Muslim Gloves&Sock

Muslim Gloves&Sock sebarang pertanyaan atau tempahan sila call / whatsapp di no yg tertera

28/10/2019

lama xupdate.. nnt kita tambah stock y cntik2 elegence dan cun2 utk akk, adik, makcik, puan semua ya... kita up bila stock dah smpai nnt. stay tuned okey😉

PERHATIAN ‼PERHATIAN ‼PROMOSI HARGA GILER2⃣DISCOUNT SEHINGGA 50%Berita gembira untuk penduduk port dickson🤩🤩Pasti ramai ...
05/09/2019

PERHATIAN ‼PERHATIAN ‼

PROMOSI HARGA GILER2⃣

DISCOUNT SEHINGGA 50%

Berita gembira untuk penduduk port dickson🤩🤩

Pasti ramai adik2,kakak2,makcik2 yg suka pakai handsock dan stokin yg berkualiti tinggi, lembut dan tidak berbulu, tidak mudah kembang apabila dicuci berkali2 dan yg paling penting sgt selesa dan tidak panaskn❓❓

Jangan Risau‼
kami dari MuslimGloves&Sock akan mengadakan jualan harga giler2 pada hari jumaat dan sabtu bertempat di pasar malam Kg Sawah Sunggala dan Batu 4..

Jom dapatkan handsock, stokin dan turban baby dengan harga serendah Rm5 - Rm7 sepasang😁

WoW😱😱dah lah murah ada kualiti pulak tu👍👍

Harga biasa boleh mencecah rm20 weii😁😁Jadi set kan masa anda untuk datang beramai2 singgah di tapak kami MuslimGloves&Sock pada Jumaat dan Sabtu ini..

baca seketika 👇👇▶️Persiapan untuk menghadapi AD DUKHON..Senarai lengkapSebelum dukhon terjadi akan ada bintang berekor y...
12/08/2019

baca seketika 👇👇

▶️Persiapan untuk menghadapi AD DUKHON..

Senarai lengkap

Sebelum dukhon terjadi akan ada bintang berekor yang akan mengelilingi bumi 3 @ 7 hari berturut 2x... Nabi mengisyaratkan utk supaya kita menyimpan makanan selama 1 tahun..

Ini adalah persiapan terlengkap untuk menghadapi AD DUKHON

1.Memperbanyakan amalan seperti solat sunat, zikir, baca al Quran,Selawat, dan amalkan zikir nabi yunus AS... LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAD DZALIMIN...ini senjata ampuh berdepan AD dukhon

2.siapkan makanan seperti kurma, kacang kacangan,makanan dlm tin, dan apa sahaja jenis makanan yang fumgsinya dapat bertahan selama setahun 2..

3.siapkan air minuman putih.. Sebanyak banyaknya... Jika Mampu cari tmpt sembunyi d bukit atau gunung dan bina perigi atau tinba air. D sana...serta bina pondok tertutup d sana.... Kalau tidak mampu...cari botol air sebanyak banyaknya.. Sekurang kurangnya 40 botol besar dan isi air.. Utk bekalan minuman
kelak

4.persiapkan alat2 seperti lilin, mancis kayu, litter, pisau, tali, gunting, cutter, sarung tangan topeng mulut, Goggle, jaket kalis air, gas mask, kayu tongkat, tmpt memasak manual,bedding,khemah mudah lipat, suar api, plastik2, World map, kipas tangan. Kain tuala

5.siapkan senjata seperti lastik pembunuh @ panah dan busur,pedang @ parang tajam,kapak, tukul, dan sebagainya yg mudah d bawa.

6.jika sudah nampak tanda AD DUKHON.. jual segala kereta, motor, lap top, hp, dan segala. Barang elektronik lain.. Sbb x kan berguna lagi lepas itu...

7.tarik semua wang kertas d bank dan emas kan atau perak kan wang anda..

