Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia - Kelas Latihan Pasir Gudang

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia - Kelas Latihan Pasir Gudang Jom silat

Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan TahniahKebawah Duli Yang Maha MuliaAl-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Alm...
04/07/2026

Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah
Sultan Negeri Kedah Darul Aman

dan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff
Sultanah Negeri Kedah Darul Aman

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman Yang Ke-84 pada 5 Julai 2026 bersamaan 19 Muharam 1448H.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah dikurniakan keafiatan yang berpanjangan, kesejahteraan, kebijaksanaan dalam memayungi negeri serta sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT.

***************************

Pada hari yang penuh bermakna ini, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) turut menjunjung kasih atas jemputan menghadiri Majlis Persembahan Kek sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman Ke-84 Tahun 2026 yang berlangsung di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.

PSSCM amat berbesar hati menerima penghormatan ini memandangkan kami adalah satu-satunya Persatuan Silat yang dijemput hadir ke majlis berkenaan.

Ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap usaha berterusan PSSCM dalam memelihara, memperkasa dan memartabatkan warisan Seni Silat Melayu.

Semoga penghormatan ini menjadi pemangkin kepada PSSCM untuk terus menyumbang kepada agama, bangsa dan negara serta menjunjung tinggi Institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung kedaulatan negara.

Silat Cekak Malaysia.
Silat DiRaja Bangsa Berdaulat.

Daulat Tuanku.
Daulat Tuanku.
Daulat Tuanku.

๐Ÿ“ธ Kredit foto Kedah Royal Family







ASSALAMUALAIKUMSALAM SEJAHTERA4 JULAI 2026 | SABTU | 4.00 PETANGKIPMALL MASAI, PASIR GUDANG, JOHORMAJLIS PENERANGAN & PE...
04/07/2026

ASSALAMUALAIKUM
SALAM SEJAHTERA

4 JULAI 2026 | SABTU | 4.00 PETANG
KIPMALL MASAI, PASIR GUDANG, JOHOR

MAJLIS PENERANGAN & PERSEMBAHAN SENI SILAT CEKAK SEMPENA AKTIVITI PENGAMBILAN AHLI BAHARU

PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA CAWANGAN JOHOR DARUL TAโ€™ZIM

Alhamdulillah.

Majlis Penerangan dan Persembahan Seni Silat Cekak telah berjaya diadakan di Pentas Utama KipMall Masai, Pasir Gudang sempena Aktiviti Pengambilan Ahli Baharu.

Sesi penerangan telah disampaikan oleh Roslan bin Daud selaku Pegawai Penerangan dengan sokongan Skuad Demonstrasi PSSCM-CJDT yang terdiri daripada 10 orang ahli, diketuai oleh Saudara Mohd Faisal bin Murat selaku Ketua Komanden PSSCM-CJDT.

Majlis bermula pada jam 4.00 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar serta penyampaian cenderahati kepada pihak pengurusan KipMall Masai, Pasir Gudang berupa Buku Silat Cekak: Silat Akademik Jilid 1, Payung 60 Tahun PSSCM dan hamper sebagai tanda penghargaan.

Sekian, terima kasih.





๐Ÿ”ฅ ๐‰๐Ž๐Œ ๐’๐ˆ๐‹๐€๐“ @ ๐Š๐ˆ๐๐Œ๐€๐‹๐‹ ๐Œ๐€๐’๐€๐ˆ ๐Ÿ”ฅ๐——๐—ฒ๐—บ๐—ผ๐—ป๐˜€๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ & ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ต๐—น๐—ถ ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚Inilah masanya untuk anda kenal lebih dekat ๐—ฆ๐—ฒ๐—ป๐—ถ ๐—ฆ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐˜...
30/06/2026

๐Ÿ”ฅ ๐‰๐Ž๐Œ ๐’๐ˆ๐‹๐€๐“ @ ๐Š๐ˆ๐๐Œ๐€๐‹๐‹ ๐Œ๐€๐’๐€๐ˆ ๐Ÿ”ฅ
๐——๐—ฒ๐—บ๐—ผ๐—ป๐˜€๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ & ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ต๐—น๐—ถ ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚

Inilah masanya untuk anda kenal lebih dekat ๐—ฆ๐—ฒ๐—ป๐—ถ ๐—ฆ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐˜ ๐—–๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ธ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ โ€” seni bela diri asli yang membentuk disiplin, keyakinan diri dan jati diri.

