BETA Bakery

BETA Bakery BETA Bakery merupakan bisnes yang dibangunkan oleh sekumpulan anak muda yang mempunyai niat untuk me

Jom perbanyakkan amal ibadah pada malam yang mulia ini ๐Ÿ˜ŠSemoga Allah ampunkan dosa-dosa kita, dan himpunkan kita di Syur...
28/03/2021

Jom perbanyakkan amal ibadah pada malam yang mulia ini ๐Ÿ˜Š

Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita, dan himpunkan kita di Syurga Allah kelak. Aminn.

KEMULIAAN & KEUTAMAAN MALAM NISFU SYA'BAN SERTA AMALAN YANG DISARANKAN, BERSUMBER DALIL & KAJIAN ILMIAH.

โ˜˜๏ธ SILA SEBARKAN BUAT UMMAH โ˜˜๏ธ

Bulan Sya'ban adalah salah satu bulan yang paling mulia, ia menjadi bulan yang sangat istimewa sebelum bulan Ramadan.

Namun masih ramai antara kita yang masih terleka dalam merebut kesempatan ini, sehinggakan disebutkan di dalam hadis Nabi Muhammad SAW :

ุดุนุจุงู†ู ุจูŠู† ุฑุฌุจูŽ ูˆุฑู…ุถุงู†ูŽ ูŠุบูู„ู ุงู„ู†ุงุณู ุนู†ู‡ ุชูุฑูุนู ููŠู‡ ุฃุนู…ุงู„ู ุงู„ุนุจุงุฏู ูุฃูุญูุจู‘ู ุฃู† ู„ูŽุง ูŠูŽุฑู’ููŽุน ุนูŽู…ูŽู„ููŠ ุฅูŽู„ู‘ูŽุง ูˆุฃู†ูŽุง ุตูŽุงุฆูู…

Maksudnya: "Bulan Syaโ€™ban, ada di antara bulan Rejab dan Ramadan, banyak manusia yang melalaikannya. Saat itu amal manusia diangkat, maka aku s**a jika amalku diangkat ketika aku sedang puasa".

[HR An-Nasaie, Hadis Hasan]

KEUTAMAAN MALAM NISFU SYAโ€™BAN

Malam Nisfu Sya'ban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:

ูŠูŽุทู‘ูŽู„ูุนู ุงู„ู„ู‡ู ุนุฒู‘ูŽ ูˆุฌู„ู‘ูŽ ุฅู„ู‰ ุฎูŽู„ู’ู‚ูู‡ู ู„ูŠู„ูŽุฉูŽ ุงู„ู†ู‘ูุตูู ู…ูู†ู’ ุดูŽุนู’ุจูŽุงู†ูŽ ุŒ ููŠูŽุบู’ููุฑู ู„ูุนุจุงุฏูู‡ู ุฅูู„ู‘ูŽุง ู„ูุงุซู’ู†ูŽูŠู’ู†ู ู…ูุดูŽุงุญูู†ู ุŒ ูˆู‚ูŽุงุชูู„ู ู†ูŽูู’ุณู

Maksudnya: โ€œAllah SWT melihat pada malam Nisfu Syaโ€™ban kemudian mengampunkan hamba-Nya kecuali dua (golongan) iaitu orang yang bermusuhan dan orang yang membunuh diriโ€.

[HR Ahmad, No. Hadith 6353, Ahmad Syakir mengatakan sanadnya adalah sahih]

Bahkan perbuatan menghidupkan malam Nisfu Syaโ€™ban juga adalah merupakan amalan orang-orang soleh terdahulu. Subhanallah, ini yang disebutkan oleh Al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali, di dalam kitab Lathaif al-Maโ€™arif menyatakan:

