Malaysia Narrative

Malaysia Narrative Malaysia Narrative merupakan Portal Isu Semasa yang mengupas berkaitan dengan isu-isu kotemporari di dalam dan luar negara

09/07/2026

Kerajaan Madani dibawah PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan Reformasi terbaik untuk negara dan membela nasib rakyat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama serta warna baju politik yang dipakai. Keadilan harapan rakyat Malaysia.

Johor ke Depan, Undi Harapan!🔺🚩

09/07/2026

Luahan hati seorang nenek yang rasa nasibnya terbela kerana bantuan STR dan SARA yang diberikan oleh Kerajaan Madani dibawah PMX kepada mereka… Keadilan Harapan Bangsa!

Syabas PMX Anwar Ibrahim.
Syabas Kerajaan Madani.
Johor Ke Depan, Undi HARAPAN!

26/06/2026
MERENTASI BENUA DEMI NEGARA : DI MANAKAH LETAKNYA NILAI SEBUAH PENGORBANAN?Awal pagi tadi, tatkala sebahagian besar warg...
20/06/2026

MERENTASI BENUA DEMI NEGARA : DI MANAKAH LETAKNYA NILAI SEBUAH PENGORBANAN?

Awal pagi tadi, tatkala sebahagian besar warga tanah air masih menikmati keheningan subuh, sebuah pesawat mendarat di KLIA membawa p**ang Pemimpin Nombor Satu Negara. YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim baru sahaja menamatkan misi diplomatik pasca-Eurasia di Ashgabat, Turkmenistan.

Namun, belum pun sempat kering keringat menempuh perjalanan ribuan kilometer merentasi benua, seawal pagi ini beliau sudah pun berada di Pulau Pinang. Tiada istilah 'rehat', tiada ruang untuk JETLAG, dan jauh sekali untuk mengambil cuti. Dari sebuah meja rundingan antarabangsa di Asia Tengah, beliau terus melangkah ke lapangan untuk menyantuni urusan rasmi rakyat di utara tanah air.

Inilah kualiti kepimpinan yang dinamakan ILTIZAM TANPA BATAS.

ANTARA KEIKHLASAN BERBAKTI DAN RONA KEBENCIAN
Namun, ironinya di sebalik pengorbanan fizikal dan mental yang menuntut kudrat luar biasa ini, ruang udara maya kita tidak pernah sunyi daripada nista. Di saat susuk tubuh ini mengerah sisa tenaga di usia emas demi meletakkan Malaysia di peta tertinggi geopolitik dunia, kelompok pembangkang serta penentang tegar — dari kalangan walaun sehinggalah walafizi — tetap memilih untuk menutup mata.

Setiap langkah dipersalah, setiap keringat diperlekeh, dan setiap kejayaan cuba dipadamkan dengan naratif kebencian.

Kita wajar bertanya kepada nurani sendiri : RAKYAT MALAYSIA MAHUKAN PEMIMPIN YANG BAGAIMANA LAGI?

— ADAKAH KITA MERUNDUI ERA KEPIMPINAN YANG LESU? Pemimpin yang memilih untuk bermain golf ketika negara dilanda badai, atau yang hanya muncul sekadar membaca teks pengumuman?

— ADAKAH KITA MAHU PEMIMPIN 'AUTO-PILOT'? Yang meletakkan portfolio negara di tempat kedua, manakala keselesaan peribadi di tempat pertama?

Sekiranya itu penanda aras yang dicari, maka PMX jelas bukan orangnya. Beliau memilih jalan s**ar — jalan yang menuntut pengorbanan waktu tidur, waktu bersama keluarga, dan malah waktu untuk tubuhnya sendiri berehat. Beliau bekerja dengan stamina seorang anak muda, namun berfikir dengan kebijaksanaan seorang negarawan ulung.

BILA JIWA MENGATASI KUDRAT FIZIKAL
"Kekuatan itu tidak datang daripada kemampuan fizikal semata-mata, melainkan daripada semangat yang tidak pernah tunduk kepada kepayahan”.

Melihat jadual kerja PMX yang BACK-to-BACK adalah satu tamparan hebat kepada mereka yang sering mengeluh. Di kala golongan muda sendiri kepenatan menempuh perjalanan jauh, seorang pemimpin berusia lewat 70-an membuktikan bahawa APABILA JIWA DIWAKAFKAN SEPENUHNYA UNTUK WATAN, KEPENATAN FIZIKAL ITU MENJADI KERDIL DAN TIDAK BERERTI.