8.cari komuniti atau kumpulan yg cuma Muslim dan mukmin saja ada d sana...serta bina penempatan d bukit atau gunung dan bila tiba masanya dentuman d langit.. Larilah ke tmpt itu... D semenanjung ada 3 tmpt sesuai...d Kelantan d Terengganu dn d kedah

9.belajar dari sekarang untuk sehari 2 kali makan.. Dan makan hanya ketika lapar.. Serta kurangkan sedikit minum air..supaya ketika kejadian kita x cepat haus dan dahaga..

semoga kita sentiasa berada didalam lindunganNYA.. Amin

Like page Muslim Gloves&Sock
share jika ia bermanfaat

10/08/2019
Purdah getah ✅kain tidak terlalu lebar✅mudah untuk dipakai sama ada dalam atau luar tudung✅Kain tidak terlalu tebal tida...
10/08/2019

Purdah getah

✅kain tidak terlalu lebar
✅mudah untuk dipakai sama ada dalam atau luar tudung
✅Kain tidak terlalu tebal tidak terlalu nipis
✅mempunyai pelbagai warna menarik
✅khas buat wanita yg Ingin menukar penampilan

pm untuk lebih detail

like page Muslim Gloves&Sock
share dan berpeluang menang hadiah 😄

Handsock Candy Panjang Ruffle💞Terdapat pelbagai pilihan warna mengikut citarasa anda😊Handsock ini panjang sehingga siku....
10/08/2019

Handsock Candy Panjang Ruffle💞
Terdapat pelbagai pilihan warna mengikut citarasa anda😊
Handsock ini panjang sehingga siku. Ia sangat selasa, simple dan tidak panas😍

Pm untuk lebih detail

like page Muslim Gloves&Sock
share dan berpeluang menang hadiah 😄

Handsock Dwitone🌸❇️Handsock yg mempunyai pelbagai corak, saiz dan warna.❇️Kain luar dalam boleh pakai.❇️Handsock dua dal...
10/08/2019

Handsock Dwitone🌸

❇️Handsock yg mempunyai pelbagai corak, saiz dan warna.
❇️Kain luar dalam boleh pakai.
❇️Handsock dua dalam satu.
❇️Sesuai digunakan utk semua peringkat umur.
❇️Material kain yang sangat selesa dan cantik.
❇️Tidak panas dan mudah dipakai

pm untuk lebih detail

Like page Muslim Gloves&Sock
share dan berpeluang menang hadiah 😄

malam nie boleh lah niat puasa arafah😊semoga segala amalan dan doa kita diterima..like page Muslim Gloves&Sockshare dan ...
09/08/2019

malam nie boleh lah niat puasa arafah😊
semoga segala amalan dan doa kita diterima..

like page Muslim Gloves&Sock
share dan berpeluang menang hadiah 😄

PROMOSI BULAN RAYA HAJI DAN BULAN KEMERDEKAAN 🔉 🔉Turban Baby Homemade🌸✅Mempunyai pelbagaii warna...✅Dijamin keselesaanny...
09/08/2019

PROMOSI BULAN RAYA HAJI DAN BULAN KEMERDEKAAN 🔉 🔉

Turban Baby Homemade🌸

✅Mempunyai pelbagaii warna...

✅Dijamin keselesaannya dengan kain yang berkualiti 💕

❤Free Saiz❤

Sehelai▶ Rm15
2 helai ▶ Rm26

berminat boleh pm😊

like page Muslim Gloves&Sock
share dan berpeluang menang hadiah 😄

"Hee 😠geram laa selalu melorot handsock nih , Tak best langsung !! " "Hishh ,membazir je beli mahal mahal basuh sekali d...
09/08/2019

"Hee 😠geram laa selalu melorot handsock nih , Tak best langsung !! "

"Hishh ,membazir je beli mahal mahal basuh sekali dah berbulu " 😑

👉 Kini segala masalah akak2 akan selesai dengan adanya HANDSOCK DONNA CRYSTAL MESIR ni . Readystok hanya di Muslim Gloves&Sock!!!!!!

👉 Kami menawarkan kepada anda 34 pilihan warna yang menarik dengan harga yang sangat murah ,berpatutan dan mampu milik !!!