ูˆูŽู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉู ุงู„ู†ูู‘ุตู’ูู ู…ูู†ู’ ุดูŽุนู’ุจูŽุงู†ูŽ ูƒูŽุงู†ูŽ ุงู„ุชู‘ูŽุงุจูุนููˆู’ู†ูŽ ู…ูู†ู’ ุฃูŽู‡ู’ู„ู ุงู„ุดู‘ูŽุงู…ู ูŠูุนูŽุธูู‘ู…ููˆู’ู†ูŽู‡ูŽุง ูˆูŽูŠูŽุฌู’ุชูŽู‡ูุฏููˆู’ู†ูŽ ูููŠู’ู‡ูŽุง ูููŠ ุงู„ู’ุนูุจูŽุงุฏูŽุฉูุŒ ูˆูŽูƒูŽุงู†ูŽ ุฎูŽุงู„ูุฏู ุจู’ู†ู ู…ูŽุนู’ุฏูŽุงู†ูŽ ูˆูŽู„ูู‚ู’ู…ูŽุงู†ู ุจู’ู†ู ุนูŽุงู…ูุฑู ูˆูŽุบูŽูŠู’ุฑูู‡ูู…ูŽุง ู…ูู†ู’ ุชูŽุงุจูุนููŠ ุงู„ุดู‘ูŽุงู…ู ูŠูŽู‚ููˆู’ู…ููˆู’ู†ูŽ ูููŠ ุงู„ู’ู…ูŽุณู’ุฌูุฏู ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉูŽ ุงู„ู†ู‘ูุตู’ููุŒ ูˆูŽูˆูŽุงููŽู‚ูŽู‡ูู…ู ุงู’ู„ุฅูู…ูŽุงู…ู ุฅูุณู’ุญูŽุงู‚ู ุงุจู’ู†ู ุฑูŽุงูŽู‡ูŽูˆู’ูŠู‡ ุนูŽู„ู‰ูŽ ุฐูŽู„ููƒูŽุŒ ูˆูŽู‚ูŽุงู„ูŽ ูููŠู’ ู‚ููŠูŽุงู…ูู‡ูŽุง ูููŠ ุงู„ู’ู…ูŽุณูŽุงุฌูุฏู ุฌูŽู…ูŽุงุนูŽุฉู‹

Maksudnya: โ€œMalam Nisfu Syaโ€™ban, kaum Tabiโ€™in dari penduduk Syam mengagungkannya dan bersungguh-sungguh menunaikan ibadah pada malam tersebut. Khalid bin Maโ€™dan, Luqman bin Amir dan lain-lain dari kalangan tabiโ€™in Syam mendirikan solat di dalam Masjid pada malam Nisfu Syaโ€™ban. Perbuatan mereka disetujui oleh al-Imam Ishaq Ibnu Rahawaih. Ibnu Rahawaih berkata mengenai shalat sunnah pada malam Nisfu Syaโ€™ban di Masjid-masjid secara berjemaah.โ€œ

SubhanAllah, setelah kita membaca hadis dan kalam ulama tersebut, maka jelaslah bahawa begitu besar kelebihan malam Nisfu Sya'ban yang mungkin kita sering lupa untuk membuat persiapan bagi menemuinya.

Di dalam hadis, Nabi Muhammad SAW TIDAK MENETAPKAN MANA-MANA AMALAN SEBAGAI AMALAN KHUSUS untuk dilakukan pada malam Nisfu Syaโ€™ban. Namun begitu, kita boleh mengambil peluang dengan kelebihan yang Allah SWT berikan pada malam tersebut untuk melakukan amal soleh sebanyaknya.

Terdapat beberapa amalan yang disarankan oleh para ulama bagi menghidupkan malam Nisfu Sya'ban, seperti:

1. MENDIRIKAN SOLAT SUNAT MUTLAK

Pada malam Nisfu Syaโ€™ban, kita dibolehkan mendirikan solat sunat mutlak. Solat sunat mutlak ialah solat sunat semata-mata mengharapkan keredaan Allah SWT. Ia tidak ditentukan waktunya dan tidak ada had jumlah rakaatnya.

Cara mengerjakan solat sunat mutlak ini adalah sama seperti solat biasa. Niatnya adalah seperti berikut:

ุฃูุตูŽู„ู‘ูู‰ ุตูŽู„ูŽุงุฉูŽ ุงู„ุณู‘ูู†ู‘ูŽุฉูŽ ุฑูŽูƒู’ุนูŽุชูŽูŠู’ู†ู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰
Maksudnya: โ€œSahaja aku solat sunat dua rakaat kerana Allah Taalaโ€

Solat ini juga disebutkan oleh Imam Ibnu Taimiyah apabila diminta penjelasan tentang solat malam Nisfu Syaโ€™ban. Lalu, beliau menyatakan:

