Hibah & Wasiat by Sabariah Sabri

  • Home
  • Hibah & Wasiat by Sabariah Sabri

Hibah & Wasiat by Sabariah Sabri Anda tenang, keluarga senang.

Pengurusan harta bersama saya akan buat anda rasa tenang, rasa di pandu, rasa tanggungjawab atas harta telah di selesaikan, rasa waris akan tenang tanpa kekeliruan dan pertelingkahan.

Rumah yang kita beli bertahun-tahun…kita selalu ingat automatik akan terus jadi milik pasangan atau anak-anak bila kita ...
15/05/2026

Rumah yang kita beli bertahun-tahun…
kita selalu ingat automatik akan terus jadi milik pasangan atau anak-anak bila kita meninggal nanti 😔

Hakikatnya, tanpa perancangan hibah:
▪️ Rumah boleh dibekukan sementara
▪️ Waris perlu urus pusaka dahulu
▪️ Boleh berlaku perebutan atau salah faham
▪️ Orang yang kita paling nak lindungi belum tentu dapat terus 🥺

Hibah bukan sebab nak lari faraid.
Tetapi kerana semasa hidup, Allah beri kita peluang untuk merancang harta dengan lebih tersusun dan jelas 😊

Kalau ada rasa:
“Kalau aku takde nanti… aku nak rumah ni tetap pergi pada orang tertentu…”

Mungkin dah tiba masa untuk mula ambil tahu tentang hibah rumah ❤️

📞 019-2998502
Konsultasi secara santai & patuh syariah.

14/05/2026

Alhamdulillah…
Syukur ke hadrat Allah swt kerana beri peluang dan jalan untuk saya sebarkan awareness tentang pengurusan & perancangan harta pusaka patuh syariah setiap hari 😊

Hari ni saya dapat berkongsi bersama beberapa individu di luar sana ttg topik pusaka… dan apa yang paling menyentuh hati, 2 orang daripada individu ini baru kehilangan ibu bapa tahun lepas.

Kedua-duanya masih dalam proses mendapatkan kuasa mentadbir melalui mahkamah.

Seorang sudah habiskan hampir RM30,000.
Seorang lagi sekitar RM11,000.

Itu belum campur:
▪️ Masa
▪️ Dokumen
▪️ Ulang alik pejabat
▪️ Stress waris
▪️ Konflik keluarga yang kadang mula muncul perlahan-lahan 😔

Bila mereka dengar sesi penerangan dan lihat sendiri bukti serta proses bagaimana perancangan harta boleh dibuat dengan lebih tersusun dan memudahkan waris… masing-masing terdiam.

Ramai sebenarnya TAK TAHU bahawa ada solusi yang boleh membantu mengurangkan kesukaran waris apabila berlaku kematian.

Di bawah syarikat amanah patuh syariah yang beroperasi di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 dan diiktiraf patuh syariah di peringkat antarabangsa 😊

Perkhidmatan hibah syarikat kami juga telah menerima pensijilan pematuhan syariah berdasarkan piawaian AAOIFI oleh ADL Advisory, sebuah badan penasihat syariah antarabangsa yang diiktiraf.

Hari ini saya sgt gembira bila dapat buka mata masyarakat bahawa:
👉 Pengurusan harta pusaka orang Islam boleh dirancang
👉 Hibah, amanah & dokumentasi yang betul sangat membantu waris
👉 Kita boleh kurangkan tekanan keluarga apabila kita tiada nanti krn dah urus harta kita semasa kita hidup ini.

Dan hari ini juga, Alhamdulillah saya secured 3 appointment di N. Sembilan secara face to face untuk hujung minggu depan…Mereka adalah ibu bapa yang mahu membuat hibah rumah kepada anak-anak mereka.

Semoga Allah permudahkan urusan semua keluarga yang sedang melalui ujian pengurusan pusaka dan semoga lebih ramai mula sedar pentingnya perancangan harta sebelum terlambat.

Sabariah Sabri
019-299 8502
Rakan Perancangan & Pengurusan Harta Pusaka Anda

13/05/2026

💰 Hibah atau Wasiat
Mana satu lebih membantu mudahkan urusan harta keluarga anda?

Ramai sangka semua harta boleh dibahagikan melalui wasiat. Sedangkan dalam Islam, wasiat mempunyai syarat dan had tertentu.

