16/09/2017
Terima kasih kepada yg sudi menjengah dan meneroka ke wall saya ni.
Tapi sebelum ni boleh tak nak perkenalkan diri ?
Nama saya Safiey Ilias (Mohd Safiuddin Bin Ilias) berusia 23 tahun.. saya merupayakan CEO kepada syarikat DSI EMPIRE SDN BHD. saya lahir pada 19 Mei 1994. Dan saya telah menjadi jutawan sejak umur 19 tahun ketika bulan Jun 2013. Saya dah berniaga 4 tahun dengan produk saya sendiri iaitu Aurora, Perlaking dan Perlashine!
Namun, kalau nak tahu saya berniaga sejak sekolah menengah masa umur 16 tahun. Masa tu saya cuma menjual produk orang dengan menjadi dropship sahaja.
Walau hanya menjadi seorang dropship, saya pernah menjana RM200,000 sepanjang berniaga di sekolah. Maksudnya saya telah berbisnes selama 7 tahun!
Apa awak ingat tak boleh ke berjaya dengan hanya menjual produk orang?? Nak jadi founder ke? Tak pernah jual satu kotak barang pun nak terus jadi founder?? Salah tu! Jangan termakan pujuk rayu kilang yg menawarkan pelbagai janji manis yang menjerat. Syaratnya nak berjaya dengan menjual produk orang ni. perlu ada ilmu!
Zaman sekarang dah mudah. Cuma kita sendiri malas nak sahut cabaran! Saya dulu terpaksa call customer guna public phone asrama tau! Orang main bola sepak saya bergayut di public phone untuk call customer saya! Alamat dan no telefon mereka saya tulis dalam buku nota sekolah.. tiap kali outing asrama, pelajar lain berdating dan ada yg pergi main bowling, ada jugak yg main game di Cyber Cafe, tapi saya gigih melayan customer di FB! Saya catat butiran mereka 1-1 tau!
Gigih tak gigih nak pos barang kena jalan kaki ke poslaju. Curi2 pos barang masa pergi solat Jumaat. Mintak tolong warden saya dan teacher saya ! Saya hargai sgt jasa mereka dan smpai skrg saya masih contact mereka.
Saya ni pembahas sekolah dan pemidato. Pernah menang no 1 peringkat kebangsaan lawan sekolah2 top! Masa cikgu suruh cari bahan2 tajuk bahas dan pidato, saya pinjam laptop cikgu untuk ambik order dengan customer. Saya bahagikan masa saya! Saya tak s**a sgt org cakap tak boleh bahagi masa untuk berbisnes.
Saya ni dengan sekolahnya, exam SPM nya, mcm2 lagi lah, pertandingan itu ini, tapi saya boleh ambik masa sikit untuk bisnes. Bisnes ni sedikit masa kita luangkan dah cukup as long BERKUALITI! Kalau 10 jam sehari spending masa untuk bisnes tapi tak berkualiti tak guna jugak kan ??
Bagi saya. Nak seribu daya tak nak seribu dalih! Alasan2 ni tolak tepi untuk berjaya! Ilmu dan peluang ada depan mata terus grab jangan lepaskan. Awk semua kena PINTAR PELUANG! Saya sgt hargai setiap peluang yg ada depan mata terus saya sambar!
Kejayaan saya ?? Rasanya awak semua dh tahu kan??
Beli Camry cash RM160,000 masa umur 19 tahun (kereta pertama saya)
Beli kereta Mini Cooper dan Hilux masa umur 19 tahun
Beli kereta Audi A5 CASH masa umur 20 tahun.
Beli kereta Hummer H2 masa umur 21 tahun
Beli kereta Mustang masa umur 22 tahun.
Dan saya pembayar cukai sejak 19 tahun !
NANTI DULU!! JANGAN TIRU MACAM SAYA! DENGAR NASIHAT SAYA!!
Saya tak nak anda buat silap apa yg saya pernah buat silap!!
Jangan beli kereta mewah dulu! Tahan nafsu anda.
Jangan overspend pada aksesori/beg berjenama secara melampau!
Kelak anda akan rasa sangat rugi !
Bukan apa, saya dulu cmtulah. Ada duit sikit nak beli kereta baru. Ada duit sikit nak beli barang berjenama baru.
Bagi saya aset rumah dan tanah ni penting! Saya rasa semua org berniaga perlu betulkan mindset! Jangan beli kereta dulu, tapi kumpul rumah sewa dulu.
Sedarlah cepat supaya anda tak rasa rugi nanti. Kalaulah saya dh beli rumah sejak 19 tahun agak2 dh berapa rumah sewa saya ada...
Gunakan duit sewa rumah untuk bayar bulanan duit pinjaman bulanan kereta kita ! Gunakan duit sewa rumah byr barang berjenama kita...
Jadilah ORANG BIJAK URUS DUIT!! Saya nak ubah mindset orang bisnes (mungkin dulu terikut-ikut saya) yang s**a nak beli kereta mewah dulu, supaya beli rumah dulu !
Sebelum tu. Cari duit dulu dengan buat bisnes! Tak kesah lah partime atau fulltime kan! Tak ada alasan! Jom ubah hidup kita !
Sebelum saya akhiri, ni nasihat saya kepada anda nak/sedang berbisnes:-
+ pastikan anda ada SSM
+ pastikan anda jual dan pilih produk ada kelulusan kementerian yang SAH dan ada sijil Halal lagi bagus. Saya pernah didenda RM20,000 sebab jual produk tak berdaftar tau. Pastikan produk ada no MAL
+ pergi belajar gali cari ilmu. Sentiasa UPGRADE ilmu kalau tak anda akan menjadi tepu
+ pastikan anda jumpa PASSION dan BIG WHY anda. Korek apa sebenarnya yang membakar anda untuk berbisnes
+ jangan berniaga cara DIVA
+ jangan syok sendiri dengan bukak kedai terus
+ jangan buat loan tapi mulakan dengan modal yg anda di tangan
+ elakkan bisnes MLM dulu tapi bisnes jenis trading atau normal direct sales
+ pastikan ada urus duit dengan betul
+ pastikan anda bayar cukai !
+ pastikan anda bayar zakat setiap bulan. Saya tak pernah tinggal ni
+ yang s**a kumpul emas tu, pastikan bayar zakat emas ya
+ pastikan anda FOKUS!
+ jangan bisnes ikut-ikutan
+ elakkan semua yang negatif dan fokus terus ke depan.
Jika anda cari yang negatif, anda akan jumpa yang negatif dan akhirnya tersasar daripada fokus anda ! Fokus kepada matlamat dan anda tak perasan pun yang negatif tu! Malah apa jua dugaan yg datang anda tak sedar dan tak perasan sebab anda terlalu fokus !!
Inilah saya....., SAFIEY ILIAS !
Siapa baca sampai habis komen "TERBAIK" jika anda dapat sesuatu daripada penulisan ini!
KONGSIKAN ramai2 penulisan ini sebab saya kesian ramai sangat perniaga baru buat silap dan percaturan dalam bisnes !