ุฅูุฐูŽุง ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู’ู„ุฅูู†ู’ุณูŽุงู†ู ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉูŽ ุงู„ู†ู‘ูุตู’ูู ูˆูŽุญู’ุฏูŽู‡ู ุฃูŽูˆู’ ูููŠู’ ุฌูŽู…ูŽุงุนูŽุฉู ุฎูŽุงุตู‘ูŽุฉู ูƒูŽู…ูŽุง ูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูŽูู’ุนูŽู„ู ุทูŽูˆูŽุงุฆููู ู…ูู†ูŽ ุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽูู ููŽู‡ููˆูŽ ุญูŽุณูŽู†ูŒ. ูˆูŽู‚ูŽุงู„ูŽ ูููŠู’ ู…ูŽูˆู’ุถูุนู ุขุฎูŽุฑูŽ : ูˆูŽุฃูŽู…ู‘ูŽุง ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉู ุงู„ู†ู‘ูุตู’ูู ููŽู‚ูŽุฏู’ ุฑููˆููŠูŽ ูููŠู’ ููŽุถู’ู„ูู‡ูŽุง ุฃูŽุญูŽุงุฏููŠู’ุซู ูˆูŽุขูŽุซุงูŽุฑูŒ ูˆูŽู†ูู‚ูู„ูŽ ุนูŽู†ู’ ุทูŽุงุฆูููŽุฉู ู…ูู†ูŽ ุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽูู ุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ูู…ู’ ูƒูŽุงู†ููˆู’ุง ูŠูุตูŽู„ู‘ููˆู’ู†ูŽ ูููŠู’ู‡ูŽุง ููŽุตูŽู„ุงูŽุฉู ุงู„ุฑู‘ูŽุฌูู„ู ูููŠู’ู‡ูŽุง ูˆูŽุญู’ุฏูŽู‡ู ู‚ูŽุฏู’ ุชูŽู‚ูŽุฏู‘ูŽู…ูŽู‡ู ูููŠู’ู‡ู ุณูŽู„ูŽููŒ ูˆูŽู„ูŽู‡ู ูููŠู’ู‡ู ุญูุฌู‘ูŽุฉูŒ ููŽู„ูŽุง ูŠูู†ู’ูƒูŽุฑู ู…ูุซู’ู„ู ู‡ูŽุฐูŽุง.

Maksudnya: โ€œApabila seseorang menunaikan solat pada malam Nisfu Syaโ€™ban, sendirian atau bersama jamaah tertentu sebagaimana dikerjakan oleh banyak kelompok kaum salaf, maka hal itu baik.โ€ Di tempat lain, Ibn Taimiyah juga berkata: โ€œAdapun malam Nisfu Syaโ€™ban, telah diriwayatkan banyak hadis dan athar tentang keutamaannya dan telah dikutip dari sekelompok kaum salaf bahwa mereka menunaikan solat pada malam itu. Jadi solat yang dilakukan oleh seseorang sendirinya pada malam tersebut, telah dilakukan sebelumnya oleh kaum salaf dan ia mempunya hujah, oleh karena itu hal seperti ini tidak boleh diingkari.

2. MEMPERBANYAKKAN DOA DAN MUNAJAT

Imam al-Syafie di dalam kitab al-Umm ada menyatakan tentang keistimewaan berdoa pada malam Nisfu Sya'ban:

ุจูŽู„ูŽุบูŽู†ูŽุง ุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ูƒุงู† ูŠูู‚ูŽุงู„ู ุฅู†ู‘ูŽ ุงู„ุฏู‘ูุนูŽุงุกูŽ ูŠูุณู’ุชูŽุฌูŽุงุจู ููŠ ุฎูŽู…ู’ุณู ู„ูŽูŠูŽุงู„ู ููŠ ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉู ุงู„ู’ุฌูู…ูุนูŽุฉู ูˆูŽู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉู ุงู„ู’ุฃูŽุถู’ุญูŽู‰ ูˆูŽู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉู ุงู„ู’ููุทู’ุฑู ูˆูŽุฃูŽูˆู‘ูŽู„ู ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉู ู…ู† ุฑูŽุฌูŽุจู ูˆูŽู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉู ุงู„ู†ู‘ูุตู’ูู ู…ู† ุดูŽุนู’ุจูŽุงู†ูŽ

Maksudnya: โ€œTelah sampai kepada kami bahawasanya selalu dikatakan bahawa permohonan akan dikabulkan pada lima malam, iaitu malam Jumaat, malam hari raya Aidil Adha, malam hari raya Aidil Fitri, awal malam di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaโ€™ban.โ€

