MyOne Care

MyOne Care Page ini ditubuhkan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik dan sekolah agama/tahfis.

20/07/2024

Luruskan jalan menuju Tuhan dengan tulusnya hati sesama insan. Elakkan hasad, jauhi mengumpat. Jika tidak mampu menambah, jangan mengurang. Jika tidak mampu menjulang, jangan menghalang. Ingat selalu kata hukama:
Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat yang membusukkannya..

04/07/2024

kalau kita balas keburukan dengan keburukan, celaan dengan celaan, hinaan dengan hinaan, maka akan terbit pada kita segala sifat keburukan.
Jadilah sifat yang baik, balas keburukan dan kebaikan dan serahkan balasan kepada Allah..

26/06/2024

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah p**a sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah p**a kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Surah Al-Hujurat, Ayat 11..

sebutir lagi emas
26/06/2024

sebutir lagi emas

24/06/2024

kadang kita patut beri pengajaran kepada orang yang berlebih lebih ni..
supaya dia tahu dunia ni luas..

11/06/2024

Kebaikan dan kejahatan memberi kesan dan pengaruh pada setiap pergerakan manusia. Abdullah bin Abbas pernah berkata:
“Kebaikan memiliki cahaya pada wajah dan hati, melapangkan rezeki, menguatkan badan dan disukai setiap makhluk Allah SWT. Sedangkan kejahatan mengakibatkan kegelapan pada wajah dan hati, lemahnya badan, sempitnya rezeki dan kebencian di hati setiap makhluk..

perlu berubat sebelum parah..
10/06/2024

perlu berubat sebelum parah..

luangkan masa untuk mengaji agar kita keluar dari kejahilan, dan pada sahabat sahabat sekelian jangan kita biarkan sehar...
10/06/2024

luangkan masa untuk mengaji agar kita keluar dari kejahilan, dan pada sahabat sahabat sekelian jangan kita biarkan seharian kita berlalu tanpa kita menjejakkan kaki di masjid, cari masa sekurang kurangnya satu waktu kita solat di masjid.

07/06/2024

Umur yang dikurniakan kepada kita hari ini adalah sebuah nikmat yang terlalu besar dan paling tinggi nilai harganya ,tidak dapat kita nilai harganya dengan emas yang berbukit dan wang yang berjuta.

Oleh yang demikian,umur yang Allah S.W.T beri kepada kita sebagai pinjaman ini yang ianya berterusan sampai sekarang perlulah kita usahakan untuk melakukan kebaikan,mencari dan mengharap keredhaanya dengan maksud kita sentiasa bersedia dalam menegakkan hukum-hukum syariat Allah disamping tidak kita lupa segala amal soleh dan kebajikan kita itu kita letakkan diatasnya niat semata-mata ikhlas kerana Allah S.W.T..

29/05/2024

Harta adalah serendah rendah rezeki.
Sihat setinggi tnggi rezeki.
Anak soleh sebaik baik rezeki.
Redha Allah yang paling sempurna rezeki..

Budak nak kena operate
28/05/2024

Budak nak kena operate

27/05/2024

Rasulullah s.a.w. bersabda: " Seorang muslim adalah saudara muslim yang lain, ia tidak akan menzaliminya dan tidak akan menyerahkannya (kepada musuh). Barang siapa berusaha memenuhi keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang menghilangkan kesusahan dari seorang muslim maka dengan hal itu Allah akan menghilangkan salah satu dari kesusahannya di hari kiamat. Barang siapa yang menutupi aib (keburukan) seorang muslim maka Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)..

Address

No 1, Lorong BLM 1/10, Bandar Laguna Merbok,
Sungai Petani
08000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MyOne Care posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share