Secara asasnya:
📌 Wasiat biasanya melibatkan bukan waris faraid dan tertakluk sehingga 1/3 harta.
📌 Jika melibatkan waris faraid, ia memerlukan persetujuan waris lain selepas kematian.

Sebab itu penting untuk faham beza:
✔️ Hibah
✔️ Wasiat
✔️ Faraid
✔️ Amanah

Supaya perancangan harta dibuat dengan betul, jelas dan patuh syariah 😊

Ramai hanya tahu “nak buat wasiat”…
tetapi tidak pasti dokumen apa yang sebenarnya sesuai untuk situasi keluarga mereka.

📩 Nak tahu pilihan yang sesuai untuk anda?
WhatsApp saya di📱 019-299 8502
wassap.my/60192998502/urusharta

5 Ralat Wasiat Yang Boleh Rosakkan Hubungan KeluargaDalam pengalaman saya mengendalikan kes berkaitan pusaka dan peranca...
13/05/2026

5 Ralat Wasiat Yang Boleh Rosakkan Hubungan Keluarga

Dalam pengalaman saya mengendalikan kes berkaitan pusaka dan perancangan harta, antara perkara paling menyedihkan ialah bila keluarga mula bermasam muka hanya kerana dokumen wasiat yang tidak jelas atau tidak lengkap.

Antara kesilapan yang paling kerap berlaku:

🔸 Tidak jelas siapa dapat apa
Ayat seperti “rumah untuk anak-anak” nampak mudah… tapi anak yang mana? Rumah yang mana? Dari situ boleh bermula salah faham dan pertelingkahan.

🔸 Tidak update selepas perubahan hidup
Lepas berkahwin, bercerai, atau ada anak baru, ramai terlupa kemaskini dokumen. Akhirnya nama lama masih ada dan boleh menimbulkan komplikasi besar.

🔸 Dokumen tidak sah dari sudut undang-undang
Tiada saksi yang betul, tandatangan tidak lengkap atau format tidak mengikut syarat boleh menyebabkan wasiat dipertikaikan atau ditolak.

🔸 Tidak ambil kira hutang dan komitmen
Ramai sangka semua harta boleh terus diagihkan. Sedangkan hutang si mati perlu diselesaikan terlebih dahulu.

🔸 Pilih wasi hanya sebab “rapat”
Wasi bukan sekadar nama atas kertas. Mereka perlu amanah, faham tanggungjawab dan mampu urus proses pusaka dengan baik.

Perancangan harta sebab kita sayang keluarga dan tak mahu mereka bergaduh bila kita sudah tiada.

Kadang-kadang bukan harta yang memecahkan keluarga…
tetapi tiadanya perancangan yg benar.

13/05/2026

Assalamualaikum semua 😊

Lihat video ini…

Pernah tak kita fikir, apa perasaan seorang anak bila hidup terasa “tertinggal” di satu stesen… buat selamanya?

Bukan sebab ibu ayah/ atok nenek tak sayang.
Bukan sebab keluarga tak ada harta.

Tetapi sebab harta itu terbeku.
Tak dapat digunakan.
Tak dapat diurus.
Dan waris p**a tak tahu nak mula dari mana.

Ada anak yang terpaksa tangguh belajar.
Ada pasangan yang hilang tempat bergantung.
Ada keluarga yang akhirnya bergaduh kerana harta yang ditinggalkan.

Perancangan harta bukan untuk orang kaya sahaja.
Ia tentang memastikan orang yang kita sayang tidak “tersekat” selepas kita tiada.

Jangan biarkan kasih sayang kita terhenti di tengah jalan.

13/05/2026

Untuk orang Islam: Cara Mudah Lindungi Harta Anda Daripada Masalah Keluarga Di Masa Depan

Sebagai pemilik harta, anda pasti mahu memastikan keluarga tercinta dilindungi apabila anda tiada nanti. Namun, tanpa perancangan yang betul, harta yang anda usahakan bertahun-tahun boleh menjadi punca perpecahan keluarga.

Masalah biasa yang kami sering jumpa: adik-beradik bergaduh pasal pembahagian rumah, isteri dan anak tidak dapat akses akaun bank, atau harta tergantung di mahkamah bertahun-tahun. Semua ini boleh dielakkan dengan perancangan awal.

Langkah mudah yang boleh anda ambil sekarang:

Dapatkan khidmat syarikat amanah yang patuh syariah dan berpengalaman untuk membantu urusan hibah anda 😊

Hibah bukan sekadar sign dokumen, tetapi perlu dibuat dengan lengkap mengikut rukun hibah dan proses yang betul.

