13/05/2026
DARI FB JABATAN M***I NEGERI PAHANG
๐ ๐๐ก๐๐๐ช๐๐ ๐ง๐จ๐๐จ๐๐๐ก ๐๐๐๐ฅ ๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐๐ฃ ๐ฆ๐๐๐๐๐ก๐ ๐๐๐จ ๐๐๐๐๐ฅ ๐ฅ๐ ๐๐๐ก ๐ฆ๐๐๐๐๐ก๐ ๐จ๐ ๐๐ฅ ๐ฅ๐ ๐ฆ๐๐๐๐๐จ๐ ๐๐๐๐ฆ๐๐๐ ๐๐ก ๐ ๐๐ฅ๐๐๐
Terdapat video di Media Sosial yang menjadi polemik dan mengundang kegelisahan umat Islam apabila didakwa bahawa:
a). Saidina Abu Bakr adalah bapa ceti, sebelum Islam
b). Saidina Abu Bakr kaya kerana peras duit orang miskin
c). Saidina Umar gemar kacau isteri orang, mana beliau s**a beliau pasti dapat
d). Saidina Umar mempunyai hobi berzina
e). Saidina Uthman dan Saidina โAli turut didakwa memiliki sikap yang sama.
Dakwaan-dakwaan di atas adalah amat berat dan menimbulkan kegelisahan umat Islam. Demi tujuan menegakkan kebenaran dan mengunggulkan maruah para Sahabat yang merupakan insan terbaik selepas para Nabi, maka Jabatan M***i Negeri Pahang akan membahaskan dakwaan ini fakta-fakta yang membidas dakwaan yang buruk ini.
โKEBURUKAN SILAMโ SAIDINA ABU BAKR AL-SIDDIQ
Dakwaan Abu Bakr merupakan seorang โbapa cetiโ adalah tidak berasas, bahkan Saidina Abu Bakr al-Siddiq merupakan seorang usahawan berjaya yang baik lagi mulia akhlaknya, dicintai dan dis**ai oleh orang ramai dalam kalangan Quraisy di Makkah suatu masa dahulu. Imam al-Nawawi berkata:
ููููุงูู ุงูุฅูู
ูุงู
ู ุงููููููููููู: ููููุงูู ู
ููู ุฑูุคูุณูุงุกู ููุฑูููุดู ููู ุงููุฌูุงูููููููุฉูุ ููุฃููููู ู
ูุดูุงููุฑูุชูููู
ู ููู
ูุญูุจูููููู
ู ููู
ูุคูุงููููุง ููููู
ูุ ููููู
ููุง ุฌูุงุกู ุงูุฅูุณูููุงู
ู ุขุซูุฑููู ุนูููู ู
ูุง ุณูููุงููุ ููุฏูุฎููู ููููู ุฃูููู
ููู ุฏูุฎููููุ ููููู
ู ููุฒููู ู
ูุชูุฑููููููุง ููู ู
ูุนูุงุฑูููููุ ู
ูุชูุฒูุงููุฏูุง ู
ููู ู
ูุญูุงุณููููู ุญูุชููู ุชูููููููู ุฑูุถููู ุงูููููู ุนููููู.
