26/05/2022
Cuba bayangkan, anda kumpul duit beberapa bulan semata-mata untuk dapatkan seutas jam tangan G-SHOCK, tetapi ternyata jam yang dibeli adalah palsu. Apa perasaan anda? Mesti berbaur rasa sakit hati, sedih, kecewa dan marah, kan?
- Disemak sebelum buat pembelian jam G-SHOCK adalah sama ada rekaan (bentuk, warna dll.) dan nama model sama seperti yang dipaparkan di laman web rasmi G-SHOCK.
- Cara mengenal pasti ketulenan jam tangan G-SHOCK adalah dengan menyemak bekas simpanan jam tersebut.
Kotak G-SHOCK yang original mengandungi barcode dan sticker dengan maklumat model G-SHOCK yang berkenaan. Model yang didatangkan dalam bekas tin, sila pastikan bahawa bekas tin tersebut berada di dalam kotak G-SHOCK. Produk G-SHOCK original yang baru tidak akan dijual hanya dalam bekas tin sahaja dan sentiasa didatangkan dengan kotak G-SHOCK, ya! Di samping itu, biasanya di bahagian bawah bekas tin tersebut, ada cetakan kod siri.
- Setiap jam G-SHOCK baru yang original akan dilengkapi dengan buku manual. Jika jam yang anda ingin beli tidak memiliki manual (kecuali jika item tersebut bukan barang baru), kemungkinan besar jam tersebut adalah palsu.
Dan jika ada buku manual disertakan, sila pastikan bahawa modul yang tertera adalah tepat.
- Antara cara lain untuk mengenal pasti sama ada jam G-SHOCK yang anda beli adalah original atau tidak adalah dengan menyemak kad waranti (warranty card) yang disertakan.
Produk original yang baru sentiasa disertakan dengan kad waranti.
Jadi, beli dengan Ficos Label, yakin 100% original