Pada malam istimewa ini, ajaklah ahli keluarga untuk bersama mengambil peluang sebaiknya bagi memohon segala hajat yang diinginkan untuk kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

3. MENGHIDUPKAN MALAM DENGAN MEMPERBANYAKKAN MEMBACA AL-QURAN

Orang yang membaca al-Quran walau satu huruf akan diberikan ganjaran sepuluh kali ganda pahala. Sebagaimana hadis Nabi Muhammad SAW bersabda:

ู…ูŽู†ู’ ู‚ูŽุฑูŽุฃูŽ ุญูŽุฑู’ูู‹ุง ู…ูู†ู’ ูƒูุชูŽุงุจู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ููŽู„ูŽู‡ู ุจูู‡ู ุญูŽุณูŽู†ูŽุฉูŒ ูˆูŽุงู„ู’ุญูŽุณูŽู†ูŽุฉู ุจูุนูŽุดู’ุฑู ุฃูŽู…ู’ุซูŽุงู„ูู‡ูŽุง ู„ุงูŽ ุฃูŽู‚ููˆู„ู ุงู„ู… ุญูŽุฑู’ููŒ ูˆูŽู„ูŽูƒูู†ู’ ุฃูŽู„ูููŒ ุญูŽุฑู’ููŒ ูˆูŽู„ุงูŽู…ูŒ ุญูŽุฑู’ููŒ ูˆูŽู…ููŠู…ูŒ ุญูŽุฑู’ููŒ
Maksudnya : โ€œSesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakan yang ุงู„ู… itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.โ€
(HR al-Tirmizi, bertaraf hasan)

Selain itu, Nabi Muhammad SAW bersabda:

ุงู‚ู’ุฑูŽุคููˆุง ุงู„ู‚ูุฑู’ุขู†ูŽ ูุฅู†ู‘ูŽู‡ ูŠูŽุฃู’ุชูŠ ูŠูŽูˆู…ูŽ ุงู„ู‚ููŠุงู…ูŽุฉู ุดูŽูููŠุนู‹ุง ู„ุฃูŽุตู’ุญุงุจูู‡ู

Maksudnya : "Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya pada hari kiamat ia datang memberi syafa'at kepada sahabat-sahabatnya (pembacanya). (HR Muslim 804)

Apabila menjelangnya Nisfu Sya'ban juga, terdapat amalan yang sering dilakukan secara tradisi sejak sekian lama dalam masyarakat kita. Sebagai contoh, amalan membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali yang diniatkan untuk mendapat redha Allah, insyaAllah pahalanya juga berganda dengan banyaknya bacaan.

Menurut para ulama, tiada halangan untuk mengamalkannya selagi mana kita tidak menyandarkan amalan tersebut kepada hadis Nabi Muhammad SAW kerana tiada dalil khusus yang menyatakan tentangnya. Namun begitu, kita sangat dianjurkan untuk memperbanyakkan membaca al-Quran pada setiap masa, lebih lagi pada malam ini.

4. MEMPERBANYAKKAN SAYYIDUL ISTIGHFAR KEPADA ALLAH.

Sayyidul istighfar merupakan penghulu kepada istighfar. Di dalamnya terkandung kalimah tauhid yang membesarkan Allah dan pembuktian kehambaan kita sebagai seorang hamba yang lemah dan hina. Daripada Syaddad bin Aus r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:

ุณูŽูŠู‘ูุฏู ุงู„ูุงุณู’ุชูุบู’ููŽุงุฑู ุฃูŽู†ู’ ุชูŽู‚ููˆู„ูŽ: ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุฃูŽู†ู’ุชูŽ ุฑูŽุจู‘ููŠ ู„ุงูŽ ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุฃูŽู†ู’ุชูŽุŒ ุฎูŽู„ูŽู‚ู’ุชูŽู†ููŠ ูˆูŽุฃูŽู†ูŽุง ุนูŽุจู’ุฏููƒูŽุŒ ูˆูŽุฃูŽู†ูŽุง ุนูŽู„ูŽู‰ ุนูŽู‡ู’ุฏููƒูŽ ูˆูŽูˆูŽุนู’ุฏููƒูŽ ู…ูŽุง ุงุณู’ุชูŽุทูŽุนู’ุชูุŒ ุฃูŽุนููˆุฐู ุจููƒูŽ ู…ูู†ู’ ุดูŽุฑู‘ู ู…ูŽุง ุตูŽู†ูŽุนู’ุชูุŒ ุฃูŽุจููˆุกู ู„ูŽูƒูŽ ุจูู†ูุนู’ู…ูŽุชููƒูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู‘ูŽุŒ ูˆูŽุฃูŽุจููˆุกู ู„ูŽูƒูŽ ุจูุฐูŽู†ู’ุจููŠ ููŽุงุบู’ููุฑู’ ู„ููŠุŒ ููŽุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ู„ุงูŽ ูŠูŽุบู’ููุฑู ุงู„ุฐู‘ูู†ููˆุจูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุฃูŽู†ู’ุชูŽ