Sebab itu penting pilih syarikat yang:
✔️ patuh syariah
✔️ mempunyai trustee / pemegang amanah
✔️ memahami rukun hibah
✔️ dokumentasi jelas & tersusun
✔️ boleh membantu waris selepas berlaku kematian
✔️ berpengalaman dalam pengurusan hibah & pusaka

Rukun hibah yang lengkap sangat penting supaya hibah tidak dipertikaikan di kemudian hari.

Antara elemen penting dalam hibah:
• pemberi hibah
• penerima hibah
• harta hibah
• ijab & qabul (akad hibah)

Perancangan harta yang dibuat dengan betul dapat membantu memudahkan urusan waris dan mengurangkan risiko konflik keluarga.

Klik link untuk pertanyaan berkenaan:
wassap.my/60192998502/urusharta

Wassap.my

12/05/2026

💔 Ramai yang sayang keluarga…
tapi masih belum buat perancangan harta untuk mereka.

Bila tiada perancangan dibuat, waris mungkin perlu hadap urusan pusaka yang panjang, harta beku dan salah faham sesama keluarga.

Kadang bukan sebab tak ada harta…
tetapi sebab tiada persediaan.

Bayangkan tenangnya hati bila kita tahu urusan keluarga sudah disusun dengan baik.

Perancangan harta tentang kasih sayang dan tanggungjawab kepada orang yang kita tinggalkan.

📲 Nak faham cara mudah urus hibah, wasiat & pusaka?
Klik link WhatsApp:
https://wa.me/60192998502/urusharta

12/05/2026

Tips Mudah Sediakan Wasiat Untuk Keluarga Tersayang

Ramai yang terfikir wasiat hanya untuk orang kaya atau yang berumur. Sebenarnya, sesiapa sahaja yang ada harta perlu sediakan wasiat untuk lindungi keluarga tersayang.

Mula dengan senaraikan semua harta anda - rumah, kereta, simpanan bank, KWSP, insurans, dan harta peribadi. Jangan lupa akaun-akaun digital seperti online banking dan e-wallet.

Tentukan siapa yang anda mahu terima harta tersebut. Pastikan pembahagian mengikut kehendak anda dan tidak melanggar hukum faraid jika anda beragama Islam.

Pilih wasi yang dipercayai untuk uruskan harta pusaka anda. Biasanya pasangan hidup atau adik-beradik yang bertanggungjawab.

Yang paling penting, pastikan wasiat anda sah di sisi undang-undang. Dapatkan nasihat pakar untuk elak masalah kemudian hari.

Jangan tunggu sampai terlambat. Sediakan wasiat sekarang untuk ketenangan minda anda dan masa depan keluarga yang terjamin. Ingat, ini bukan tentang mati - ini tentang sayang kepada mereka yang tinggal.

Kenapa Ramai Yang Keliru Tentang Hibah dan Wasiat? Mari Kita Faham Bersama 😊Sebagai penasihat hibah dan wasiat, saya sel...
12/05/2026

Kenapa Ramai Yang Keliru Tentang Hibah dan Wasiat? Mari Kita Faham Bersama 😊

Sebagai penasihat hibah dan wasiat, saya selalu jumpa klien yang keliru tentang perbezaan hibah dan wasiat. Jangan risau, anda bukan sorang je yang confused 😅

Hibah = pemberian harta semasa masih hidup. Maksudnya, anda beri harta kepada orang yang anda sayang semasa anda masih hidup dan ia boleh terus berkuat kuasa.

Wasiat p**a adalah hasrat si mati untuk memberikan sebahagian harta kepada bukan waris faraid selepas meninggal dunia.

Kekeliruan sering berlaku sebab ramai fikir dua-dua ni sama. Padahal sangat berbeza 😊

📌 Hibah boleh dibuat bila-bila masa semasa hidup
📌 Wasiat hanya berkuat kuasa selepas kematian
📌 Wasiat kebiasaannya untuk bukan waris dan maksimum 1/3 daripada harta
📌 Faraid p**a adalah hukum pembahagian harta mengikut syariat Islam

Kalau nak beri kepada waris sendiri seperti anak, suami atau isteri, biasanya lebih sesuai dibuat melalui hibah.