โBeliau [Abu Bakr] merupakan salah seorang pembesar Quraisy pada zaman jahiliah, termasuk dalam kalangan tempat rujukan dalam mesyuarat mereka, orang yang mereka cintai serta yang sehaluan dengan mereka. Maka apabila Islam datang, beliau mengutamakan Islam atas segala yang lain, lalu memeluknya dengan sebaik-baik penghayatan. Beliau terus meningkat dalam pengetahuan dan kebaikannya sehingga wafat, semoga Allah meredhainya.โ(Tahzib al-Asmaโ wa al-Lughat, 2/392)
Dakwaan โdia kaya kerana dia peras orang-orang miskin di zaman jahiliahโ juga tidak berasas kerana beliau menjadi kaya semenjak sebelum Islam hasil perniagaan beliau sebagai seorang usahawan. Abu Bakr merupakan seorang saudagar kain untuk tujuan perhiasan rumah dan baju-baju pakaian sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Tawhidi di dalam Basaโir al-Qudama wa Saraโir al-Hukamaโ.(Nazariyyat al-Khalifatayn oleh Naji al-Taโi, 2/63)
Kemurniaan akhlak beliau diakui baik oleh orang Islam mahupun bukan Islam. Ketika Saidina Abu Bakr dihalau oleh kaum Musyrikin, Ibn al-Daghinah yang merupakan seorang musyrik telah memuji Saidina Abu Bakr:
ู
ูุซููููู ููุง ุฃูุจูุง ุจูููุฑู ููุง ููุฎูุฑูุฌู ููููุง ููุฎูุฑูุฌูุ ุฅูููููู ุชูููุณูุจู ุงููู
ูุนูุฏููู
ูุ ููุชูุตููู ุงูุฑููุญูู
ูุ ููุชูุญูู
ููู ุงูููููููุ ููุชูููุฑูู ุงูุถูููููู ููุชูุนูููู ุนูููู ููููุงุฆูุจู ุงููุญูููู ููุฃูููุง ูููู ุฌูุงุฑูุ ููุงุฑูุฌูุนู ููุงุนูุจูุฏู ุฑูุจูููู ุจูุจูููุฏููู
โOrang sepertimu wahai Abu Bakar tidak sepatutnya keluar (meninggalkan negeri), dan tidak patut diusir. Sesungguhnya engkau membantu orang yang tidak berharta, menyambung silaturahim, memikul beban orang lain, memuliakan tetamu, dan menolong dalam menghadapi pelbagai musibah demi menegakkan kebenaran. Maka aku akan melindungimu. Oleh itu, kembalilah dan sembahlah Tuhanmu di negerimu.โ
Rasulullah juga sudah menjadi rakan karib Saidina Abu Bakr sebelum baginda dilantik menjadi Nabi dan Rasul. Rasulullah tidak akan bersahabat rapat dengan orang yang buruk akhlaknya. Imam Ibn Kathir berkata:
ููุงูู ุงููุญูุงููุธู ุงุจููู ููุซููุฑู: ููููุงู ุตูุงุญูุจู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู
ู ููุจููู ุงููุจูุนูุซูุฉูุ ููููุงูู ููุนูููู
ู ู
ููู ุตูุฏููููู ููุฃูู
ูุงููุชููู ููุญูุณููู ุณููุฑูุชููู ููููุฑูู
ู ุฃูุฎูููุงูููู ู
ูุง ููู
ูููุนููู ู
ููู ุงููููุฐูุจู ุนูููู ุงููุฎูููููุ ูููููููู ููููุฐูุจู ุนูููู ุงููููููุ ููููููุฐูุง ุจูู
ูุฌูุฑููุฏู ู
ูุง ุฐูููุฑู ุฃูููู ุงูููููู ุฃูุฑูุณููููู ุจูุงุฏูุฑู ุฅูููู ุชูุตูุฏููููููุ ููููู
ู ููุชูููุนูุซูู
ูุ ููููุง ุนูููู
ู.
โBeliau [Abu Bakr] merupakan sahabat Rasulullah SAW sebelum baginda diutuskan sebagai nabi. Dia mengetahui tentang kejujuran, amanah, keelokan perjalanan hidup dan kemuliaan akhlak baginda, sesuatu yang menghalangnya daripada berdusta terhadap manusia. Maka bagaimana mungkin baginda berdusta terhadap Allah? Oleh sebab itu, sebaik sahaja disebut bahawa Allah telah mengutus baginda, dia segera membenarkannya tanpa ragu-ragu dan tanpa berpaling.โ(al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/31)
Masyarakat Musyrikin Quraisy amat menyanjung Saidina Abu Bakr kerana kebijaksanaan ilmunya, kedermawanan, wibawa dan ketinggian budi pekerti. Imam Ibn Hisham menukilkan: bahawa Imam Ibn Ishaq berkata:
ููููุงูู ุฃูุจูู ุจูููุฑู ุฑูุฌูููุง ู
ูุคููููููุง ููููููู
ูููุ ู
ูุญูุจููุจูุง ุณูููููุงุ ููููุงูู ู
ููู ุฃูููุณูุจู ููุฑูููุดู ููููุฑูููุดูุ ููุฃูุนูููู
ู ููุฑูููุดู ุจูููุงุ ููุจูู
ูุง ููุงูู ูููููุง ู
ููู ุฎูููุฑู ููุดูุฑููุ ููููุงูู ุฑูุฌูููุง ุชูุงุฌูุฑูุง ุฐูุง ุฎููููู ููู
ูุนูุฑููููุ ููููุงูู ุฑูุฌูุงูู ููููู
ููู ููุฃูุชูููููู ููููุฃูููููููููู ููุบูููุฑู ููุงุญูุฏู ู
ููู ุงููุฃูู
ูุฑูุ ููุนูููู
ููู ููุชูุฌูุงุฑูุจููู ููุญูุณููู ู
ูุฌูุงููุณูุชูููุ ููุฌูุนููู ููุฏูุนูู ุฅูููู ุงูููููู ููุฅูููู ุงููุฅูุณูููุงู
ู ู
ููู ููุซููู ุจููู ู
ููู ููููู
ูููุ ู
ูู
ูููู ููุบูุดูุงูู ููููุฌูููุณู ุฅูููููููุ ููุฃูุณูููู
ู ุจูุฏูุนูุงุฆููู: ุนูุซูู
ูุงูู ุจููู ุนููููุงููุ ููุงูุฒููุจูููุฑู ุจููู ุงููุนููููุงู
ูุ ููุนูุจูุฏู ุงูุฑููุญูู
ููู ุจููู ุนูููููุ ููุณูุนูุฏู ุจููู ุฃูุจูู ูููููุงุตูุ ููุทูููุญูุฉู ุจููู ุนูุจูููุฏู ุงููููููุ ููุฌูุงุกู ุจูููู
ู ุฅูููู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู
ู ุญูููู ุงุณูุชูุฌูุงุจููุง ูููู ููุฃูุณูููู
ููุง ููุตููููููุง.
โAbu Bakar ialah seorang yang disenangi oleh kaumnya, dicintai dan mudah bergaul. Beliau termasuk orang Quraisy yang paling mengetahui tentang keturunan Quraisy serta paling arif mengenai keadaan mereka, sama ada kebaikan mahupun keburukan yang ada pada mereka. Beliau juga seorang pedagang yang berakhlak mulia dan terkenal dengan kebaikan. Kaumnya sering mendatanginya dan s**a bergaul dengannya kerana ilmunya, pengalamannya dan baiknya cara beliau bergaul. Lalu beliau mula mengajak kepada Allah dan kepada Islam orang-orang yang dipercayainya daripada kaumnya, iaitu mereka yang sering menziarahinya dan duduk bersamanya. Maka masuk Islam melalui dakwah beliau: Uthman bin Affan, al-Zubair bin al-Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Saโd bin Abi Waqqas dan Talhah bin Ubaidillah. Setelah mereka menyahut seruannya, beliau membawa mereka menemui Rasulullah SAW, lalu mereka memeluk Islam dan mendirikan solat.โ(al-Sirah li Ibn Hisham, 1/286)
Begitu juga Syaikh Ibn Taimiyyah menegaskan bahawa tidak ada orang pun baik sebelum Islam mahupun selepas kedatangan Islam yang mampu mendatangkan dan mensabitkan sebarang aib atau keburukan zahir atau nyata mahupun jelas pada diri Abu Bakr al-Siddiq. Syaikh Ibn Taimiyyah berkata:
ููููู
ู ููุนูููู
ู ุฃูุญูุฏู ู
ููู ููุฑูููุดู ููุบูููุฑูููู
ู ุนูุงุจู ุฃูุจูุง ุจูููุฑู ุจูุนูููุจูุ ููููุง ููููุตููู ููููุง ุงุณูุชูุฑูุฐูููููุ ููู
ูุง ููุงูููุง ููููุนูููููู ุจูุถูุนูููุงุกู ุงููู
ูุคูู
ูููููู
โTidak diketahui seorang pun daripada kalangan Quraisy mahupun selain mereka yang pernah mencela Abu Bakar dengan suatu keburukan, atau merendah-rendahkannya, ataupun menghinanya, sebagaimana mereka melakukan terhadap orang-orang Mukmin yang lemah.โ(Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah, 8/545-547)
โKEBURUKAN SILAMโ SAIDINA โUMAR B. AL-KHATTAB
Manakala, dakwaan bahawa Saidina โUmar b. al-Khattab gemar berzina bahkan mengganggu isteri orang; adalah dakwaan buruk yang tiada dasarnya.
Hakikat yang mesti diperbetulkan, Saidina โUmar b. al-Khattab bukanlah orang yang begitu sekali buruknya, sebaliknya hanya orang yang sangat tegas dan keras dalam memelihara kesatuan suku Arab.
Oleh yang demikian, beliau memusuhi sebarang anasir yang memecah-belahkan kesatuan masyarakat Arab Quraisy di Makkah termasuk agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad kerana beliau menyangka ia merupakan sebab utama perpecahan.
Imam Ahmad meriwayatkan bahawa, ketika Saidina โUmar b. al-Khattab hendak membunuh Rasulullah, beliau ditanya oleh Nuโaim b. โAbdillah al-Nahham lantas menjawab:
ููุงูู: ุฃูุฑููุฏู ู
ูุญูู
ููุฏูุง ููุฐูุง ุงูุตููุงุจูุฆูุ ุงูููุฐูู ููุฑูููู ุฃูู
ูุฑู ููุฑูููุดูุ ููุณูููููู ุฃูุญูููุงู
ูููุงุ ููุนูุงุจู ุฏููููููุงุ ููุณูุจูู ุขููููุชูููุงุ ููุฃูููุชููููู
โAku mahu pergi kepada Muhammad ini yang telah keluar daripada agama nenek moyang, memecah-belahkan urusan Quraisy, yang mendakwa pemikiran mereka adalah bodoh, mencela agama mereka dan menghina tuhan-tuhan mereka, lalu aku akan membunuhnya!โ(Tabaqat Ibn Saโd, 3/142; Fadaโil al-Sahabah, bil. 346)
Kekasaran Saidina โUmar kepada Islam dan Muslimin adalah atas dasar untuk memelihara kesatuan masyarakat dan niat beliau menghormati nenek-moyang tradisi Quraisy. Kekasaran dan ketegasan tersebut mendorongnya bersikap kasar dengan Rasulullah dan umat Islam pada awalnya. Imam al-Nawawi berkata:
ููููุงูู ุงูุฅูู
ูุงู
ู ุงููููููููููู: ููู
ููุง ุจูุนูุซู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู
ู ููุงูู ุนูู
ูุฑู ุดูุฏููุฏูุง ุนูููููููุ ููุนูููู ุงููู
ูุณูููู
ูููู.
โKetika Rasulullah SAW diutuskan, Umar sangat keras terhadap baginda dan juga terhadap kaum Muslimin.โ
Saidina โUmar pernah mengikat untuk menyeksa salah seorang sahabat Nabi kerana sahabat berkenaan menganut agama Islam. Imam al-Bukhari meriwayatkan di dalam al-Sahih daripada Saโid b. Zayd, beliau berkata:
ููุงูููููู ููููุฏู ุฑูุฃูููุชูููู ููุฅูููู ุนูู
ูุฑู ููู
ููุซูููู ุนูููู ุงูุฅูุณูููุงู
ู ููุจููู ุฃููู ููุณูููู
ู ุนูู
ูุฑู.
โDemi Allah, aku terkenang diriku. โUmar pernah mengikat aku semata-mata kerana aku memeluk Islam, dan ini berlaku sebelum โUmar masuk Islam.โ
Namun, Allah memberi beliau hidayah untuk menjadi sebaik-baik manusia, bahkan termasuk dalam kalangan manusia yang paling terbaik di dalam Islam.
Saidina โUmar juga tidak pernah berzina jauh sekali mengganggu isteri sesiapa. Imam Ahmad meriwayatkan di dalam Fadaโil al-Sahabah menerusi sanad beliau bahawa ketika Ummu โAbdillah Layla binti Abi Hathmah - isteri kepada โAmir bin Rabiโah hendak keluar berhijrah ke Habsyah, beliau terserempak dengan โUmar b. al-Khattab yang masih belum memeluk Islam.
Ketika itu, โAmir tiada di sisi Layla kerana menyelesaikan beberapa urusan kerja. Layla keseorangan. โUmar bertanya kepada Layla, โSudah hendak berangkat, wahai Umm โAbdillah?โ Layla menjawab:
ููุงููุชู: ููููููุชู: ููุนูู
ูุ ููุงูููููู ููููุฎูุฑูุฌูููู ููู ุฃูุฑูุถู ุงููููููุ ุขุฐูููุชูู
ููููุงุ ููููููุฑูุชูู
ููููุงุ ุญูุชููู ููุฌูุนููู ุงูููููู ููููุง ู
ูุฎูุฑูุฌูุงุ
โโLalu aku berkata: โYa, demi Allah, kami pasti akan keluar berhijrah di bumi Allah. Kamu telah menyakiti kami dan menindas kami sehingga Allah memberikan jalan keluar bagi kami.โ
ููููุงูู: ุตูุญูุจูููู
ู ุงูููููู.
โ[โUmar berkata]: Semoga Allah sentiasa bersama kalian dalam perjalanan.โ(Musnad Ahmad b. Hanbal, bil. 381; Mustadrak al-Hakim, bil. 697)
Hakikatnya, Saidina โUmar seorang yang amat memelihara maruah dan kewibawaan diri. Ketegasan dan kekerasan beliau digunakan untuk menegakkan prinsip keadilan dan kebenaran, semenjak zaman Jahiliah. Ketegasan tersebut seringkali disalahfahami orang ramai pihak selama berkurun lamanya, sehingga menyangka Saidina โUmar b. al-Khattab itu bersikap jahat dan buruk akhlaknya bahkan menganggap beliau seperti samseng atau penjenayah di zaman Jahiliah.
Bahkan, dakwaan bahawa Saidina โUmar membunuh orang semata-mata kerana memijak khuf beliau adalah dakwaan yang tidak berasas, tiada asalnya. Manakala, dakwaan kewujudan athar bahawa โUmar dan Syaitan adalah orang yang samaโ adalah tiada asal dan tidak wujudnya setakat carian kami di dalam kitab-kitab hadis dan sejarah yang muktabar.
DAKWAAN KEBURUKAN SILAM SAIDINA โUTHMAN DAN SAIDINA โALI
Dakwaan bahawa Saidina โUthman dan Saidina โAli turut berperangai buruk adalah dakwaan buruk yang tidak berasas, menyimpang daripada fakta sejarah dan jauh daripada kebenaran. Saidina โUthman b. โAffan adalah seorang usahawan yang berjaya lagi kaya-raya yang dihiasi sifat pemalu, maruah yang di kemuncak tertinggi dan kedermawanan yang tiada sempadannya. Manakala, Saidina โAli b. Abi Talib p**a masuk Islam semenjak masih kecil dan tiada sebarang masa silam atau sejarah lampau yang buruk. Masa kanak-kanak dan remaja beliau dipenuhi dengan tauhid, iman dan akhlak hasil didikan rumah Nabawi, sallallah โalayhi wasallam.
Kesimp**an
Segala apa yang didakwa dalam video tersebut adalah suatu kebatilan, kepalsuan dan kesalahan yang besar. Kita boleh bersangka baik dengan melihat tujuan yang lebih besar daripada percakapannya, iaitu hendak menekankan bahawa betapa Islam mengubah orang-orang yang dahulunya teruk serta mempunyai masa silam yang buruk, berubah menjadi sebaik-baik manusia yang berkhidmat dan beramal. Namun, kesalahan fakta ini amat berat dan tidak boleh dipandang sebelah mata kerana melibat maruah serta peribadi para Sahabat yang mulia lagi dimuliakan oleh syariah, berdasarkan dalil-dalil syaraโ serta nukilan teks-teks sejarah yang berautoriti. Kebenaran mestilah ditegakkan dengan kebenaran juga, kebenaran tidak akan tertegak dengan kebatilan.
Disediakan Oleh:
Felo Penyelidik
Jabatan M***i Negeri Pahang
***iNegeriPahang