Kami menjemput orang ramai khususnya warga ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ถ, ๐—ฃ๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ฟ ๐—š๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ฟ untuk hadir menyaksikan demonstrasi silat serta mendapatkan maklumat pendaftaran ahli baharu.

๐Ÿ“ Tempat: Pentas Utama Kipmall Masai
๐Ÿ“… Tarikh: 04 Julai 2026 / 18 Muharram 1448H
๐Ÿ—“๏ธ Hari: Sabtu
โฐ Masa: 4.00 petang hingga selesai

โœ… Terbuka kepada lelaki dan wanita
โœ… Sesuai untuk remaja dan dewasa
โœ… Kenali seni bela diri warisan Melayu
โœ… Saksikan demonstrasi secara langsung
โœ… Pendaftaran ahli baharu dibuka

๐—๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด.

๐——๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด, ๐—น๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜ ๐˜€๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—น ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ ๐—ถ๐—น๐—บ๐˜‚ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ.

๐Ÿ“ฒ Untuk maklumat lanjut / pendaftaran, hubungi:
Sahara โ€” 011-35541619
Mira โ€” 013-7553354
Azhari โ€” 012-7246162

Atau klik pautan pendaftaran:
http://silatcekak.wasap.click/

Kami nantikan kehadiran anda.

๐—ฆ๐—ฒ๐—ป๐—ถ ๐—ฆ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐˜ ๐—–๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ธ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ โ€” ๐—ฆ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐˜ ๐——๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ ๐—•๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฎ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜.

19/06/2026
16/06/2026

Selamat menyambut Awal Muharram 1448H dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.

Semoga tahun baru hijrah ini menjadi tahun yang lebih baik dari sebelumnya.

Sama-samalah kita berhijrah ke arah kebaikan dan semoga amal ibadat kita diterima Allah SWT hendaknya.





Salam Maal Hijrah 1448H / 2026 Masihi.Semoga kedatangan tahun baharu Islam ini menjadi titik perubahan untuk kita terus ...
16/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H / 2026 Masihi.
Semoga kedatangan tahun baharu Islam ini menjadi titik perubahan untuk kita terus memperbaiki diri, memperkukuh ukhuwah, meningkatkan disiplin, dan melangkah dengan azam yang lebih baik.
Hijrah bukan sekadar perpindahan masa, tetapi perubahan sikap, usaha dan keteguhan hati ke arah kebaikan.
Ikhlas daripada,
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
Cawangan Johor Darul Takzim




Seremban, 11 April 2026 โ€“ Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) hari ini menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidilfitr...
13/04/2026

Seremban, 11 April 2026 โ€“ Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) hari ini menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 bersama Guru Utama & Presiden PSSCM bertempat di Kompleks Silat Datuk Haji Maideen, Seremban, Negeri Sembilan.

Program berlangsung dari jam 12.00 tengah hari hingga 5.30 petang, menghimpunkan hampir 2,000 ahli-ahli PSSCM dari seluruh negara dalam suasana penuh kemesraan dan kekeluargaan.

Sambutan ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara kepimpinan tertinggi PSSCM dan para ahli, di samping menyemarakkan nilai adab, hormat dan perpaduan yang menjadi teras pendidikan PSSCM sejak penubuhannya.