Maksudnya: โ€œSayyid al-Istighfar hendaklah kamu mengucapkan: Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkauโ€.
[Riwayat al-Bukhari]

5. MEMPERBANYAKKAN SELAWAT

Daripada Abdullah bin โ€˜Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

ููŽุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ู…ูŽู†ู’ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุนูŽู„ูŽูŠู‘ูŽ ุตูŽู„ูŽุงุฉู‹ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุจูู‡ูŽุง ุนูŽุดู’ุฑู‹ุง
Maksudnya: โ€œSesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.โ€ [Riwayat Muslim (384)]

Dalam sebuah hadis yang lain diriwayatkan bahawa, para sahabat pernah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW tentang bagaimana cara berselawat kepada Baginda.

Kemudian Baginda menjawab dengan mengatakan: โ€œKatakanlah:

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏูุŒ ูƒูŽู…ูŽุง ุตูŽู„ูŽู‘ูŠู’ุชูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุฅูุจู’ุฑูŽุงู‡ููŠู…ูŽ ุฅูู†ูŽู‘ูƒูŽ ุญูŽู…ููŠุฏูŒ ู…ูŽุฌููŠุฏูŒุŒ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุจูŽุงุฑููƒู’ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏูุŒ ูƒูŽู…ูŽุง ุจูŽุงุฑูŽูƒู’ุชูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุฅูุจู’ุฑูŽุงู‡ููŠู…ูŽ ุฅูู†ูŽู‘ูƒูŽ ุญูŽู…ููŠุฏูŒ ู…ูŽุฌููŠุฏูŒ.

โ€œYa Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.โ€ (HR Bukhari dan Muslim)

6. MEMINTA DAN MEMBERI MAAF

Sepertimana Hadis Nabi SAW di atas, antara golongan yang tidak akan diampunkan Allah SWT adalah mereka yang bermusuhan.

Maka marilah sama-sama kita saling bermaafan, kerana sesungguhnya nilai keampunan Allah SWT jauh lebih tinggi daripada membesarkan ego dan emosi kita.

Hayati Firman Allah SWT dibawah, antara golongan yang akan dikurniakan Syurga :

โ€œDan bersegeralah kamu mencari ampunan daripada Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan.โ€ (Surah Ali-Imran: ayat 133-134)

DAN LAIN-LAIN AMAL IBADAH YANG DIANJURKAN SYARA'. KERANA TIADA AMALAN KHUSUS, NAMUN KITA DITUNTUT MEMPERBANYAKKAN IBADAH.

SubhanAllah, amalan yang baik sebegini perlu dikekalkan momentumnya walaupun selepas selesai Nisfu Sya'ban.

Sesungguhnya ini adalah kesempatan emas untuk kita menyucikan dan memperbaiki diri sebelum menyambut bulan Ramadan yang mulia. Semoga ia dapat menjadi penambah saham pahala dan โ€˜warm upโ€™ untuk kita menjelang bulan Ramadan yang dinanti.

Sebagai penutup, s**a untuk saya berkongsi petikan nasihat Ibnu Rejab al-Hanbali untuk sama-sama kita bermuhasabah diri.

ููŽู‚ูู…ู’ ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉูŽ ุงู„ู†ู‘ูุตู’ูู ุงู„ุดู‘ูŽุฑููŠูู ู…ูุตูŽู„ู‘ููŠู‹ุง * * * ููŽุฃูŽุดู’ุฑูŽูู ู‡ูŽุฐูŽุง ุงู„ุดู‘ูŽู‡ู’ุฑู ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉู ู†ูุตู’ููู‡ู
Maksudnya: โ€œMaka bangunkan malam Nisfu Syaโ€™ban dengan mendirikan solat * Semulia-mulia bulan Syaโ€™ban ini terletak pada malam pertengahannya."

