Citrarossa gellery sport

Citrarossa gellery sport Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Citrarossa gellery sport, Kuala Lumpur.

bubar je la bolasepak & fam tu...
10/05/2026

bubar je la bolasepak & fam tu...

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) disaran mengambil pendekatan lebih terbuka bagi memulihkan hubungan dengan kump**an penyokong, Ultras Malaya sekali gus mengembalikan semula kepercayaan penyokong terhadap Harimau Malaya.

Berita lanjut klik link atau di IG Story: https://www.kosmo.com.my/2026/05/09/fam-perlu-pujuk-ultras-malaya/

10/05/2026

idola rebina

09/05/2026

kasut bola Reebok. Masih tcari2 untk buat collection kt kedai

Elok la pyamun2 rembat pon kalau spisis mbela mcm lahabat lepas merata rosak tanaman org..y nk lembu meh kot nie bwa lor...
21/02/2025

Elok la pyamun2 rembat pon kalau spisis mbela mcm lahabat lepas merata rosak tanaman org..y nk lembu meh kot nie bwa lori...

Kes kecurian haiwan ternakan terutama kerbau di daerah ini semakin menjadi-jadi menjelang Ramadan.

Berita lanjut klik link atau di IG Story: https://www.kosmo.com.my/2025/02/21/ikat-tutup-mata-angkut-guna-lori/

πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†
20/01/2025

πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Selamat pagi, ayuh mulakan hari dengan senyuman! Takmo sedih-sedih okay 🀭

11/12/2023
11/12/2023

bukan bulan lepas dapat award ke 🀣

Khidmat masyarakat Citrarossa gellery sport bersama Pemuda  menyumbang makanan tgh hari pada anggota bertugas balai poli...
08/04/2020

Khidmat masyarakat Citrarossa gellery sport bersama Pemuda menyumbang makanan tgh hari pada anggota bertugas balai polis kg lalang,gerik..
Kita sama2 menyumbang.
...

Asist...πŸ’–Buy Online We Deliverβœ“ Ready Stock !πŸ‘‰ Size : khaki 39               : yellow 39/4OπŸ‘‰ Postage : Free SM / +RM10 S...
29/03/2020

Asist...πŸ’–
Buy Online We Deliver
βœ“ Ready Stock !
πŸ‘‰ Size : khaki 39
: yellow 39/4O
πŸ‘‰ Postage : Free SM / +RM10 SS
πŸ‘‰ Delivery : redy stock
πŸ‘‰ Price : RM70 Only !!
πŸ‘‰ Freegifts : Socks

πŸ“’ Limited Stock !! Get Yours Now !

Nak Order ??
πŸ“Έ Screenshot Gambar
πŸ“² Pm Admin no di Bawah πŸ‘‡
πŸ‘‰ wasap 0196306096
Kunjungi kedai kami Citrarossa gellery sport di tingkat 1lot b17 bazar Mara gerik Perak..
(Atas restoren nasi ayam godam)

3 Tips Penting Memilih Kasut Bola SepakHampir semua jenis s**an di atas muka bumi ini memerlukan kasut yang sesuai untuk...
25/02/2020

3 Tips Penting Memilih Kasut Bola Sepak

Hampir semua jenis s**an di atas muka bumi ini memerlukan kasut yang sesuai untuk dipakai ketika bers**an. Bola sepak juga tidak terkecuali walaupun anda pandai atau tidak, tua atau muda, memilih kasut yang betul adalah elemen yang harus dititikberatkan.

Lambakan kasut bola di dalam pasaran membuatkan ramai orang rambang mata dan sering kali tidak mampu membuat pilihan tepat.

Ada yang mahal dan ada yang murah. Tetapi harus diingat bukan semua yang murah tidak berkualiti dan bukan semua yang mahal sesuai untuk dipakai.

Artikel ini bakal membantu anda untuk memilih kasut bola yang benar-benar sesuai dengan kaki anda.

1. Realiti Pahit Berkenaan Kasut Bola

Ini mungkin ayat yang sering diperkatakan oleh kawan-kawan anda ketika anda sedang asyik memilih kasut bola di kedai s**an.

Abu, pilih je mana-mana kasut. Bola sepak bukan mengenai kasut, tetapi skill pemain itu sendiri. Kasut tidak akan akan menjadikan kamu pandai bermain bola sepak.

Walaupun ayat di atas berbunyi kejam jika anda seorang yang baru berjinak-jinak untuk bermain bola sepak, kasut yang bagus tidak akan menjadikan anda bagus serta merta tetapi ianya banyak membantu.

Mempunyai kasut yang tepat dengan diri anda akan memudahkan perjalanan anda menjadi pemain bola sepak yang bagus.

Apabila memilih kasut, jangan ikut apa yang pemain kegemaran anda pakai. Jika anda tertarik dengan kasut β€˜Nike Mercurial’ yang dipakai oleh Cristiano Ronaldo, ia tidak semestinya sesuai untuk anda.

Jadi apa yang ingin diberitahu disini adalah jangan beranggapan apabila anda memakai kasut sama seperti Ronaldo, anda bakal bermain bola sepak sehebat Ronaldo.

