Public Gold Malaysia & Indonesia by Faezah Hamid

Public Gold Malaysia & Indonesia by Faezah Hamid Mendidik, membantu dan membimbing semua lapisan masyarakat menabung emas dengan ilmu. Saya akan membantu anda mulakan simpanan emas.

Saya merupakan Authorized Master Dealer Public Gold dan Pengurus Kewangan di dalam pengkhususan bidang Pelaburan. Berpengalaman membimbing lebih 2000 penyimpan emas di seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia dan Australia. Hubungi saya untuk bimbingan.

15/04/2026

Aset Terbaik Untuk Pesara & Business Owner

Dengan memiliki 1 kilogram emas, bermaksud anda sudah memiliki aset yang bernilai sekitar RM650,000.

Sejarah harga emas 1 kilogram sejak 3 tahun
yang lepas:

2024 : RM400,000
2025 : RM500,000
2026 : RM650,000 +-

Aset emas sesuai disimpan untuk jangka minimum 2 tahun & keatas & kenaikan nilainya adalah sekitar 10% setahun secara purata sejak 20 tahun yang lepas.

Kelebihan simpan emas adalah, simpanan bertahan lebih lama & kita dapat lindungi nilai duit kita daripada terus dihakis inflasi setiap tahun. Malah, aset emas dapat bantu bina tabiat menabung.

Kalau anda berminat nak mulakan simpanan
emas, boleh terus hubungi saya Faezah Hamid, Dealer Aktif Public Gold untuk bermula!

Daftar adalah percuma.


Update ekonomi dunia: Puan Faezah, kenapa harga emas jatuh hari ni?Baik, begini. Saya bantu terangkan ya.1️⃣ Harga emas ...
19/03/2026

Update ekonomi dunia: Puan Faezah, kenapa harga emas jatuh hari ni?

Baik, begini. Saya bantu terangkan ya.

1️⃣ Harga emas turun sebab nilai US Dollar yang sedang kuat, dan pasaran menjangkakan kadar faedah di Amerika masih kekal tinggi.

Konsep mudah untuk difahami: Bila interest rate tinggi > ramai pelabur akan pilih simpan duit di instrumen yang bagi p**angan tetap (seperti fixed income, bonds)> jadi minat terhadap emas akan berkurang.

2️⃣ Dalam masa sama, harga minyak dunia yang naik buatkan risiko inflasi meningkat. Ini lagi menguatkan kemungkinan kadar faedah tidak akan turun dalam masa terdekat. Bila situasi macam ni berlaku, emas memang cenderung untuk ditekan.

3️⃣ Tambahan p**a, sebelum ni harga emas dah naik agak tinggi. Jadi sekarang pelabur jerung ambil untung dan ditambah p**a harga yang dah pecah paras sokongan, sebab tu kejatuhan nampak lebih laju.

4️⃣ Untuk jangka pendek, bila dollar kuat, kadar faedah tinggi, dan sentimen pasaran tak memihak kepada emas, harga biasanya akan turun dulu sebelum sambung naik semula.

Ini lebih kepada fasa correction dan sementara sifatnya, bukan jatuh selamanya.

5️⃣Jadi nak kena buat apa? Nak kena cemas ke?

Oh tidak. Tenang-tenang aje dengan ilmu.

Untuk simpanan emas jangka panjang, ini sebenarnya peluang tambahkan gram emas dengan lebih banyak (borong) sebab harga tengah rendah.

Kalau dah ada emas dan terfikir nak jual, elakkan jual masa harga tengah jatuh. Lebih baik tunggu harga naik semula dulu baru buat keputusan.

6️⃣Kesimp**annya, apa yang jadi sekarang adalah pergerakan biasa dalam pasaran. Orang yang menang adalah orang yang berilmu, tenang dan konsisten.

📝 Tahukah anda? Pesan guru saya, lagi banyak harga emas jatuh, lagi besar potensi ia akan naik balik. Jadi, semasa harga emas sedang diskaun, fokus tambah gram dengan lebih banyak.

📝 Anda nak belajar ilmu emas dari professional yang bertugas dalam dunia Korporat selama lebih 15 tahun? Hai, saya Faezah Hamid, Pengurus Kanan Kewangan Korporat dan Pelaburan yang merupakan penyimpan emas belasan tahun lamanya.

Mohon follow, like, komen dan share post ini supaya lebih ramai dapat manfaat bersama. 🥰

Ikhlas,
Faezah Hamid
https://publicgoldofficial.com/faezahhamid

Update Ekonomi Dunia: Apa Implikasi Serangan Ketenteraan Israel Kepada Harga Minyak dan Emas?1️⃣ Pada 28 Februari 2026, ...
01/03/2026

Update Ekonomi Dunia: Apa Implikasi Serangan Ketenteraan Israel Kepada Harga Minyak dan Emas?

1️⃣ Pada 28 Februari 2026, Israel melancarkan serangan ketenteraan terhadap Iran dan Iran telah bertindakbalas. Dengan tekanan daripada Amerika Syarikat, perkembangan ini meningkatkan risiko geopolitik di Timur Tengah.