ููŽูƒูŽู…ู’ ู…ูู†ู’ ููŽุชูŽู‰ ู‚ูŽุฏู’ ุจูŽุงุชูŽ ูููŠ ุงู„ู†ู‘ูุตู’ูู ุขู…ูู†ู‹ุง * * * ูˆูŽ ู‚ูŽุฏู’ ู†ูุณูุฎูŽุชู’ ูููŠู‡ู ุตูŽุญููŠููŽุฉู ุญูุชู’ููู‡ู
Maksudnya : "Berapa ramai pemuda yang tidur pada malam ini dengan aman * Sedangkan telah ditulis tentang keburukan baginya dalam catatan."

ููŽุจูŽุงุฏูุฑู’ ุจูููุนู’ู„ู ุงู„ู’ุฎูŽูŠู’ุฑู ู‚ูŽุจู’ู„ูŽ ุงูู†ู’ู‚ูุถูŽุงุฆูู‡ู * * *ูˆูŽุญูŽุงุฐูุฑู’ ู‡ูุฌููˆู…ูŽ ุงู„ู’ู…ูŽูˆู’ุชู ูููŠู‡ู ุจูุตูŽุฑู’ููู‡ู
Maksudnya: "Maka, bersegeralah melakukan amal kebaikan sebelum sampai kematiannya * Dan berjaga-jagalah dengan kejutan kematian padanya dengan kekuasaan-Nya.โ€

Senarai Rujukan:

1. JABATAN M***I WILAYAH PERSEKUTUAN
- https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2068-29

- https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/1121-irsyad-al-hadith-siri-ke-70-kelebihan-malam-nisfu-sya-ban

- https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/941-irsyad-al-hadith-siri-ke-168-penghulu-segala-istighfar

2. JABATAN M***I NEGERI SEMBILAN
- https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2020656508081892&id=286184454862448&sfnsn=mo

3. Risalah Amalan Nisfu Syaa'ban karangan Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll

Semoga bermanfaat buat ummah ๐Ÿคฒ

SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA.

ASMA' BINTI HARUN & TIM PENYELIDIK


Lotuss Biscoff Cheescake RM75 SAHAJA untuk saiz 8 inch", berat 1kg ๐ŸคฉPermintaan paling tinggi kek BETA Bakery adalah Lotu...
25/03/2021

Lotuss Biscoff Cheescake RM75 SAHAJA untuk saiz 8 inch", berat 1kg ๐Ÿคฉ

Permintaan paling tinggi kek BETA Bakery adalah Lotuss Biscoff Cheesecake ๐Ÿ˜‹ Rasa lotuss biscoff yang lengkap!

Available untuk 3 saiz:

Saiz S : RM20 (250grm)
Saiz M : RM75 (1kg)
Saiz L : RM135 (1.7kg)

Boleh request:

- Saiz bulat/petak
- Tulis ucapan
- Bunga tangan (for surprise)

Takperlu tunggu lama-lama. Terus order sekarang ;)
https://wa.me/message/GGESPVFIPB72D1

Boleh juga bersiar-siar di socmed kami: https://instagram.com/betabakeryofficial?igshid=1eeu6ph09l4a3



Hai Assalamualaikum ๐ŸฅฐEsok petang kami ada buat COD kek BETA Bakery di sekitar KL.Anda berminat nak cuba order mana mana ...
18/03/2021

Hai Assalamualaikum ๐Ÿฅฐ

Esok petang kami ada buat COD kek BETA Bakery di sekitar KL.

Anda berminat nak cuba order mana mana kek?

Jemput klik link ws ni untuk tempahan ๐Ÿค—

https://wa.me/message/GGESPVFIPB72D1



"๐˜ผ๐™ฌ๐™–๐™ , ๐™ ๐™ž๐™ฉ๐™– ๐™ฃ๐™–๐™  ๐™ง๐™–๐™จ๐™– ๐™จ๐™š๐™ข๐™ช๐™– ๐™ ๐™š๐™  ๐˜ฝ๐™š๐™ฉ๐™– ๐˜ฝ๐™–๐™ ๐™š๐™ง๐™ฎ ๐™ฉ๐™ช. ๐™๐™–๐™ฅ๐™ž ๐™จ๐™–๐™ฎ๐™– ๐™ฉ๐™–๐™ ๐™ฃ๐™–๐™  ๐™ก๐™–๐™ ๐™—๐™š๐™ก๐™ž ๐™—๐™š๐™จ๐™–๐™ง-๐™—๐™š๐™จ๐™–๐™ง. ๐™‰๐™–๐™  ๐™ฉ๐™š๐™จ๐™ฉ๐™ž๐™ฃ๐™œ-๐™ฉ๐™š๐™จ๐™ฉ๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™™๐™ช๐™ก๐™ช. ๐˜พ๐™–๐™ข๐™–๐™ฃ๐™– ๐™š...
11/03/2021

