26/06/2015
Hari ini solat Jumaat ada Solat hajat khas utk our RAYYAN di masjid Jamiilhuda Kampung Melayu Ampang.Sesiapa ada kelapangan datangla solat Jumaat di masjid Ini.
Semoga Allah membuka Jalan terbaik menyembuhkan Rayyan. Amin
Appreciate if everyone can spread the words for Rayyan's donation. Thank you so much, Allah sahaja yang dapat membalasnya.
RAYUAN UNTUK RAYYAN.
"Doktor mengesahkan Rayyan memerlukan pemindahan sumsum tulang ...... keadaan tidak membantu apabila dia turut disahkan menghidap jangkitan EBV yang menyebabkan jumlah sel darahnya terlalu tinggi. Bilangan yang normal adalah paras ribuan, tetapi terdapat 31 juta dalam badan Rayyan ketika ini. Ia berisiko 'memakan' organ dalaman." - Mohamad Shukor Ahmad, Ayah.
"Semuanya terjadi secara tiba-tiba. Rayyan adalah kanak-kanak yang pintar dan aktif. Apabila melihat keadaannya yang terlantar, ia cukup meruntun hati saya. Pada saya, Rayyan sangat kuat semangat. Dia tidak pernah menyatakan kesakitannya, lebih-lebih lagi kini dia terpaksa menjalani kemoterapi untuk orang dewasa akibat jangkitan EBV. Dua kali sesi kemoterapi dalam seminggu bukan perkara yang mudah untuk ditanggung oleh kanak-kanak sekecil Rayyan. Saya amat berharap dapat melihat Rayyan kembali sihat dan menjalani kehidupan sama seperti kanak-kanak lain." - Norazlin Hamzah, Ibu.
Adik Rayyan Seif Rizqin bin Mohamad Shukor, 5 tahun menghidap Haemophagocytic Lymphohistiocytis (HLH) iaitu penyakit yang jarang berlaku, dan hanya terdapat enam kes di Malaysia sejak 1990an. Keadaannya lebih serius apabila turut disahkan penyakit yang mempunyai hubung kait dengan HLH, iaitu EBV.
Kanak-kanak yang dahulunya aktif dan petah berkata-kata ini kini hanya mampu mendiamkan diri dan menyembunyikan kesakitan yang dialaminya akibat sesi kemoterapi yang kerap, iaitu 2 minggu sekali selama 8 minggu, bergantung kepada kestabilan sistem tubuhnya.
Rayyan memerlukan pemindahan sumsum tulang dengan sesegera mungkin bagi memulihkannya, namun ujian yang dilakukan oleh doktor yang merawatnya di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Cheras mendapati satu-satunya adiknya tidak sesuai untuk mendermakan sumsum tulang tersebut.
Kos berjumlah RM300,000 diperlukan oleh keluarga Rayyan untuk menjalani pembedahan tersebut di Singapura, selain kos perubatan lanjutan.
Mereka juga berhasrat untuk menggunakan sebahagian daripada bantuan kewangan yang diterima bagi menubuhkan YAYASAN RAYYAN, sebuah yayasan HLH bagi membantu mereka yang menghadapi penyakit yang sama, serta mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya mengenai penyakit HLH ini.
Untuk perkembangan terkini Rayyan, sila hubungi bapa Rayyan, Mohamad Shukor Ahmad di talian 019-2751552, atau ibu Rayyan, Norazlin Hamzah (019-2637089).
Butiran Akaun :
Nama: Mohamad Shukor Bin Ahmad
Akaun CIMB : 7029372297
Akaun Bank Islam : 07016020510718
Akaun HSBC : 041010174109
Nama: Norazlin Binti Hamzah
Akaun CIMB : 7003976683
Akaun Maybank : 164025013638