2. Ketahui Corak Permainan & Kekuatan Anda

Ini adalah maklumat paling penting yang harus diketahui oleh empunya badan sebelum menghidupkan enjin kereta untuk pergi membeli kasut bola. Setiap pemain yang bermain bola sepak mempunyai kualiti yang berbeza dari satu sama lain.

Perbezaan ini menjadikan s**an bola sepak amat menarik untuk dimainkan dan ditonton.

Ketahui posisi mana yang anda minat dan mampu bermain dengan baik. Ada pemain yang mampu bermain banyak posisi dan ada yang lebih s**a menumpukan pada satu posisi sahaja. Misalnya, jika anda mahu menggunakan tangan ketika bermain bola sepak, pilih untuk menjadi penjaga gol sahaja.

Penjaga Gol

Memerlukan kasut yang mempunyai daya geseran yang tinggi dan pada bahagian depan kasut, ia mampu untuk menendang bola dengan kuat bagi tujuan tendangan gol atau mengeluarkan bola dari kotak penalti.

Pemain Bertahan

Kasut yang mempunyai struktur yang lebih kuat dan tahan lasak. Juga boleh melakukan hantaran mudah kepada rakan dengan tepat.

Pemain Tengah

Memerlukan kasut yang memberikan kawalan bola dan mampu berlari turun naik padang untuk 90 minit dengan selesanya.

Sayap

Harus mencari kasut yang ringan. Kasut itu mesti memberikan pemain keupayaan untuk berlari dengan pantas dan menukar arah dengan cepat.

Penyerang

Juga memerlukan kasut yang lebih ringan. Bahagian depan kasut yang digunakan untuk menendang bola juga mesti kemas untuk merembat bola dengan padu.

3. Pilih Kasut Berdasarkan Jenis Padang

Jika anda tahu yang anda akan bermain di permukaan yang becak dan berlumpur, jangan pilih kasut HG (Hard Ground) kerana ia akan menyebabkan anda mudah menggelongsor dan jatuh.

Bola sepak dimainkan di atas beberapa jenis permukaan padang, antaranya seperti padang tiruan, padang tanah keras dan juga lembut.

Anda mesti tertanya-tanya apabila melihat abjad seperti FG, SG dan AG dalam deskripsi kasut. Ia sebenarnya menerangkan permukaan padang yang sesuai untuk kasut tersebut dimainkan.

FG (Firm Ground)

Kasut jenis FG amat sesuai untuk padang rumput semulajadi yang mana hujan jarang berlaku untuk memberi cengkaman maksimum. Kasut ini juga versatile dan boleh dimainkan di padang tiruan.

Jenis stud dan jenama untuk Firm Ground.

1. Conical studs: adidas Ace, adidas X, adidas Copa, Nike Tiempo, Puma evoTOUCH and Umbro UX Accuro
2. Bladed studs: Nike Mercurial, New Balance Furon
3. Mixed studs: Nike Hypervenom, Puma evoPOWER Vigor

SG (Soft Gorund)

Kasut jenis SG p**a hanya sesuai dipakai apabila bermain di tanah yang mampu menyebabkan stud kasut menembusi lapisan tanah.

Pilihan kasut ini pop**ar di kawasan yang menerima hujan dengan kerap dan kasut ini sering hadir dengan pilihan stud yang boleh ditukar-tukar.

Jenis dan jenama untuk Soft Ground.

1. 6 stud pattern: adidas World Cup, Nike Premier
2. Mixed stud pattern: adidas X, Nike Hypervenom, Nike Magista,
3.Anti-Clog technology: Nike Anti-Clog

HG (Hard Ground)

Jenis kasut ini makin jarang untuk dijumpai dalam pasaran. Ini kerana kasut ini hanya dimainkan di permukaan padang yang kering dan tidak berumput.

Kasut ini juga sesuai untuk dimainkan di permukaan jenis FG.

AG (Artificial Ground)

Kasut jenis ini adalah ciptaan terbaru syarikat-syarikat s**an dan semakin pop**ar di dalam pasaran. Kasut jenis AG hanya sesuai dimainkan di padang tiruan kerana memberi lebih banyak cengkaman dan geseran di atas padang.

Kasut ini tidak sesuai sama sekali untuk digunakan di permukaan jenis FG.

Banyak lagi tips penting untuk memilih kasut yang tepat seperti jenis kulit kasut, berat, jenis tapak kaki dan juga saiz kasut yang tepat.

Tetapi perkara paling penting adalah anda mempunyai poket yang mencukupi untuk membeli kasut impian anda, kerana tanpa duit anda hanya mampu bermimpi memakainya di atas padang.

Akhir sekali, apabila kasut telah dibeli, jagalah ia dengan penuh teliti. Kasut mestilah dibersihkan selepas setiap kali anda bermain bagi memastikan kasut tersebut mempunyai jangka hayat yang lebih lama.

Keluarkan kasut daripada beg setiap kali anda sampai di rumah dan biarkan ia kering sepenuhnya. Anda tidak mahu mati lemas dek kerana bau hapak dari kasut yang diperam terlalu lama di dalam beg.

Diharap tips-tips ini menjadi rujukan berguna sebelum membeli kasut impian anda. Sekian.

Kredit Artikel : The Sukan
✍🏻 : Zorro_Boro

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Citrarossa gellery sport posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share