05/05/2026
Endometriosis ialah penyakit sistem pembiakan wanita di mana tisu yang sepatutnya melapisi bahagian di dalam rahim (dipanggil endometrium) tumbuh di luar rahim - contohnya, di ovari, tiub fallopio atau rongga pelvis.
Apa yang berlaku?
Jaringan ini tetap โberperilakuโ seperti endometrium normal (menebal, pecah dan berdarah semasa haid).
Tetapi kerana ia berada di luar rahim, darah tersebut tidak dapat keluar dari badan. Ini boleh menyebabkan keradangan, sakit, dan boleh menyebabkan kemandulan.
Simptom berbeza-beza antara individu, tetapi yang biasa berlaku termasuklah :
- Sakit senggugut yang teruk (lebih sakit daripada biasa)
- Sakit di bahagian pelvis, terutamanya semasa haid (selalunya teruk)
- Kesakitan semasa atau selepas hubungan kelamin
- Sakit semasa membuang air besar atau kencing
- Haid yang banyak atau tidak teratur
- Kemandulan atau kesukaran untuk hamil (masalah kesuburan)
- Keletihan, kembung perut, loya (kadangkala dipanggil "endo belly")
Penyebab belum dikenalpasti, tetapi berkaitan dengan :
- Aliran haid songsang (darah haid mengalir ke dalam pelvis)
- Faktor hormon (terutama estrogen)
- Aliran balik darah haid (retrograde haid)
- Sistem imun yang lemah
- Faktor genetik (keturunan)
MALGA BOTANIC (formulasi gaharu bioaktif) mengandungi komponen bioaktif seperti :
- Flavonoid
- Fenolik
- Terpenoid
- Asid Lemak
- Filosterol
๐ Dalam kajian saintifik, bahan tumbuhan seperti ini memang ada kesan :
- Anti-radang
- Anti-oksidan
- Anti-angiogenesis (halang salur darah baru)
- Kawal hormon
Secara teori, fungsi-fungsi ini memang berkaitan dengan mekanisme endometriosis (keradangan & hormon berperanan besar).
Kesimpulannya, MALGA BOTANIC mungkin dapat membantu mengurangkan sakit atau keradangan dan juga sebagai sokongan kepada hormon.