Apa tunggu lagi ,jum grab sekarang dengan hrga promo yang tak masuk akal . 😱😱

pm pm pm😁😁

like page &Sock
share dan berpeluang menang hadiah 😄

*HAKIKAT SEBENAR HAJI MABRUR & YG HANYA MEMBURU GELARAN HAJI.*😓*"Orang KAYA berulang alik ke Mekah Hendak mencari redha ...
07/08/2019

*HAKIKAT SEBENAR HAJI MABRUR & YG HANYA MEMBURU GELARAN HAJI.*😓
*"Orang KAYA berulang alik ke Mekah Hendak mencari redha Allah*
*Sedangkan Jaraknya dengan Si Miskin hanya di sebelah rumah..,*

Seorang Ulamak mimpi melihat 2 malaikat. Mendengar perbualan mereka buat beliau menangis teresak-esak.

*HALAL BUAT KAMI, HARAM BUAT TUAN*

Ulamak Abu Abdul Rahman bin Abdullah Al-Mubarak Al-Hanzhali Al-Marwazi, seorang ulamak yang termahsyur di Makkah menceritakan (meriwayatkan) kisah ini.
Suatu ketika, selepas selesai salah satu ritual haji, beliau berehat dan tidur. Dalam mimpinya beliau melihat dua malaikat turun dari langit, dia terdengar perbualan mereka,

*“Berapa ramai jemaah yang datang pada tahun ini?” Tanya malaikat itu kepada para malaikat lain.*
*“Tujuh ratus ribu,” jawab malaikat yang satu lagi.*

*”Berapa ramai orang-orang yang diterima hajinya itu?”*

*“Tiada satu pun”*

Perbualan itu membuat Abdullah gementar ketakutan, “Apa?” Dia menangis dalam mimpi.

“Semua orang-orang ini datang dari belahan bumi yang jauh, dengan susah payah dan keletihan sepanjang jalan, mengembara melalui padang pasir yang luas, dan semua usaha mereka sia-sia?”
Walaupun dengan rasa takut, dia terus mendengar cerita kedua malaikat tersebut.

“Namun ada seorang lelaki yang walaupun dia tidak datang untuk menunaikan haji, tetapi ibadah hajinya diterima dan semua dosanya telah diampunkan. Di atas keberkatan daripada lelaki itu, seluruh haji para jemaah diterima oleh Allah.”

“Bagaimana ia boleh terjadi begitu?”

“Itu adalah kehendak Allah.”

“Siapakah orang tersebut?”

“Sa’id bin Muhafah, tukang kasut di kota Damsyik.”
Mendengar ucapan itu, ulamak itu terus terjaga.

Pulang daripada haji, dia tidak terus balik ke rumah, tetapi beliau pergi ke kota Damsyik, Syria. Sampai di sana, beliau terus pergi ke tukang kasut yang disebut oleh malaikat dalam mimpinya. Hampir semua tukang-tukang kasut dia bertanya, apakah benar ada tukang kasut yang bernama Sa’id bin Muhafah.

“Di sana, di pinggir bandar,” kata seorang tukang kasut sambil menunjukkan arahnya.

Apabila di sana, ulamak tersebut menemui seorang tukang kasut yang berpakaian lusuh.

“Adakah benar anda bernama Sa’id bin Muhafah?” tanya Ulamak.

“Betul, siapakah tuan?”

“Saya Abdullah bin Mubarak.”

Said terharu, “Tuan adalah ulama yang terkenal, kenapa tuan datang mencari saya?”

Sejenak ulamak itu agak terkeliru, di mana beliau ingin memulakan soalan, akhirnya beliau memberitahu perihal mimpinya itu.

“Saya ingin tahu, adakah apa-apa yang anda telah buat, sehingga anda layak mendapat pahala haji mabrur?”

“Wah! saya sendiri tidak tahu!”

“Beritahu saya bagaimana kehidupan anda selama ini.”