"๐˜ผ๐™ฌ๐™–๐™ , ๐™ ๐™ž๐™ฉ๐™– ๐™ฃ๐™–๐™  ๐™ง๐™–๐™จ๐™– ๐™จ๐™š๐™ข๐™ช๐™– ๐™ ๐™š๐™  ๐˜ฝ๐™š๐™ฉ๐™– ๐˜ฝ๐™–๐™ ๐™š๐™ง๐™ฎ ๐™ฉ๐™ช. ๐™๐™–๐™ฅ๐™ž ๐™จ๐™–๐™ฎ๐™– ๐™ฉ๐™–๐™ ๐™ฃ๐™–๐™  ๐™ก๐™–๐™ ๐™—๐™š๐™ก๐™ž ๐™—๐™š๐™จ๐™–๐™ง-๐™—๐™š๐™จ๐™–๐™ง. ๐™‰๐™–๐™  ๐™ฉ๐™š๐™จ๐™ฉ๐™ž๐™ฃ๐™œ-๐™ฉ๐™š๐™จ๐™ฉ๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™™๐™ช๐™ก๐™ช. ๐˜พ๐™–๐™ข๐™–๐™ฃ๐™– ๐™š๐™?"

"๐™€๐™ ๐™ก๐™–๐™–๐™–๐™–. ๐™†๐™–๐™ฃ ๐™™๐™ค๐™ง๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™–๐™™๐™– ๐™ ๐™š๐™ก๐™ช๐™–๐™ง๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™ช ๐™—๐™–๐™ง๐™ช ๐™ฉ๐™ช. ๐™๐˜ผ๐™‰๐™๐˜ผ๐™Ž๐™๐™„๐˜พ ๐™๐™Š๐™๐™! ๐˜ผ๐™™๐™– 4 ๐™Ÿ๐™š๐™ฃ๐™ž๐™จ ๐™ ๐™š๐™  ๐™™๐™–๐™ก๐™–๐™ข ๐™จ๐™–๐™ฉ๐™ช ๐™๐™ž๐™™๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ! ๐˜ผ๐™ ๐™ช ๐™™๐™–๐™ ๐™ค๐™ง๐™™๐™š๐™ง 10 ๐™จ๐™š๐™ข๐™–๐™ก๐™–๐™ข!"

"๐™’๐™š๐™ ๐™ก๐™–๐™–๐™–, ๐™–๐™ ๐™ช ๐™ฃ๐™–๐™  ๐™ค๐™ง๐™™๐™š๐™ง 20 ๐™ก๐™–๐™ ๐™œ๐™ž๐™ฉ๐™ช."

--------------

Haa gais! BETA Bakery tampil dengan menu baharu, FANTASTIC FOUR! 4 jenis kek dalam satu hidangan tau! Antaranya;

1. Basque Burnt Cheesecake
2. Kek Batik Coklat Ganache
3. Fudgy Chocolate Brownies
4. Kek Pisang Coklat Walnut

Kami hidangkan dalam saiz medium (7 inci) dengan harga hanya RM49 sahaja (tidak termasuk kos penghantaran).

Weh tunggu apa lagi?! Grab it nowww ๐Ÿ˜๐Ÿ˜



16/02/2021

Promotion CNY | BETABakery ๐Ÿฐ

๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ KHAS DELIVERY KE KAJANG (16/2/2021) ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ

Anda boleh dapatkan 2 Kek (saiz Medium) dengan potongan harga sebanyak 15%! ๐Ÿ˜ฑ

ไธไนฐๅฐฑๅŽๆ‚” ๐Ÿคช
#็พŽๅ‘ณ็š„่›‹็ณ•
#ๅฅฝๅƒ็š„่›‹็ณ•
#ๅฅฝๅƒๅˆไพฟๅฎœ็š„่›‹็ณ•

Promosi ini hanya berlangsung selama SATU MINGGU sahajaโ—๏ธ

Pssttt: jangan menyesal tak cuba kek kami, ramai dah repeat order tau ๐Ÿคญ



Promotion CNY | BETABakery ๐ŸฐKali ini BETABakery bawakan anda promosi sempena Chinese New Year (CNY). Nak tau apa yang me...
14/02/2021