2️⃣ Perkara penting yang perlu difahami ialah lokasi strategik Iran. Negara ini berada berhampiran Selat Hormuz — laluan yang mengalirkan kira-kira 20% bekalan minyak dunia setiap hari.

Jika berlaku gangguan walaupun sementara:
• Bekalan minyak global berisiko terganggu
• Harga minyak melonjak akibat faktor ketidakpastian
• Kos pengangkutan dan pengeluaran meningkat
• Inflasi memberi tekanan kepada pengguna

3️⃣ Bagaimana p**a dengan emas?

Dalam sudut ilmu kewangan, emas dikategorikan sebagai safe haven asset. Apabila risiko sistemik meningkat dan keyakinan terhadap pasaran kewangan menurun, pelabur akan mengalihkan dana kepada aset yang lebih stabil dan terhad bekalannya.

Emas memenuhi ciri tersebut kerana:
• Ia tidak boleh dicetak seperti mata wang fiat
• Bekalannya terhad secara fizikal
• Diterima dan dinilai secara global

📌Pembelian besar-besaran oleh bank pusat menunjukkan satu perkara penting: emas digunakan sebagai alat perlindungan rizab negara daripada risiko mata wang dan ketidakpastian global.

4️⃣ Apakah kesannya kepada kita sebagai penyimpan emas fizikal? Emas berpotensi naik lagi kerana konflik global yang berlaku kini.

Kita tidak mampu mengawal konflik global. Namun kita boleh mengurus pendedahan risiko kewangan peribadi.

Bagi yang mempunyai lebihan tunai, strategi menabung emas fizikal secara berperingkat boleh dipertimbangkan sebagai sebahagian daripada diversifikasi aset. Fokusnya bukan spekulasi jangka pendek, tetapi perlindungan nilai dalam persekitaran yang semakin tidak menentu.

———

Hai, saya Faezah Hamid, Pengurus Kanan Kewangan Korporat dan Pelaburan yang merupakan penyimpan emas belasan tahun lamanya.

Anda nak belajar ilmu emas dari professional yang bertugas dalam dunia Korporat selama lebih 15 tahun?

Mohon follow, like, komen dan share post ini supaya lebih ramai dapat manfaat bersama. 🥰

Kerna ilmu? Atas segalanya.

Ikhlas,
FAEZAH HAMID
Professional dalam bidang Kewangan
2/3/2026, Isnin

Happy Chinese New Year.May this Lunar New Year bring you strong health, smooth business, and lasting prosperity for you ...
16/02/2026

Happy Chinese New Year.

May this Lunar New Year bring you strong health, smooth business, and lasting prosperity for you and your family. May every effort you make this year turn into meaningful growth and solid wealth.

Thank you for your continuous trust and support. As your Dealer Aktif Public Gold, I am truly grateful to be part of your financial journey — helping you build, protect, and grow your wealth with confidence.

May this year bring you greater stability, smarter investments, and abundant golden blessings.

Gong Xi Fa Cai.

With sincere appreciation,
Faezah Hamid
Dealer Aktif Public Gold
013-959 0979

13/02/2026

Kepada semua client yang dihargai,

Terima kasih atas kepercayaan anda bersama saya sepanjang ini dalam perjalanan simpanan emas.

Sokongan anda amat bermakna dan menjadi kekuatan untuk saya terus berkhidmat dengan lebih baik.

Sempena Tahun Baharu Cina ini, saya doakan semoga anda sekeluarga dilimpahi kesihatan yang baik, rezeki yang bertambah, dan kewangan yang semakin kukuh.

Semoga tahun ini membawa lebih banyak peluang dan kejayaan untuk kita semua.

Gong Xi Fa Cai. Xin Nian Kuai Le.

Salam sayang,
FAEZAH HAMID | PG00066306
Dealer Aktif Public Gold

27/11/2025

Anda hanya wajar menggadaikan emas apabila berdepan kecemasan kewangan yang memerlukan wang segera. Dalam situasi kritikal, ar-rahnu boleh menjadi penyelesaian pantas tanpa perlu memikirkan untung rugi jangka pendek, kerana keutamaan adalah menyelesaikan masalah mendesak.

Sebaliknya, anda tidak sepatutnya menggadaikan emas untuk tujuan tidak mendesak seperti membeli-belah, bercuti atau mendapatkan tunai bagi menambah jumlah emas sedia ada. Tindakan ini bersifat tidak produktif dan boleh menjerumuskan anda ke dalam komitmen kos yang tidak perlu.

Ini kerana caj upah atau faedah ar-rahnu kebiasaannya sangat tinggi, mencecah antara 12% hingga 24% setahun. Kadar ini boleh membebankan dan merosakkan kedudukan kewangan jika digunakan bagi tujuan yang tidak memberi p**angan. Oleh itu, ar-rahnu perlu digunakan dengan penuh pertimbangan dan hanya untuk keperluan sebenar.

Address

Selangor
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Public Gold Malaysia & Indonesia by Faezah Hamid posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Public Gold Malaysia & Indonesia by Faezah Hamid:

Shortcuts

Share