Di saat para pengkritik tegar sedang selesa mengetik papan kekunci memikirkan tohmahan baharu dari dalam bilik yang dingin, PMX sedang menandatangani dasar, menarik pelaburan, dan merencana masa depan ekonomi yang faedahnya bakal dinikmati oleh anak cucu para pengkritik itu juga.

KHULASAH : Biar Jasa Menjadi Saksi
Pada akhirnya, politik kebencian akan sentiasa mencari ruang untuk menyalak. Namun, sejarah tidak pernah menipu tentang siapa yang benar-benar membina dan siapa yang sekadar meruntuh.

Kepada mereka yang memilih untuk terus membutakan mata hati, teruskanlah dengan agenda anda. Namun bagi majoriti rakyat Malaysia yang matang, komitmen luar biasa ini adalah bukti sahih — bahawa di bawah teraju PMX, negara ini tidak dibiarkan hanyut, sebaliknya dipacu dengan jiwa, keberanian dan pengorbanan yang tiada galang gantinya.

Biar dihina, biar dicerca; langkah membela rakyat tetap tidak akan sesekali terhenti.

Malaysia Narrative
Kuala Lumpur, Malaysia

KISAH BAJU KOYAK SEORANG PERDANA MENTERIKalau orang biasa macam kita pakai baju koyak, mesti rasa segan dan janggal nak ...
17/06/2026

KISAH BAJU KOYAK SEORANG PERDANA MENTERI

Kalau orang biasa macam kita pakai baju koyak, mesti rasa segan dan janggal nak keluar rumah, kan? Tapi bayangkan... yang pakai baju koyak tu adalah seorang Perdana Menterii negara kita.

Bagi orang yang tak s**a, mereka mungkin senyum sinis. Katanya, “ALAH, INI SEMUA DRAMA POLITIK... NAK RAIH SIMPATI RAKYATLAH TU”.

Tapi benarkah? Ramai yang hanya kenal Anwar Ibrahim dari mulut musuh politiknya, bukan dari sisi peribadi beliau yang sebenar.

Melalui perkongsian menyentuh hati daripada TUAN NORMAN RADZUAN, ini adalah realiti kehidupan keluarga nombor satu negara yang ramai tak tahu :

01. "MAAF, KAK WAN TENGAH JAHIT BAJU ANWAR YANG KOYAK..."
Kisah ini terbongkar bila Menteri Penerangan, Fahmi Fadzil cuba hubungi Datuk Seri Dr. Wan Azizah (Kak Wan). Panggilan pertama tak dijawab. Setengah jam lepas tu, Kak Wan telefon balik sambil minta maaf : “Maaf ya Fahmi, Kak Wan tak perasan telefon tadi... Tengah khusyuk menjahit baju suami yang koyak semalam.”

Terkejut Fahmi. Logik akal kita, kalau dah jadi PM, baju koyak buang sajalah, beli baru. Tapi tidak bagi mereka. Menurut KSN, baju biru muda yang PMX selalu pakai hari Jumaat tu rupa-rupanya dah berusia 10 tahun! Dah kerap sangat pakai dan basuh, sbb tu kainnya makin rapuh.

02. BENANG, JARUM & KASUT BATA
Sifat zuhud Kak Wan ni bukan benda baru. Bekas pegawai-pegawai beliau dulu pernah cerita, masa Kak Wan jadi Timbalan Perdana Menteri (TPM), baju beliau pernah terkoyak dalam penerbangan khas. Sebaik sahaja diberitahu, Kak Wan terus masuk tandas kapal terbang dan jahit sendiri baju tu. Kenapa? Sebab dalam beg tangan Kak Wan, ke mana-mana pergi pun memang wajib ada peralatan menjahit!

Bukan itu sahaja, pernah sekali di sebuah masjid, jemaah terkejut bila tengok Kak Wan buka kasut. Rupa-rupanya seorang TPM cuma pakai kasut jenama biasa, jenama marhaen yang kita semua mampu beli iaitu kasut Bata. Tak ada langsung rasa nak megah dengan jenama mewah dunia.

03. JIWA YANG SENTIASA BERZIKIR
Di sebalik jadualnya yang padat sebagai isteri pemimpin negara, Kak Wan wajibkan diri 'curi' masa 30 minit setiap hari untuk mengaji Al-Quran beserta terjemahannya sekali. Gelas yang dipegangnya p**a rupa-rupanya adalah tasbih digital. Beliau selalu pesan pada pegawainya : “Banyakkan berzikir, nanti hati kita tenang”. Sebab itu, ke mana sahaja Anwar pergi, Kak Wan mesti bekalkan tasbih sebagai peneman jalan.