Promotion CNY | BETABakery ๐Ÿฐ

Kali ini BETABakery bawakan anda promosi sempena Chinese New Year (CNY). Nak tau apa yang menarik promo kali ini? ๐Ÿคฉ

Anda boleh dapatkan 2 Kek (saiz Medium) dengan potongan harga sebanyak 15%! ๐Ÿ˜ฑ

ไธไนฐๅฐฑๅŽๆ‚” ๐Ÿคช
#็พŽๅ‘ณ็š„่›‹็ณ•
#ๅฅฝๅƒ็š„่›‹็ณ•
#ๅฅฝๅƒๅˆไพฟๅฎœ็š„่›‹็ณ•

Promosi ini hanya berlangsung selama SATU MINGGU sahajaโ—๏ธ



Ada yang dari Cheras nak order? ๐Ÿ‘€
12/02/2021

Ada yang dari Cheras nak order? ๐Ÿ‘€

Sesiapa dari HUKM Cheras / Cheras Selangor yang nak menempah kek Premium Taste Beta Bakery, terus tekan link untuk order...
11/02/2021

Sesiapa dari HUKM Cheras / Cheras Selangor yang nak menempah kek Premium Taste Beta Bakery, terus tekan link untuk order okay ๐Ÿ˜‡

๐Ÿฐ Kek Batik Coklat Ganache
๐ŸŽ‚ Lotus Biscoff Cheescake
๐Ÿง Fudgy Chocolate Brownies
๐Ÿฅง Basque Burnt Cheesecake
๐Ÿฎ Kek Pisang Coklat Walnut

Ehh, MIX N MATCH pun ada tau! ๐Ÿ˜‹ Tekan link di komen untuk order ya!

P/S: Kena rasa BETA Bakery, supaya tak menyesal nanti ๐Ÿคญ

Tarikh Delivery: 13 Februari 2021 (Sabtu)


Slot tempahan untuk hari ni kami ada buat lebih ๐Ÿ˜Š Mix and Match saiz MLotus Biscoff Cheescake saiz SBrownies saiz SCOD p...
10/02/2021

Slot tempahan untuk hari ni kami ada buat lebih ๐Ÿ˜Š

Mix and Match saiz M
Lotus Biscoff Cheescake saiz S
Brownies saiz S

COD percuma di sekitar Nilai ๐Ÿ˜‡

06/02/2021

Sikit masa lagi order dibuka untuk warga Kuala Lumpur dan Shah Alam โŒš

Kalau nak order lepas pukul 10 tu, cuba je ws nombor tertera, mana tahu ada rezeki boleh join order sekali ๐Ÿ˜ƒ

BETA Bakery mai dengan menu baru ๐ŸคฉBiscoff ada, brownies ada, kek batik pun ada. Apa lagi menu BETA Bakery eh? Haa sini r...
06/02/2021

BETA Bakery mai dengan menu baru ๐Ÿคฉ

Biscoff ada, brownies ada, kek batik pun ada. Apa lagi menu BETA Bakery eh?

Haa sini rapat-rapat, nak bagitahu yang kami nak keluarkan menu baru niii ๐Ÿคญ Menu yang pastinya menerujakan semua pembeli.

๐Ÿฐ Kek Pisang Coklat Walnut
- Saiz S 6"x2" - RM15
- Saiz M 7" - RM29
- Saiz L 10" - RM49

๐Ÿฐ Basque Burnt Cheesecake
- Saiz 7" - RM49

Tak sabar kan nak order? Apa lagi, tekan link WhatsApp bawah ni sekarang ok!

๐Ÿ“ฒ https://wa.me/message/GGESPVFIPB72D1 (Hajar)



Address

Taman Desa Anggerik, Bandar Baru Nilai
Nilai
71800

Opening Hours

Tuesday 05:00 - 23:45
Wednesday 05:00 - 23:45
Thursday 05:00 - 23:45
Friday 05:00 - 23:45
Saturday 05:00 - 23:45
Sunday 05:00 - 23:45

Telephone

+60103589618

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BETA Bakery posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to BETA Bakery:

Share