Cocoamas Goldsmith Miri

  • Home
  • Cocoamas Goldsmith Miri

Cocoamas Goldsmith Miri Selling and buying gold

08/05/2025

Ketahui Kenapa Harga Emas Naik Bila USD Jatuh

Artikel penuh di ruangan komen.

05/05/2025

Nak cerita, malu. Tak cerita, rasa geram. Cerita je la supaya ramai tahu, tak semua orang hensem itu ditakdirkan bijak sejak lahir. 😌

Brader ni tak keseorangan. Sebab saya pun buat kesilapan yang sama.

Dulu saya tak ada ilmu. Asalkan rumah, saya anggap ia adalah aset. Kononnya itu adalah pelaburan jangka panjang, nanti nilainya meningkat, dah bersara senang, tak merempat. Ini lah kefahaman saya pada waktu itu.

Tahun 2015, saya dan isteri buat permohonan rumah yang paling mampu kami bayar. Ansuran bulanannya tak jauh beza dengan jumlah yang brader ni post di thread. Kami cuma kurang beberapa ratus je.

"Inilah Rumah Idaman" sangkaan kami waktu itu.

Tahun pertama kami masih semangat. Kami pujuk hati sendiri, "Takpa, inilah pengorbanan awal. Kena bertahan 10 tahun je, lepas tu akan okey balik."

Dapat gaji terus potong rumah. Sengsaranya kami waktu tu hanya Tuhan saja yang tahu.

Dalam masa yang sama, kami buat permohonan tranfer ke Sabah dengan harapan dapat duduk di 'Rumah Idaman'.

"Mesti best kalau dapat tranfer, duduk pulak rumah sendiri, dapat claim elaun rumah. Dapat jimat sikit bayar ansuran bank."

Ini pun termasuk dalam perancangan bodoh kami pada waktu itu. Mengharapkan sesuatu yang belum pasti.

Tahun demi tahun, permohonan pertukaran kami ditolak. Tak tahu dimana silapnya. Takpa, kami anggap belum rezeki.

Kos hidup makin meningkat, barang keperluan semua makin naik, gaji pulak naik ciput, kami buat keputusan untuk sewakan rumah. Masalahnya, rate sewaan kawasan tu sangat rendah. Tak berbaloi nak bagi sewa. Tambah pulak kalau dapat penyewa dari neraka, nah, habis cerita. Akhirnya kami ambil jalan, "Pasrah".

Dah 10 tahun kami konsisten jadi hamba hutang. Menanggung liabiliti yang dulunya kami sangka aset.

Setahun 24k hanya kepada hutang!

Total kami dah bayar kepada bank ialah 240k. Ada tempoh 25 tahun lagi. Ha, kira la sendiri berapa yuran kebodohan yang kami terpaksa tanggung disebabkan melabur tanpa ilmu.

Sampai sekarang kami masih rasa menyesal.

Kalaulah 10 tahun dulu kami mula kenal ilmu emas, konsisten simpan emas. Nilai emas tahun 2015 ketika itu cuma sekitar 150 per gram.

Dengan jumlah lebih 2k sebulan (amaun ansuran rumah) kami boleh dapat lebih kurang 13 gram emas. Letak la anggaran purata harga emas dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini sekitar 300 per gram. Dengan jumlah 240k ini saya boleh dapat simpanan emas terkumpul sebanyak 800 gram.

Nilai 800 gram emas pada tahun ini sama nilainya dengan rumah yang kami beli tahun 2015 dulu. Boleh dapat rumah cash tanpa hutang.

Tapi ini cerita 'Kalau'

Sebab itu saya selalu nasihatkan adik-adik yang baru dapat kerja supaya jangan gopoh nak memiliki Rumah Idaman atau Rumah Paling Mampu. Silap langkah, ia akan jadi beban sepanjang hayat bekerja. Fokus cari ilmu dulu, baru buat keputusan.

Sekarang kami dalam proses membalas dendam pada kesilapan kami. Kalau dulu kami terlepas peluang nak simpan emas 2k sebulan, sekarang kami usaha untuk konsisten simpan emas 1k sebulan. Cukup jumlah, boleh dijadikan downpayment hartanah yang berikan cashflow positif. Insyaallah, kali ini dengan ilmu.

Kalau dulu boleh sengsara 10 tahun, takkan sekarang tak boleh cuba lagi 10 tahun?

Lagipun, rasa sengsara dalam keadaan ada harta, tidak sama dengan rasa sengsara dalam keadaan tiada apa-apa.

Doakan kami ya. 😌

Perkongsian Abam Trafik

16/04/2025

Nilai Semasa Emas 999 Cecah RM503, Tertinggi 2025

Article di ruangan komen

14/04/2025

Harga Emas Naik Lagi, Catat Rekod Baharu

Artikel di ruang komen

11/04/2025

Harga Emas Catat Rekod Tertinggi

Artikel di ruang komen

11/04/2025

Harga emas terus melonjak ke paras tertinggi baharu melebihi AS$3,200 (RM14,500) sekeping pada dagangan awal Jumaat, didorong oleh kebimbangan pelabur terhadap kesan perang tarif terhadap ekonomi global.

Kenaikan ini menjadikan logam berharga itu sebagai pilihan utama ‘safe haven’ (tempat perlindungan selamat) di tengah-tengah ketidakstabilan pasaran saham dan mata wang.

Artikel penuh 🔗 https://thevocket.com/?p=550045

Address


Telephone

+60147685558

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cocoamas Goldsmith Miri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Cocoamas Goldsmith Miri:

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed Jewelery/watch Store?

Share