22/10/2025
Ramai tertanya, βLepas ni emas naik balik ke, atau sambung jatuh?β
Inilah saat di mana pasaran sedang uji siapa yang betul-betul faham rentak emas, bukan sekadar ikut trend.
Menurut analisis InvestingPro & WarrenAI, pasaran kini berada dalam fasa pembetulan kuat (strong correction) selepas kenaikan luar biasa baru-baru ini.
Analisis Teknikal:
1. Paras penting sokongan:
β’ $4,133
β’ $4,106
β’ $4,000 (garisan psikologi utama)
Jika harga jatuh di bawah $4,100, ia mungkin menandakan isyarat negatif baru dan membuka ruang ke $3,900β$3,950.
2. Paras rintangan penting:
β’ $4,201
β’ $4,223
3. Indikator teknikal (RSI, Stochastic, MACD, ADX):
β’ RSI jatuh ke 20.9, menandakan oversold (terlalu dijual).
β’ Stochastic RSI menyentuh 0.0, juga isyarat tekanan jualan tinggi tetapi hampir ke tahap potensi technical rebound.
β’ ADX di paras 58.9, menunjukkan trend menurun masih kuat.
β’ MACD berada pada nilai negatif (-29.9), menunjukkan tekanan jual masih dominan dalam jangka pendek.
Tiga Senario Kemungkinan (menurut WarrenAI):
Senario 1:
Penurunan berterusan ke bawah $4,000 jika harga gagal bertahan di atas $4,100.
Senario 2:
Rebound sementara (short rebound) jika harga berjaya kembali ke atas $4,201β$4,223.
Senario 3:
Pergerakan mendatar antara $4,100β$4,200 sambil menunggu pemangkin baru dari data ekonomi.
Penurunan semasa tidak bermakna trend kenaikan jangka panjang emas telah tamat.
Sebaliknya, ia hanyalah pembetulan tajam dalam trend menaik besar yang masih sah.
Kini, emas sedang berada di zon keputusan (decision zone) kawasan penting yang menentukan sama ada harga akan mula stabil semula atau terus menyambung kejatuhan.
Selagi harga belum menembusi paras USD 4,000, pasaran masih berpotensi untuk membuat rebound teknikal dalam masa terdekat. Namun, jika paras sokongan ini pecah, kita mungkin berdepan tekanan jualan lanjutan (sell-off) ke paras lebih rendah.
Secara keseluruhan, pasaran masih berada dalam fasa pembetulan sihat dalam trend menaik jangka panjang.
Pembeli emas disarankan berhati-hati, tetapi jangan panik kerana correction bukan kejatuhan sebenar.
Manakala bagi pengumpul emas jangka panjang, ini mungkin masa terbaik untuk ambil peluang sebelum harga kembali naik.