Antara tetamu yang hadir:-

- Yang Berhormat Datoโ€™ Haji Mustapha bin Nagoor, EXCO Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan
- โ Yang Berbahagia Dato Paduka Prof Dr Supyan Hussin, Felo Utama Inst Kajian Etnik UKM
- โ Puan Lailati bt. Mohd. Noh, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Pusat Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) mewakili Rektor IPGM
- โ Wakil-wakil Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dari Bukit Aman, IPK Negeri Sembilan, IPD Seremban
- โ Penasihat Kelas-Kelas Latihan IPT dan juga komuniti setempat.

Pelbagai juadah Aidilfitri disediakan mengikut penyertaan setiap cawangan negeri, termasuk hidangan istimewa seperti pulut mangga, ketupat periuk kera, bubur anak lebah, keropok lekor, rendang, lemang, ketupat, serta pelbagai kuih-muih.

Menu khas negeri turut menyerikan majlis, mencerminkan kepelbagaian budaya dalam keluarga besar PSSCM.

Program turut diserikan dengan sesi ramah mesra, ucapan Yang Mulia Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama & Presiden PSSCM, serta sesi bergambar bersama ahli-ahli dari seluruh negara.

PSSCM merakamkan penghargaan kepada semua penaja, penyumbang, cawangan negeri, sukarelawan dan pihak yang terlibat dalam menjayakan sambutan ini.

Program ini sekali lagi membuktikan kekuatan PSSCM sebagai sebuah organisasi warisan bangsa yang terus utuh, tersusun dan berwibawa.

โ€œ๐—ž๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐˜‚ ๐˜€๐—ถ๐˜๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜†๐—ฎ, ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐—ป ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—น๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ถ ๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ?"Ilmu pertahanan diri bukan pilihan โ€“ ia keperluan...
10/04/2026

โ€œ๐—ž๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐˜‚ ๐˜€๐—ถ๐˜๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜†๐—ฎ, ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐—ป ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—น๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ถ ๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ?"

Ilmu pertahanan diri bukan pilihan โ€“ ia keperluan.

Silat Cekak Malaysia:

๐Ÿ’ฅ Teknik praktikal (bukan sekadar seni)
๐Ÿ’ฅ Latihan berperingkat untuk beginner
๐Ÿ’ฅ Fokus disiplin & kawalan diri
Kelas sekitar Pasir Gudang kini dibuka.

Tempat terhad.

Klik untuk info & pendaftaran: ๐Ÿ‘‡
http://silatcekak.wasap.click/

Kami nantikan kehadiran anda ๐Ÿ˜Š
๐™Ž๐™„๐™‡๐˜ผ๐™ ๐˜พ๐™€๐™†๐˜ผ๐™† ๐™ˆ๐˜ผ๐™‡๐˜ผ๐™”๐™Ž๐™„๐˜ผ. ๐˜ฝ๐™€๐™๐˜ผ๐™‰๐™„. ๐˜ผ๐™ˆ๐˜ผ๐™‰๐˜ผ๐™ƒ. ๐™„๐™‰๐™๐™€๐™‚๐™๐™„๐™๐™„.

psscm-cjdt.org








Dengan penuh takzim dan hormat, kami mengucapkan Selamat Ulang Tahun Hari Keputeraan Resmi kepada Kebawah Duli Yang Maha...
22/03/2026

Dengan penuh takzim dan hormat, kami mengucapkan Selamat Ulang Tahun Hari Keputeraan Resmi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Sultan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim.

Semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala terus memberkati pemerintahan baginda dan memperpanjangkan usia baginda dalam keadaan sihat, sejahtera, dan penuh kemakmuran. Semoga segala usaha baginda untuk memajukan negeri Johor dan memperkukuhkan perpaduan rakyat terus diberkati dan diberi kejayaan.

Daulat Tuanku!
Ikhlas daripada,
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, Cawangan Johor Darul Takzim

ALLAH SELAMATKAN SULTAN

Address

KIPMall Masai, Jln Persiaran Dahlia 2, Taman Bukit Dahlia
Pasir Gudang
81700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia - Kelas Latihan Pasir Gudang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share