21/07/2026
Jangan kecewa jika pernah beli emas pada harga tinggi.
Jika terus menyimpan secara konsisten, kos purata (average cost) akan turun. Inilah kelebihan membeli secara berkala (dollar-cost averaging).
Contoh kiraan:
Situasi 1
Beli 1 gram pada RM720/g = RM720
Harga turun, beli lagi 1 gram pada RM580/g = RM580
Jumlah:
Emas = 2 gram
Modal = RM1,300
➡️ Purata kos = RM1,300 ÷ 2 = RM650/gram
Walaupun pembelian pertama pada RM720, kos purata anda kini hanya RM650/g, bukan RM720.
Jika terus membeli ketika harga rendah
1g @ RM720 = RM720
1g @ RM580 = RM580
1g @ RM570 = RM570
Jumlah:
Modal = RM1,870
Emas = 3 gram
➡️ Purata kos = RM623.33/gram
Nampak?
Walaupun pernah membeli pada RM720, kos purata telah turun kepada sekitar RM623/g.
Kesimp**an:
Harga naik → Nilai emas yang sudah dimiliki meningkat.
Harga turun → Peluang menurunkan kos purata dengan membeli pada harga lebih rendah.
Sebab itu, penyimpan emas biasanya tidak terlalu risau turun naik harga jangka pendek, kerana fokus mereka ialah menambah gram dan mengurangkan kos purata melalui pembelian yang konsisten.