Jika si mati tidak membuat sebarang perancangan harta, maka pembahagian faraid akan menjadi default mengikut hukum yang Allah telah tetapkan.

Tip mudah 👇
✅ Nak pastikan anak dapat rumah → Hibah
✅ Nak beri kepada anak angkat atau bukan waris → Wasiat
✅ Tiada perancangan dibuat → Faraid akan berjalan

Faraid adalah cara pembahagian harta yang Allah tetapkan selepas kita meninggal dunia.

Semasa hidup p**a, Allah beri peluang kepada kita untuk merancang dan menentukan siapa yang berhak ke atas harta yang kita miliki melalui instrumen yang dibenarkan syarak 😊

Jangan biarkan kekeliruan ni jadi masalah besar untuk keluarga kita nanti.
Lebih baik faham awal-awal, senang hati semua orang.

Bayangkan satu hari nanti…Anda dah tak ada.Rumah ada. Kereta ada. Akaun bank ada. ASB ada. Tanah kampung ada.Tapi keluar...
10/05/2026

Bayangkan satu hari nanti…
Anda dah tak ada.

Rumah ada. Kereta ada. Akaun bank ada. ASB ada. Tanah kampung ada.

Tapi keluarga anda… bergaduh.

Adik-beradik tarik muka.
Isteri pening.
Anak-anak tak tahu nak buat apa.

Semua sebab satu benda.

Anda tak rancang pewarisan harta dengan betul.

Hakikatnya, isu harta pusaka adalah antara masalah paling memeningkan waris kita.

Silap sikit, hubungan silaturrahim keluarga boleh berpecah.

Ramai sangka:
❌ Penama = pemilik mutlak
❌ Harta sikit tak perlu rancang
❌ Waris nanti boleh settle sendiri
❌ “Nanti tengok lah…”

Tapi bila berlaku kematian…

Waris baru mula nak Google:
“Macam mana nak tuntut pusaka?”
“Dokumen apa perlu ada?”
“Pergi pejabat mana dulu?”
“Berapa kos nak standby?”

Dan masa tu dah susah.

Sebab waris dah mula beremosi.
Masing-masing ada pemahaman sendiri.
Ada yang terasa.
Ada yang berkecil hati.

Hujungnya:
“Harta beku, waris kaku, keluarga layu.”

Sebab itu perancangan harta bukan untuk orang kaya sahaja.

Ia untuk orang yang sayang keluarga.

Kalau anda:
✔️ Ada rumah / tanah
✔️ Ada simpanan / ASB
✔️ Ada pasangan & anak-anak
✔️ Ada bisnes
✔️ Anak sulung yang bakal urus pusaka keluarga
✔️ Atau memang nak waris hidup lebih tenang…

Maka benda ni memang untuk anda.

Bayangkan kalau:
✅ Pasangan anda tahu apa perlu dibuat
✅ Anak-anak tak perlu berebut
✅ Semua dokumen tersusun
✅ Harta diagih lebih cepat tanpa konflik

Tenang bukan?

Itulah tujuan sebenar perancangan harta.

Kalau nak saya explain step-by-step dalam bahasa mudah faham, boleh klik WhatsApp saya 😊

Consultation/ Penerangan
📲 Sabariah Sabri
019-299 8502

















Rumah… kereta… simpanan bank… KWSP… ASB…semua itu bukan automatik terus jadi milik anak isteri ibu bapa kita. Betul ke?R...
09/05/2026

Rumah… kereta… simpanan bank… KWSP… ASB…
semua itu bukan automatik terus jadi milik anak isteri ibu bapa kita. Betul ke?

Ramai yang
• tak tahu proses faraid
• ada yang bergaduh sesama sendiri
• ada yang tak mampu tanggung kos pengurusan pusaka
• harta tertangguh lalu terbeku….

Jika kita tahu begini jadinya…kita nak patah balik dan pastikan semuanya tersusun dan lancar atas nama tanggungjawab di atas amanah yg Allah berikan pada kita supaya mudah urusan keluarga dan selesai amanah kita sebaiknya.

PERCUMA PENGURUSAN & PERANCANGAN HARTA BUAT WARIS
📌 Konsultasi secara online available
📌 Sesuai untuk individu, pasangan & keluarga
📌 Bimbingan ikut syariah & undang-undang

📲 WhatsApp / PM:
Sabariah Sabri
019-299 8502

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hibah & Wasiat by Sabariah Sabri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Jewelery/watch Store?

Share