04. DIDIKAN YANG MENGALIR KE ANAK CUCU
Didikan hati yang suci ini turun rapat kepada anak mereka, Nurul Izzah. Tuan Norman sendiri perasan, baju yang Izzah pakai pada tahun 2020, masih diulang pakai sehingga tahun 2026 ini. Bagi keluarga ini, pakaian bukan untuk menunjuk-nunjuk kekayaan, tapi sekadar untuk menutup aurat dengan selesa.

MENGAPA MANUSIA SESEDERHANA INI BEGITU KUAT DIBENCI?
Bila kita fikir balik, kadangkala kita rasa hairan... Kenapa mereka dituduh macam-macam?
Anwar Ibrahim sanggup tak ambil gaji sebagai PM. Beliau kerja siang malam cari pelabur luar untuk pulihkan ekonomi anak bangsa. Beliau lawan rasuah, selamatkan berbilion wang negara, dan p**angkan balik kepada petani miskin serta jutaan kakitangan awam yang dah 10 tahun tak naik gaji.

Beliau bukan mahu jadi PM untuk merompak harta rakyat. Beliau cuma mahu berbakti di sisa-sisa hidupnya.

Bak kata kata-kata azimat Anwar Ibrahim sendiri :
"Saya nak bersara dengan kasih sayang rakyat”.

Sama ada anda melihat kesederhanaan ini sebagai sifat 'zuhud' atau tidak, ia terp**ang kepada penilaian peribadi masing-masing. Tetapi bagi mereka yang mengenali, inilah wajah sebenar sebuah keluarga yang memilih untuk hidup bersederhana demi menghambakan diri kepada rakyat.

Kredit tulisan asal yang sangat menjentik jiwa ini : TUAN NORMAN RADZUAN.

https://vt.tiktok.com/ZSQpYF9VH/

Malaysia Narrative
Kuala Lumpur, Malaysia

MAJLIS PELANCARAN JENTERA PILIHANRAYA PAKATAN HARAPAN NEGERI SEMBILANMajlis pelancaran jentera pilihan raya Pakatan Hara...
12/06/2026

MAJLIS PELANCARAN JENTERA PILIHANRAYA PAKATAN HARAPAN NEGERI SEMBILAN

Majlis pelancaran jentera pilihan raya Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan telah diadakan pada 12 Jun 2026 (Jumaat) bertempat di Karisma Arena, Seremban. Himpunan tersebut bertujuan untuk menyatukan tekad dan memperkukuh saf perjuangan jentera serta penyokong bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 yang dijadualkan berlangsung pada 1 Ogos 2026.

Beberapa perkara penting yang dibangkitkan dalam majlis tersebut termasuk :

— UCAPAN PERDANA MENTERI : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hadir untuk memberikan sokongan dan menekankan pentingnya kestabilan politik. Beliau menegaskan bahawa tindakan pihak tertentu yang cuba menggugat kerajaan negeri adalah tidak berasas dan tidak memberi manfaat kepada rakyat. Beliau juga menyatakan sokongan penuh agar Datuk Seri Aminuddin Harun terus memimpin Negeri Sembilan sebagai Menteri Besar jika PH diberi mandat semula.

— PENDIRIAN KERAJAAN PERSEKUTUAN : Dalam ucapannya, Perdana Menteri menjelaskan bahawa beliau tidak mencampuri urusan adat dan sistem pentadbiran Negeri Sembilan, sebaliknya menegaskan bahawa segala urusan hendaklah tertakluk kepada Perlembagaan dan peraturan yang sah.

— SERUAN AMINUDDIN HARUN : Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, menyeru pengundi untuk menggunakan kuasa demokrasi mereka bagi menghukum pihak yang disifatkannya sebagai "pengkhianat rakyat" yang menyebabkan ketidakstabilan politik sehingga membawa kepada pembubaran DUN. Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa PH mampu mempertahankan pentadbiran negeri dan membentuk kerajaan yang lebih stabil.

— KONTEKS PILIHANRAYA : Majlis ini merupakan gerak kerja awal PH bagi mendepani PRN yang akan diadakan selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian bagi Negeri Sembilan pada 1 Ogos 2026. Sebelum ini, DUN Negeri Sembilan dengan 36 kerusi telah dibubarkan secara rasmi pada 5 Jun 2026 untuk memberi laluan kepada pilihan raya.

Malaysia Narrative
Seremban, Nismilan

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysia Narrative posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Malaysia Narrative:

Shortcuts

Share