29/03/2017
CARA GUNA POMADE YANG BETUL
===============================
-POMADE terbahagi kepada dua iaitu POMADE TRADISIONAL dan POMADE MODEN.
-POMADE tradisional berasaskan minyak dan licin. Antara bahan terdapat dalam pomade berasaskan minyak ialah kebanyakkannya mengandungi Lanolin, Lilin Lebah, Minyak Tea Tree, Minyak Pudina dan Minyak Kayu Putih (Euclyptus)
-POMADE moden p**a berasaskan air dan kebanyakkannya mengandungi Air (Aqua), Cetereth-25, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Propylene Glycol, Polysorbate-20, PEG-7 Hydrogenated Caster Oil, PEG-8 Methicone, DMDM ​​hydantoin, Methylparaben, Fragrance (Parfum), dan pewarna.
KELEBIHAN POMADE MODEN (WATER BASED)
======================================
-Mudah dicuci serta memberikan rasa memegang yang lebih ringan berbanding pomade berasaskn minyak.
-Memberikan rambut anda gaya yang sama dengan pomade berasaskan minyak tetapi pegangan rambut tidak sekuat pomade berasaskan minyak.
-Memudahkn anda dan mempunyai fleksibiliti untuk menggayakan rambut anda ses**a hati sepanjang hari berbanding dengan pomade berasaskan minyak.
KELEMAHAN POMADE TRADISIONAL (WAX BASED)
========================================
-Tidak larut air, jadi ia tidak akan dapat dicuci dengan air sahaja. Juga s**ar untuk dicuci dengan menggunakan syampu. Terdapat syampu degreasing untuk menanggalkn minyak tetapi mungkin boleh merosakkn rambut.
4 CARA MENGGUNAKAN POMADE DENGAN BETUL
=======================================
1. BASUH RAMBUT ANDA. - POMADE lebih berkesan pada rambut yang bersih, jadi anda perlu mencuci rambut dengan syampu sebelum menggayakn rambut anda dengan POMADE.
2. RAMBUT KENA LEMBAP - POMADE kelihatan terbaik apabila ia digayakan dalam rambut yang sedikit lembap. Selepas mencuci rambut anda,keringkn dengan tuala. Anda mahu rambut anda menjadi hanya sedikit lembap tetapi tidak menitis basah. Ini akan membolehkan POMADE untuk melekat pada rambut anda dengan mudah dan kelihatan hebat apabila ia kering.
3. LETAK POMADE LEBIH KURANG SAIZ SYILING 20 SEN PADA JARI - sapu dan ratakan POMADE pada tapak tangan. jumlah POMADE juga bergantung pada ketebalan rambut anda.
4. SAPU POMADE DI RAMBUT - ratakn pomade pada rambut dan gayakn rambut mengikut gaya yang anda s**a. Pastikan POMADE tidak terkena kulit kepala kerana ini akan menyebabkan rambut anda kelihatan sangat berminyak dan mengganggu kelembapan kulit kepala.