang peribadi nabi itu seolah2 nabi punya versi Quran Arab aa Islam Arab.
Quran bukan Arab. Bukan aa Islam Quran bukan Islam Arab.
Persoalan kita nak tanya kat dia sekali lagi sape dia yang bawa Quran?
Kalau you tak percaya kepada diri Muhammad sebagai rasul, dalam banyak ungkapan dia, dia mempertikaikan tentang sape Muhammad ni seolah dia bukan rasul, bagaimana you percaya p**ak pada Quran yang dia bawa?
Kalau sepatutnya at the first place, daripada kali daripada awal lagi dah tak terima dah Muhammad Quran itu sendiri kerana awak dah tak terima Muhammad sebagai rasul.
Ini adalah permainan syaitan kerana dia kononnya dia nak mempengaruhi minda kita.
Hakikatnya ajaran ini saya lihat tidak ada Melayu, tidak ada Quran, tidak Islam nabi Muhammad yang nabi Muhammad bawa pun tak ada, tak ada Allah, tak ada apa.
Semua adalah hayalan dan saya rasa ini antara adalah kesesatan yang paling dahsyat yang pernah ditemui dalam ajaran2 sesat di Tanah Melayu ini.
Pengacara: Soalan-11
[Minit 41:39 - 42:27/43:04]
Juga Datuk secara ringkas dan tuntasnya klasifkasi akhir Datuk diatas segala perbincangan dan juga jawapan daripada dakwaan2 yang Datuk telah berikan tadi. Secara ringkas Datuk.
Dr Asri:
Saya lihat masalah utama ialah kedangkalan pengetahuan basis dan ketidakupayaan berfikir sekali pun ditahap rendah dalam memahami benda2 yang dikemukakan.
Dukacita kalau dia seorang pensyarah universiti kerana perkara yang disebutkan itu sangat dangkal bukan saja dari segi fakta tapi dari sang cara berfikir.
Sebab itu kita tetap ajaran itu sesat lagi menyesatkan bahkan sebahagian dakwaannya itu bukan sekadar sesat biasa ia telah merentasi telah melintas batasan antara iman dan kufur
Pengacara: Penutup
[Minit 42:27 - 43:04/43:04]
Baik terima kasih Profesor Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, ahli jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan, kita timbulkan persoalan dan kita juga memberi jawapan, kita timbulkan dakwaan dan kita ada analisis yang diberikan.
Itu saja waktu yang kita ada, dan ini laporan khas jahil atau kesesatan terpilih, Saya Ehsan Yahya assalamualaikum jumpa lagi.
Nama Ibu Yati kembali hangat viral di media sosial sejak penghujung Januari lalu apabila memuat naik kenyataan menggusarkan yang terkait dengan pertikaian ag...