Sa’id bin Muhafah kemudian teringat, “Setiap tahun, setiap musim haji, saya selalu mendengar: Labbaika Allhuma labbaika…. Labbaika la syarika laka labbaika… innal hamda… Wanni’mata… Laka wal mulka… La syarika laka…”

Ya Allah, aku datang kerana panggilan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu. Segala pujian dan nikmat adalah kepunyaan-Mu dan kekuasaan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu.

Setiap kali aku mendengarnya, aku sentiasa menangis, “Ya Allah aku rindu Mekah… Ya Allah aku rindu melihat ka’abah… Izinkan aku datang… Izinkan aku datang, ya Allah…”

Oleh kerana itu, sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu setiap hari saya mengenepikan sedikit wang dari hasil kerja saya sebagai tukang kasut. Sedikit demi sedikit, saya kumpulkan.

Akhirnya, tahun ini, saya mendapat 350 dirham, cukup untuk haji saya.

“Saya sudah bersiap-sedia untuk berangkat menunaikan haji.”

“Tetapi anda batalkan?”

“Benar.”

“Apa yang berlaku?”

“Isteri saya mengandung, dan sering mengidam. Ketika saya hendak berangkat pergi saat itu isteri saya terlalu mengidamkan sesuatu.”

“Abang, awak terhidu bau masakan yang sedap ini?”

“Ya sayang.”

“Cubalah abang cari, siapakah yang memasak sehingga baunya lazat begini. Mintalah sedikit untuk saya.”

“Tuan, saya mencari sumber bau masakan itu, ia datang dari sebuah pondok buruk berhampiran. Di situ terdapat seorang balu dan enam orang anaknya.”

Saya memberitahunya bahawa isteri saya mahu masakan yang dia masak, walaupun sedikit.

Ibu tunggal itu diam melihat saya, sehingga saya mengulangi kata-kata saya.” Akhirnya dengan perlahan dia berkata, “Tidak boleh tuan”

“Saya sanggup membeli walau dengan harga yang tinggi,” kata saya tegas.

“Makanan ini bukan untuk dijual, tuan,” katanya sambil berlinang air mata.

Saya bertanya kenapa?

Sambil menangis, wanita itu berkata, “Ini adalah daging halal untuk kami dan haram untuk tuan,” katanya.

Dalam hati saya, “Bagaimana halal baginya, tetapi ia adalah haram untuk saya, padahal kita sama-sama Muslim? Kerana itu, saya menggesa beliau lagi, “Kenapa?”

“Sudah beberapa hari kami tidak makan. Di rumah tidak ada makanan. Hari ini kami ternampak seekor keldai mati, dan kemudian kami mengambil sebahagian dagingnya untuk dimasak. Bagi kami ini adalah daging yang halal, kerana jika kami tidak memakannya kami akan mati kebuluran. Tetapi bagi Tuan, daging ini haram.”

Mendengar kata-kata wanita itu, saya terus menangis, lalu saya pulang ke rumah. Saya memberitahu isteri saya mengenai kejadian itu, dia pun menangis, kami akhirnya memasak makanan dan pergi ke rumah wanita itu tadi. “Ini masakan untuk kamu.”

Peruntukan wang haji sebanyak 350 dirham telah saya berikan kepada mereka. “Gunakan wang ini untuk puan dan keluarga puan. Gunakanlah ia untuk modal berniaga, supaya puan sekeluarga tidak lapar lagi.”

*Ya Allah… di sinilah Hajiku..Ya Allah di sinilah Mekahku..*

Mendengar kisah tersebut Abdullah bin Mubarak tidak dapat menahan air mata..

*Renung² & Fikir²kanlah bagi orang yang pergi berkali-kali Haji tapi masih lg Bakhil…*

Address

Teluk Kemang
Port Dickson
71050

Opening Hours

Monday 09:00 - 00:00
Tuesday 09:00 - 00:00
Wednesday 09:00 - 00:00
Thursday 09:00 - 00:00
Friday 09:00 - 00:00
Saturday 09:00 - 00:00
Sunday 09:00 - 00:00

Telephone

0137754536

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muslim Gloves&Sock posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share