PUSAT INTERNET 1MALAYSIA (Pi1M) Felda Bukit Puchong atau yang dahulunya di kenali sebagai Pusat Jalurlebar Komuniti (PJK), Triang, Pahang Darul Makmur mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada anda semua yang sudi melawat portal komuniti setempat kami. PUSAT INTERNET 1MALAYSIA merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjas
ama pihak Telekom Malaysia (TM) Bhd dan MSD Digital Intelligence. Sebanyak 12 PUSAT INTERNET 1MALAYSIA Komuniti bagi Fasa rintis (Fasa Pilot), 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2 dan 31 pusat untuk Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan Pi1M sebagai lokasi agar dapat merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020. Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap Pi1M diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan iaitu isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan.