Malaysian Tigers

Malaysian Tigers Sebelum terbentuknya Malaysia, pasukan bola sepak Malaysia dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaya. Supermokh (Kapten Malaysia 1979-1986). Tahun 2009.

Pasukan ini amat digeruni dan antara pasukan terkuat di Asia pada awal 1950-an sehingga 1960-an bersama-sama dengan pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan. Pencapaian terbaik Malaya ialah berjaya memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1962 di Jakarta setelah menewaskan Vietnam Selatan 4-1. Pasukan ini memasyhurkan nama-nama pemain seperti Abdul Ghani Minhat yang digelar "Raja Bola" (sekarang Dato

'), Arthur Koh, G.Govindaraju, Robert Choe, Edwin Dutton dan Stanley Gabriel. Mulai 16 Sep 1963 (selepas pembentukan Malaysia) pasukan Malaya dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaysia. Kegemilangan pasukan Malaysia berterusan dengan para pemain ternama seperti adik beradik, Namat dan Shahrudin Abdullah, Wong F**k Chuan, Wong Chun Wah, Zulkifli Norbit, M.Chandran yang berjaya ke Olimpik 1972 di Munich. Dua tahun kemudian, Malaysia mengulangi pencapaian pada 1962 apabila sekali lagi memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran. Kejayaan pasukan Malaysia berterusan apabila layak berturut-turut ke Piala Asia pada tahun 1976 dan 1980. Pada zaman ini pasukan bola sepak memperlihatkan peningkatan satu generasi pemain legenda, satu gabungan kental yang diketuai oleh penyerang serba boleh Mokhtar Dahari, pasangan pertahanan kebal; Santokh Singh dan Soh Chin Aun serta penjaga gawang goal yang tangkas, R.Arumugam atau 'spiderman'. Buat kali keduanya, Malaysia layak ke Sukan Olimpik di Moscow (1980), malangnya kerajaan Malaysia memboikot Sukan Olimpik 1980 kerana membantah pencerobohan USSR ke Afghanistan. Ini menyebabkan pasukan bola sepak Malaysia tidak dapat beraksi pada kejohanan tersebut. Kali ini, pasukan kebangsaan masih terus menghasilkan pemain berkualiti seperti "pemain pertama menjadi pemain pertahanan "overlapping" di dunia, Serbegeth Singh (Shebby), Zainal Abidin Hassan Ali, Dollah Saleh, Bakri Ibni, Isa Bakar, Vithialingam, Lim Tiong Kim dan Shukor Saleh (Kapten). Zaman kegemilangan pasukan Malaysia mulai runtuh pada 1994 apabila berlakunya rasuah terbesar yang melanda bola sepak Malaysia. Ramai tonggak utama pasukan Malaysia yang terlibat di dalam skandal rasuah seperti Matlan Marjan dan Azizol Abu Hanifah yang sekaligus menghancurkan bola sepak Malaysia. Walaupun Malaysia masih mampu melahirkan pemain berprofil tinggi seperti Azman Adnan dan Khairul Azman Mohamed namun mereka gagal memulihkan imej pasukan bola sepak negara. Pada dekad 2000-an ada juga nampak kelibat pemain berpotensi, seperti Khalid jamlus dan Akmal Rizal Ramli serta Indra Putra Mahayuddin, namun mereka tak konsisten, sehingga kini masih gagal mencipta nama untuk menambat hati rakyat Malaysia. Pasukan Malaysia tetap terumbang-ambing dan kadangkala tenmggelam punca sehingga tewas memalukan kepada pasukan hingusan di peringkat Sukan SEA. Bila prestasi menurun, sokongan pun menurun, penuntun pun menurun, pendapatan (kutipan tiket) pun ikut menurun. Hasilnya pasukan negeri dan kelab tak cukup dana untuk membangunkan pasukan. Dengan kekurangan minat dan dana, bola sepak kebangsaan Malaysia sekarang ini masih berbatu jauhnya daripada zaman kegemilangan bola sepak pada 1970-an dan 1980-an. Adalah nampak sedikit perubahan di penghujung tahun ni. Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia di bawah 23 tahun memberikan sinar harapan apabila menamatkan penantian 20 tahun apabila memungut Pingat Emas kepada Malaysia apabila mengalahkan Vietnam 1-0 walaupun menjadi pasukan bukan pilihan pada temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-25 di Vientiane, Laos. Tapi kemenangan ini pun masih belum membuktikan bahawa Malaysia telah bangkit. Tiada jaringan gol oleh pemain Malaysia. Gol tunggal dijaringkan sendiri oleh pemain Vietnam, akibat kesilapan pihak lawan. Pada Sukan SEA 2000 Vientiane, Laos, skuad kebangsaandi bawah 23 tahun tidak diberikan harapan untuk memenangi sebarang pingat. Namun skuad bimbingan K Rajagopal ini telah berjaya membawa kembali kegemilangan Malaysia di arena Sukan Sea apabila memenangi pingat Emas di temasya tersebut. Dalam perlawanan akhir menentang Vietnam, Malaysia, yang turun sebagai "underdog", berjaya menumpaskan Vietnam dengan jaringan 1-0.

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysian Tigers posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share